CMF reporter1 Article Diterbitkan : 4 Jun 2015
Atas sebab tertentu, dalam dunia ini kebanyakkan rumah hanya diwarnai jenis warna tertentu sahaja seperti putih, kelabu, coklat, jingga dan sebagainya. Walaupun warna terbabit kelihatan agak harmoni, tetapi masih kurang ceria rasanya. Kali ini rumah yang bakal dikongsikan bukan sekadar kediaman biasa, malah semua bangunan atau rumah kediaman yang ditunjukkan rata-ratanya berwarna-warni sehinggakan menyebabkan keseluruhan bangunan dan rumah terbabit kelihatan sungguh menceriakan dengan kecantikan warna yang digunakan..
Terdapat sesetengah rumah kediaman peribadi sengaja dicat dengan warna yang jauh lebih garang, terang dan amat menarik perhatian. Penggunaan warna yang terang dan garang mampu membuatkan seseorang lebih bermood baik apabila melihatnya. Ada pula yang mengecatkan pelbagai warna yang berlainan di seluruh kawasan perumahan atau sederet rumah tersebut. . Alangkah mempersonakan, bahagian luaran rumah kediaman ini diubah dan dicatkan dengan corak berwarna-warni. Pernah tak anda melihat bangunan hospital yang berwarna-warni sebegini rupanya? Bangunan yang dicatkan dengan warna yang boleh bercahaya ketika waktu malam, pastinya menarik perhatian semua orang ketika dipandang dari jarak jauh. Seluruh bahagian luaran bangunan adalah dibina dengan menggunakan kaca lutsinar yang berwarna-warni. Bagi memastikan cat warna yang digunakan itu dapat kekal lama dan sempurna, selain kualiti cat berwarna itu, apa yang penting langkah-langkah penjagaan yang diambil juga perlu dititikberatkan. Bagaimanapun, kita harus rasa berterima kasih kepada semua pemilik premis terbabit kerana sanggup menghabiskan sejumlah wang mengecatkan rumah kediaman mereka dengan warna yang begitu mempersonakan. Sekali gus menwujudkan suasana persekitaran yang sungguh menceriakan buat masyarakat di situ. - CARI Infonet
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|