CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Duit tidak buat saya bahagia" - Isaac, Bekas Penjenayah Masuk Islam

18-5-2015 10:56 AM| Diterbitkan: CMFreporter5| Dilihat: 8654| Komen: 45

Description: HIDAYAH itu milik ALLAH, DIA akan beri kepada sesiapa sahaja yang DIA kehendaki, itulah yang berlaku terhadap Isacc. Is ...
Duit tidak buat saya bahagia
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
17 Mei 2015



HIDAYAH itu milik ALLAH, DIA akan beri kepada sesiapa sahaja yang DIA kehendaki, itulah yang berlaku terhadap Isacc.

Isacc memeluk Islam sejak empat tahun lalu lantas menukar namanya kepada Ishaq Mustaqim, 30-an.

Isacc yang dilahirkan di Montreal, Kanada dibesarkan dalam keluarga yang berpecah belah, yang mana ayahnya berasal dari Haiti dan emaknya berasal dari Switzerland.

Dia dibesarkan secara berseorangan oleh ibunya dan wajah ayahnya langsung tidak pernah muncul dalam ingatannya, kerana sejak dari kecil ayahnya telah hilang.


Hidup mewah


Menjejak dewasa, hidupnya penuh dengan nikmat dunia.

Bayangkan selama sepuluh tahun hidupnya dilimpahi dengan kemahsyuran dan kemewahan, tidur bertilamkan duit, ada kuasa dan penghormatan, baginya sebut sahaja jenama kereta mewah BMW, Porshe, Viper, Hummer, Jaguar, Mercedes Benz, Cadilac dan semuanya sudah dia miliki.

Rumah? Sebut sahaja jenis yang bagaimana semuanya telah dia miliki.

Pernah satu ketika dek kerana ingin mencuba kelainan dia berpindah randah dari satu hotel ke satu hotel, di mana harga untuk seminggu dia menginap memakan belanja AS$10,000 seminggu, serta membelanjakan USD340,000 untuk membeli pakaian hanya untuk berparti di kelab eksklusif.

Hidup mewahnya itu adalah hasil daripada kerjayanya iaitu seorang penjenayah, katanya semua cara jahat dilakukannya asalkan dia berjaya menjadi seorang jutawan.

Selepas sepuluh tahun menjalani hidup sebegitu, dia dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan melakukan jenayah.

Kemudian menjalani hukuman penjara selama sembilan bulan di Kanada.


Cahaya Islam

Semasa di penjara dia ditempatkan dengan seorang Muslim, Muslim itulah yang banyak bercerita tentang Islam kepadanya.

Namun setelah, dia tamat menjalani hukuman penjara keadaan kehidupannya kembali seperti biasa.

Hinggalah dia berkenalan dengan seorang wanita Muslim, emak wanita itu telah mengesyorkannya agar dia mempelajari Islam…dari situlah hatinya tergerak untuk mempelajari Islam.

Dia mempelajari Islam melalui penyelidikannya sendiri menerusi al-Quran dan buku tentang Islam.

Akhirnya, dia yakin bahawa Islam agama yang benar, dan telah membawa ia mengucap kalimah syahadah.


Bergaul dengan Muslim


Apabila bergaul dengan Muslim dia menjadi hiba, katanya dia mempunyai tatu ‘Get Money’ (dapatkan duit) di atas kepala, (dibuat ketika sebelum memeluk Islam), namun yang menyedihkannya adalah kerana tatu yang sama juga ada pada anak-anak Muslim, bukan di kepala tetapi di hati mereka.

Katanya, anak-anak Muslim sekarang telah diacah tatu dengan mengatakan bahawa duitlah segala-galanya, hingga mereka terlupa bahawa ada lagi nikmat selain duit, iaitu nikmat Islam.

Baginya duit bukanlah segala-galanya

“Duit! Tidak ada apa-apa pun, Hanya Islam yang mampu membuat saya bahagia bukan duit atau kemewahan.

Semua yang saya miliki dalam hidup, duit, kereta, harta benda, rumah, kemewahan tidak pernah membahagiakan saya.

“Semua itu tidak pernah membuatkan saya merasa nikmat hidup sebagaimana yang saya nikmati hari ini.

“Saya tidak pernah terfikir untuk menjadi Muslim, Tidak pernah! Tidak pernah!,” katanya menerusi rakaman YouTube yang disiarkan menerusi roadslide2Islam.

Kini Ishaq giat menjalankan dakwah menerusi MustaqimTV dan melakukan kerja  kebajikan.

1

Bagus
4

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote razhar 17-5-2015 05:22 PM
jangan pas ni g join pertubuhan pengganas ISIS tu sudah le.
Quote ellejo 17-5-2015 05:51 PM
kacuk haiti + swiss : muka mcm melayu

sedihnye
Quote Esmiria 17-5-2015 05:52 PM
Best story ever....
Quote sgbuloh 17-5-2015 05:56 PM
meh duit tu kat aku. aku tau camana nak bagi diri aku bahagia.
Quote Kittie 17-5-2015 05:57 PM
Semoga ikut ajaran yg sebenar.
Quote estrelle 17-5-2015 06:26 PM
rembess jugak
Quote TuntungReturn 17-5-2015 07:03 PM
klo ade tatu jgn dtg malaysia.nnti org malaysia pertikaikan masuk islam ade tatu.x sah semayang katanya..
Quote obelisk 17-5-2015 07:16 PM
TuntungReturn replied at 17-5-2015 07:03 PM
klo ade tatu jgn dtg malaysia.nnti org malaysia pertikaikan masuk islam ade tatu.x sah semayang kata ...

dh ramai mualaf brtattoo.. actually org tak kesah dh pun.. tak ada pun jemaah hlg org btattoo semayang sbb fh agak mesti diorg mualaf
Quote hanakikan 17-5-2015 07:38 PM
Uppppppppppp
Quote ellejo 17-5-2015 07:58 PM
abang ni kalo sehensem prison break punye hero mesti jadi pujaan punyala
Quote TuntungReturn 17-5-2015 08:00 PM
obelisk replied at 17-5-2015 07:16 PM
dh ramai mualaf brtattoo.. actually org tak kesah dh pun.. tak ada pun jemaah hlg org btattoo sema ...

oversea xpa.malaysia x bleh..kene buang tatu masuk islam katanyA
Quote FOTHER-MUCKER 17-5-2015 08:39 PM
Cucu kawan aku sorang, English kawin cina ,anak dia chinglis  kawin Nigerian ... Anak rupa melayu. Senang je nak buat bangsa melayu kan?
Quote sabbath_shalom 17-5-2015 08:53 PM
Teringat ayat2 dari kitab Zabur
4:1        Untuk pemimpin biduan. Menurut lagu: Gitit. Mazmur bani Korah. (84-2) Betapa disenangi tempat kediaman-Mu, ya TUHAN semesta alam!
84:2        (84-3) Jiwaku hancur karena merindukan pelataran-pelataran TUHAN; hatiku dan dagingku bersorak-sorai kepada Allah yang hidup.
84:3        (84-4) Bahkan burung pipit telah mendapat sebuah rumah, dan burung layang-layang sebuah sarang, tempat menaruh anak-anaknya, pada mezbah-mezbah-Mu, ya TUHAN semesta alam, ya Rajaku dan Allahku!
84:4        (84-5) Berbahagialah orang-orang yang diam di rumah-Mu, yang terus-menerus memuji-muji Engkau. Sela
84:5        (84-6) Berbahagialah manusia yang kekuatannya di dalam Engkau, yang berhasrat mengadakan ziarah!
84:6        (84-7) Apabila melintasi lembah Baka, mereka membuatnya menjadi tempat yang bermata air; bahkan hujan pada awal musim menyelubunginya dengan berkat.
84:7        (84-8) Mereka berjalan makin lama makin kuat, hendak menghadap Allah di Sion.
84:8        (84-9) Ya TUHAN, Allah semesta alam, dengarkanlah doaku, pasanglah telinga, ya Allah Yakub. Sela
84:9        (84-10) Lihatlah perisai kami, ya Allah, pandanglah wajah orang yang Kauurapi!
84:10        (84-11) Sebab lebih baik satu hari di pelataran-Mu dari pada seribu hari di tempat lain; lebih baik berdiri di ambang pintu rumah Allahku dari pada diam di kemah-kemah orang fasik.
84:11        (84-12) Sebab TUHAN Allah adalah matahari dan perisai; kasih dan kemuliaan Ia berikan; Ia tidak menahan kebaikan dari orang yang hidup tidak bercela.
84:12        (84-13) Ya TUHAN semesta alam, berbahagialah manusia yang percaya kepada-Mu!
Quote ~boolean 17-5-2015 09:22 PM
Aku rasa aku akan 10x ganda lebih bahagia kalau aku ada duit lebih 10x ganda berbanding sekarang...

Hidup memerlukan duit
Quote sixret 17-5-2015 09:33 PM
ellejo replied at 17-5-2015 05:51 PM
kacuk haiti + swiss : muka mcm melayu

sedihnye

La takkan tak tahu. Latino atau papi banyak yang muka macam melayu/muka jenis rantau asia tenggara (bukan semua). Cuba check muka2 dorang kat google. Taip latino atau papi.
Quote sixret 17-5-2015 09:34 PM
Alhamdulillah.
Quote pasemboq 17-5-2015 09:41 PM
Alhamdulillah..hidayah itu milik Allah.
Quote cmf_premierleag 17-5-2015 09:47 PM
ellejo replied at 17-5-2015 05:51 PM
kacuk haiti + swiss : muka mcm melayu

sedihnye

Barangkali edisi nak membaiki keturunan or repair genetik tu tak berjaya kut
Quote famri7 17-5-2015 09:51 PM
walaupon ibubapa beliyau tidak berjaya membaiki keturunan...saya berdoaa supaya beliyau masuk islam yang dibawa Rasulullah, bukannya ummah tanah air.

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.083325 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top