Oleh: CMFreporter2 Apabila pengamal sihir bertindak sehingga mengancam nyawa, ia sememangnya sudah keterlaluan. Di India, polis sedang menyiasat sama ada kumpulan pengamal sihir yang bertanggungjawab atas kejadian pemenggalan kepala seorang warga emas di situ.
Ia dikatakan bertujuan digunakan untuk upacara bagi mendapatkan hasil tuaian yang baik. Acara pemujaan itu dipercayai telah menyebabkan kematian warga emas berumur 55 tahun selepas Thepa Kharia ditemui tanpa kepala di rumahnya, menurut laporan di portal Harian Metro. Portal itu juga melaporkan bahawa pengamal sihir yang dikenali sebagai Orka telah memecah masuk dan memenggal kepala mangsa untuk dijadikan sebahagian daripada acara. Ketika ini, penduduk setempat berada dalam keadaan ketakutan kerana Orka sering berkeliaran di situ terutamanya sebelum musim hujan.
Mendengarkan berita ini, kita pastinya sukar menerima individu yang sanggup mengorbankan nyawa orang lain demi kepentingan peribadi. Semoga mereka diberikan hukuman yang setimpal kelak! - CARI Infonet Sumber berita : Harian Metro
|
13
Bagus |
10
Marah |
12
Terkejut |
13
Sedih |
50
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT