Beto bersama Nur Firuza Amira yang berusia tujuh tahun.
PETALING JAYA: Pelakon Beto Kusyairy sayu apabila salah seorang anak mangsa kemalangan maut melibatkan tiga beranak di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) memeluknya erat ketika datang menziarah keluarga mangsa pada malam Ahad lalu. Pemilik nama sebenar Nurkusyairy Zakuan, 35, itu berkata, dia terkejut dengan reaksi kanak-kanak berkenaan, Nur Firuza Amira yang berusia tujuh tahun berlari mendapatkannya. "Ketika saya sampai sudah malam dan dia juga nampak letih kerana kunjungan daripada orang ramai yang tidak putus untuk melawatnya. "Bagaimanapun saya masuk sebentar ke bilik untuk menyapanya dan apabila melihat saya dia terus memeluk erat saya seolah-olah kami sudah mengenali antara satu sama lain.
"Tiada kata dapat saya gambarkan selain perasaan sayu saat di memeluk saya ketika itu," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin. Dalam kemalangan itu, Fairuz Nizam, 35, isterinya Nova Safitri, 27, serta seorang anak perempuan mereka berusia tujuh bulan, Nur Annisa Firuza tercampak keluar dari kenderaan selepas dirempuh Myvi yang dikatakan sedang berlumba. Beto dan isterinya melawat kanak-kanak berkenaan pada malam Ahad lalu. Fairuz Nizam meninggal dunia di tempat kejadian manakala Nova Safitri dan Nur Firuza meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur. Semasa kemalangan, ketiga-tiga mereka dilaporkan dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan di Putrajaya. Akibat kejadian itu, Nur Firuza Amira dan adiknya, Nur Firuza Akila, 3, menjadi anak yatim piatu dan peristiwa menimpa keluarga mereka mendapat perhatian daripada masyarakat. Dalam pada itu, Beto berkata, dia hadir melawat kanak-kanak tersebut atas dasar kasih sayang dan ingin berkongsi rasa sedih bersama mereka. "Biarpun saya tidak mempunyai pertalian darah dengan kanak-kanak berkenaan tetapi saya tergerak hati untuk pergi melawat mereka atas dasar kasih sayang dan sesama saudara Islam. "Saya mahu berkongsi sedih dengan mereka kerana itu sahaja yang mampu dilakukan kerana tidak mampu rasanya untuk meminta mereka supaya tabah dalam mengharungi dugaan tersebut kerana mereka masih kecil," ujarnya. |
16
Bagus |
15
Marah |
4
Terkejut |
7
Sedih |
9
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
AprilLova replied at 5-5-2015 11:29 AM
Beto.. siapakah?
ziehan09 replied at 5-5-2015 11:20 AM
Beto please adopt the kids..
damian_lee replied at 5-5-2015 11:20 AM
kita yang tengok gambo anak2 tu pun sayu ..
Athrun.Zalaa replied at 5-5-2015 04:32 AM
Driver Myvi sembunyi mana skrg?!!
Mak bapak driver Myvi mana?!!
Dok pk cara nk lepaskan diri ke?!!
silampumeja replied at 5-5-2015 04:33 AM
suka suka suka suka!! hehehehe bergetar uolss
abang beto idaman hati ni... belakon pon best sgt ...
fifie_olin replied at 5-5-2015 05:18 AM
ko amek la jd anak angkat...ko pon lom ade ank lg...
muka dh seiras dah...
jelas sgt mata bdk tu b ...
ADVERTISEMENT