CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Peniaga Online Tipu Jual Tudung KOMBO Adijuma!

22-4-2015 04:42 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21133| Komen: 97

Peniaga Online Tipu Jual Tudung KOMBO Adijuma!

Antara koleksi tudung Aidijuma yang diperagakan pengasasnya, Norjuma Habib Mohamed. - Foto FacebookTudung Aidijuma - cetusan IDea Datin Norjuma


KUALA LUMPUR, 17 April: Seorang suri rumah hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini atas dua pertuduhan menipu menjual tudung Aidijuma (AJ).

Noraziah Abdul Rahman, 34, didakwa menipu seorang peniaga, Noor Anis Nordin, 28, dengan memperdayakannya untuk mempercayai bahawa tertuduh boleh membekalkan tujuh helai tudung kombo AJ yang ditawarkan melalui laman Facebooknya sedangkan dia tidak mempunyai tudung itu.

Ini telah mendorong mangsa memindahkan wang tunai RM800 ke dalam akaun Maybank tertuduh.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tempat letak kereta Ampang Point, Ampang, di sini pada 2 April lepas.


Bagi pertuduhan kedua, Noraziah didakwa menipu seorang guru Noor Nazaton Naim Mohd Yusof, 39, dengan memperdayakannya untuk membekalkan sembilan helai tudung kombo AJ, juga yang ditawarkan melalu Facebooknya sehingga mendorong mangsa memindahkan wang tunai RM1,800 ke dalam akaun Maybank tertuduh.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Wong Solo Taman Dagang, Ampang, di sini antara 30 Mac dan 31 Mac lepas.

Bagi kedua-dua pertuduhan, Noraziah didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene menawarkan jaminan RM3,000 bagi pertuduhan pertama dan RM4,000 bagi pertuduhan kedua.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Nik Ahmed Asraf Nik Othman memohon wang jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya tidak mempunyai pekerjaan dan perlu menanggung seorang anak dan bapanya dengan pendapatan suaminya yang kecil.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membenarkan wanita itu diikat jamin RM2,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua orang penjamin dan menetapkan 18 Mei untuk sebutan semula kes.


Sumber



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosasa 22-4-2015 08:12 AM
hadap sangat nak ber AJ bagai..kekdahnya di akhirat pun boleh ber AJ, beratus2 perabis, last ditipu , memang mendapatlah akibat fanatik.. tu belum berfan club AJ wtff


yang menipu tu memang hadap sangat duit haram , kekdahnya beli nasi guna duit tu sedap kot
Quote cm_asamkumbang 22-4-2015 08:15 AM
Sanggup bank in Rm1800 tu kerana gila tudung...huii...duit telebih sangat ka...
Quote ellZack 22-4-2015 08:21 AM
mahalnya dia jual tudung aj..
meols tengok paling mahal pun orang jual dalam 80rggt cenggitu je untuk selai..
corak apa jugak dia beli ni..
Quote nenas_tippy 22-4-2015 08:25 AM
7helai tdung AJ =rm800
Quote ibuiqah 22-4-2015 08:42 AM
peniaga cam ni yg buat peniaga online lain terkena tempias dia..
Quote wanlya 22-4-2015 08:53 AM
padan muka bengan si penipu ngn ditipu......
Quote maharani_gebu 22-4-2015 08:54 AM
yg pakai fareeda fefeling Mawar
yg pakai aidijuma fefeling Norjuma

setiaku hanya padamu wahai Bawal plain selai 5 hengget.... janji tutup aurat
Quote funnyTONE 22-4-2015 09:22 AM
adoi...tudung tu baru la bape belas n puluh2 je..
aku suke pakai tudung AJ ni sbb senang
shawl nk belit2, ada awning mcm mokcik2
tp idak la nk beratur di CS sana
n beli yg jual mahal2
selalu beli online walaupon selalu sold out
ada rezeki ada la
yg sanggup nk bayar sampai 800 n 1800 tu mmg xleh hadam
Quote rospinki 22-4-2015 09:26 AM
cemana kah rupa tudung itu..adekah bisa merobah wajah yg hudoh menjati jelita bak bulan bersinar dipagar bintang?

atau semakin kusam bak malam gelap gelita?

Quote chaintea 22-4-2015 09:27 AM
dulu2 Fareeda
la ni AJ lak

adoilaa

tudung bawal jual kt pasar malam pon ok jah
Quote fish 22-4-2015 09:42 AM
maharani_gebu replied at 22-4-2015 08:54 AM
yg pakai fareeda fefeling Mawar
yg pakai aidijuma fefeling Norjuma

AJ ni pun tak mahal sebenarnya
bawal plain tu pun baru 9 hengget lebih ja
yg corak2 ada rm10,14... paling mahal pun 33
yg buat mahal tu seller/reseller yg suka hati letak harga
Quote brown_pupil 22-4-2015 09:50 AM
motip giler AJ sampai sanggup bayor beratus?
Tudung biasa rm5 tu tak menepati syariah dgn tutup aurat gamaknya...
Quote Star_el 22-4-2015 09:53 AM
serius ada tudung rm5 menutup aurat?kalo badan betul2 kecik la kot gamaknya.
selalu tgk adik aku beli,nk yg elok,besar dan tak jarang minimum rm28 gitu.
Quote axl_bach 22-4-2015 10:00 AM
AJ hebat anda hebat
Quote fifie_olin 22-4-2015 10:02 AM
dlm ig tu belambak seller penipu...
ade sati ig ni khas utk seller penipu...
mcm2 gaya nk menipu..siap letak pic si penipu...
Quote sayawifenikmie 22-4-2015 10:04 AM

... HMMM .. BAGUS .. boleh didakwa menipu berurusan onlien ni .. siap  korang  Tok Belagak and Geng .... merengkoklah ....



apapun ... saya tak mampu pakai tudung ratus2 rm .. kita pakai shol rm13 selai jer ...
Quote duyong95 22-4-2015 10:05 AM
cikgu2 kat msia ni suka nau mengabiskan duit dgn beli tudung mahei2 ya
Quote sgbuloh 22-4-2015 10:12 AM
mahalnye tudung tu. jahit dengan benang emas ke?

Quote maharani_gebu 22-4-2015 10:15 AM
fish replied at 22-4-2015 09:42 AM
AJ ni pun tak mahal sebenarnya
bawal plain tu pun baru 9 hengget lebih ja
yg corak2 ada rm10,14. ...

itulah pasal... ai pnah tgk kat fb AJ... yg black label tu cam murah ckit dr white label...

yg ai pelik bin ajaib... bila seller atau reseller letak harga melampau mcm gst 30% kekdahnyer tu... still ader buyer yg terhegeh2 nak memborong.....

ai was like

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 10:03 AM GMT+8 , Processed in 0.045685 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top