![](http://i1.wp.com/mynewshub.cc/wp-content/uploads/2015/05/paeh.jpg?w=700)
Pagi tadi sekitar 9 pagi, mayat seorang lelaki berkerakyatan Jepun ditemui dalam keadaan gantung dirinya dalam bilik di sebuah hotel bajet di Bintulu, Sarawak.
Mangsa bernama Tekasue Jue, berusia 37 tahun merupakan seorang eksekutif di sebuah kilang terkemuka di Zon Perindustrian Samalaju, Bintulu. Pihak polis dihubungi selepas kakitangan yang menemui mayat itu memaklumkan kepada pemilik hotel terbabit.
Menurut laporan Harian Metro, kejadian tersebut disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu, DSP Lim Kwai Sceng. Difahamkan sekeping nota tulisan yang dipercayai milik mangsa yang meluahkan rasa kecewa akibat tidak dibenarkan pulang ke Jepun ditemui.
Justeru pihak polis tidak menolak andaian kematian mangsa akibat membunuh diri. Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik, Hospital Bintulu untuk dibedah siasat. - CARI INFONET
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|