CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Tips Cantik Lihat artikel

5 Sebab Anda Harus Berhenti Minum Soda Diet

9-6-2015 01:01 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2811| Komen: 0

Description: hasil penelitian mereka yang menggantikan minuman soda diet dengan teh o ais tanpa gula ...

sumber foto: www.trinitynewsdaily.com


Memang anda sudah bercadang untuk berhenti minum minuman soda diet tetapi anda masih lagi memberi alasan pada diri anda untuk berhenti.

apa pun alasan anda, ketahuilah ada bukti yang konkrit untuk anda berhenti minum soda. Ini kerana hasil penelitian mereka yang menggantikan minuman soda diet dengan teh o ais tanpa gula menunjukkan kesihatan tubuh yang jauh lebih baik.

Dipetik daripada laman Prevention, jom baca 5 sebab harus berhenti minum soda diet:

1. Hilang migrain dan meningkatkan penumpuan

Anda akan sedar untuk pertama kali berupaya untuk berfikiran lebih betul dalam beberapa saat.

Ini kerana, bahan kimi dalam bentuk pemanis dalam soda diet berupaya mengubah zat-zat kimia otak yang menyebabkan sakit kepala, rasa cemas, insomnia (journal Clinical Nutrition). Kajian yang dijalankan ke atas tikus yang meminum soda diet memiliki sel-sel otak yang rosak.

2. Selera anda lebih sensitif
Sama seperti mereka yang merokok, selera akan turun menjunam. Mereka yang mengamalkan soda diet juga mengalami masalah yang sama. Namun saat mereka berhenti minum soda diet ini, anda akan perasan makanan yang anda makan sebelum ini sebenarnya mempunyai rasa yang lebih banyak.

Selain itu, apartame juga mengubah signal otak yang mengubah reseptor manis sehingga seseorang sering mengidam makanan manis dengan kerap.

3.Berat badan turun
Memang jelas sekali mereka yang minum soda setiap hari selama 9 tahun akan mengekalkan lemak tepu di bahagian perut. Manakala peratus untuk mereka mendapat penyakit diabetis adalah 65 peratus berbanding orang biasa.

4. Tulang menjadi lebih kuat
Berhenti minum air soda diet adalah cara terbaik untuk mengekalkan kekuatan tulang dan mengurangi risiko patah tulang atau tulang merapuh.

Kajian yang dijalankan melaporkan, perempuan tua peminum soda tegar memiliki kepadatan tulang pinggul lebih rendah.

5.Fungsi buah pinggang lebih baik
Saat anda berhenti minum air soda diet ataupun soda biasa, itulah saat buah pinggang anda berterima kasih pada anda kerana tak perlu lagi bekerja kuat untuk membersihkan racun, menstabilkan tekanan darah atau menyerap mineral.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.040831 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top