Sebetulnya berapa banyak berus seseorang wanita patut ada. Kecuali anda sedang beraksi dihadapan televisyen, anda perlu ada hanya beberapa jenis berus untuk solekan muka anda. Jom lihat senarai dibawah:-
Berus Foundation Berus jenis ini lazimnya untuk membedakkan muka anda dikeseluruhan muka. Berusnya yang rata memberikan kesenangan untuk anda meratakan bedak. Terdapat dua jenis berus dalam kategori ini, satu berus runcing dan lagi satu berus yang membulat.Berus Runcing - sangat sesuai untuk memadukan foundation berbentuk krim manakala - berus membulat sesuai untuk foundation jenis serbuk.
Berus Stippling Dikenali juga sebagai duo-fibre, ia lazimnya digunakan untuk foundation berbentuk cecair. Bentuknya yang leper memberi efek seperti 'airbrushed'. Berus Concealer sumber foto : 1.bp.blogspot.com Berus ini sebenarnya adalah versi lain yang bertujuan untuk memberi penutupan penuh pada rona merah pada muka dan menyamai warna pada kulit wajah. Berus ini boleh digunakan untuk memakai pembayang mata. Berus Blush Secara amnya, berus blush ini adalah berbentuk bulat, gebu dan penuh. Bentuknya ini memudahkan untuk mengambil warna dan meyebarkan warna pada wajah dengan cantik. Berus jenis ini juga boleh digunakan untuk bedar, bronzer dan juga highlighter. Berus Contour Berus yang menyerong membenarkan ia mencapai dimensi lain pada raut wajah anda. ia juga mampu mencapai sehingga ke tulang muka anda. Berus Eyeshadow Berus ini penting untuk mewarnai mata anda. Bulu berus yang kecil,runcing dapat mewarnai soket mata dan ia juga mampu untuk menyelahkan tulang pipi anda. Berus kening Bulu berus yang keras dan tidak rata, dapat membantu untuk membentuk garisan apabila anda mewarnai kening anda. Untuk panduan lebih jelas: |
ADVERTISEMENT