Kuala Lumpur: Penerbit album dan komposer tersohor David Foster, 65, berpendapat penyanyi popular tanah air Yuna belum bersedia bergelar penyanyi bertaraf antarabangsa.
Foster berkata, penyanyi dan pencipta lagu berusia 29 tahun itu perlu mempertingkatkan lagi bakatnya dalam bidang nyanyian. "Kami pernah bekerjasama secara rapat dan saya akui dia penyanyi muda yang berpotensi besar di Asia. Namun usaha Yuna masih tidak mencukupi untuk menjadikannya artis bertaraf antarabangsa," katanya kepada pemberita dalam sidang media sempena konsert jelajah Asia Hitman David Foster and Friends, di sini, petang tadi.
Menurutnya, Yuna berjaya mencuri perhatiannya ketika penyanyi itu bekerjasama dengan penyanyi Pharrell Williams menerusi lagu Live Your Life pada Januari 2012. "Dia penyanyi yang unik dan juga pemuzik serta pencipta lagu berbakat. Saya percaya apabila dia mempertingkatkan bakatnya nanti, dia bukan saja dapat mengharumkan nama negara tetapi juga Asia di persada dunia," katanya. |
Orix replied at 11-5-2015 08:19 PM
yuna bagi aku nyanyi mmg sodap.. cipta lagu pn beshh.. tapi setakat dngar lagu dia jalah.. kalo dia ...
Orix replied at 11-5-2015 08:19 PM
yuna bagi aku nyanyi mmg sodap.. cipta lagu pn beshh.. tapi setakat dngar lagu dia jalah.. kalo dia ...
famri7 replied at 11-5-2015 09:37 PM
Jadinya kalau beliayau bogel libas2 kopek dan twerk celah kangkang trus jadi bersedia jadi internati ...
miabebe replied at 11-5-2015 08:29 PM
Laaaaaaaa mati2 mia ingat yuna da internationale
eLiaD replied at 11-5-2015 10:18 PM
Kopek chik x merasa la nk go international..
alesandra replied at 11-5-2015 09:55 PM
mcm mana lagi nak mempertingkat bakatnya?
ADVERTISEMENT