|
Nelayan tertangkap belut paling besar di dunia
Wartawan Sinar Harian
17 Mei 2015
-
- Panjang belut ini mencecah 20 kaki dan berat 72.5 kg.
DEVON - BRITAIN. Seorang nelayan dilaporkan memecahkan rekod dunia apabila secara tidak sengaja menangkap belut paling besar di dunia.
Menurut portal metro.co.uk Jumaat lalu, belut berkenaan yang mempunyai kepanjangan 20 kaki dan berat sehingga 72.5 kg terperangkap di dalam pukat nelayan tersebut.
Sebelum ini, seorang nelayan, Vic Evan dilaporkan menangkap seekor belut seberat 60 kg pada 1995, sekaligus mencatatkan rekod dunia pada masa itu.
Pengurus Pusat Perikanan Plymouth, Pete Bromley berkata, belut spesis Conger ini ditangkap dengan menggunakan pukat tunda oleh kapal nelayan.
“Ia telah ditangkap di persisiran Hope. Walaupun saiz dan kuasa mereka agak besar dan hebat, mereka bukan spesies ikan yang dapat berenang dengan pantas.
“Conger berpindah ke air yang sangat dalam dan mati selepas bertelur, jadi seperti semua Congers betina, ia terperangkap. Jadi ikan ini mungkin ikan betina,” katanya lagi.
|
|