Jumaat lalu, seorang nelayan dari Britain dilaporkan memecahkan rekod dunia apabila secara tidak sengaja menangkap belut paling besar di dunia dengan ukuran panjang 20 kaki dan berat sehingga 72.5 kg. Menurut portal metro.co.uk, belut spesis Conger yang berjaya ditangkap oleh nelayan tersebut dengan menggunakan pukat tundanya di persisiran Hope. Sebelum ini, seorang nelayan, Vic Evan dilaporkan menangkap seekor belut seberat 60 kg pada 1995, sekaligus mencatatkan rekod dunia pada masa itu. Menurut pengurus Pusat Perikanan Plymouth, Pete Bromley, belut tersebut mungkin adalah berjantina betina, ia berpindah ke air yang sangat dalam dan mati selepas bertelur. maka ia terperangkap. - CARI INFONET
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|