didakwa di mahkamahAntara koleksi tudung Aidijuma yang diperagakan pengasasnya, Norjuma Habib Mohamed. - Foto FacebookTudung Aidijuma - cetusan IDea Datin Norjuma
[size=100%]KUALA LUMPUR, 17 April: Seorang suri rumah hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini atas dua pertuduhan menipu menjual tudung Aidijuma (AJ).
Noraziah Abdul Rahman, 34, didakwa menipu seorang peniaga, Noor Anis Nordin, 28, dengan memperdayakannya untuk mempercayai bahawa tertuduh boleh membekalkan tujuh helai tudung kombo AJ yang ditawarkan melalui laman Facebooknya sedangkan dia tidak mempunyai tudung itu.
Ini telah mendorong mangsa memindahkan wang tunai RM800 ke dalam akaun Maybank tertuduh.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tempat letak kereta Ampang Point, Ampang, di sini pada 2 April lepas.
Bagi pertuduhan kedua, Noraziah didakwa menipu seorang guru Noor Nazaton Naim Mohd Yusof, 39, dengan memperdayakannya untuk membekalkan sembilan helai tudung kombo AJ, juga yang ditawarkan melalu Facebooknya sehingga mendorong mangsa memindahkan wang tunai RM1,800 ke dalam akaun Maybank tertuduh.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Wong Solo Taman Dagang, Ampang, di sini antara 30 Mac dan 31 Mac lepas.
Bagi kedua-dua pertuduhan, Noraziah didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene menawarkan jaminan RM3,000 bagi pertuduhan pertama dan RM4,000 bagi pertuduhan kedua.
Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Nik Ahmed Asraf Nik Othman memohon wang jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya tidak mempunyai pekerjaan dan perlu menanggung seorang anak dan bapanya dengan pendapatan suaminya yang kecil.
Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membenarkan wanita itu diikat jamin RM2,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua orang penjamin dan menetapkan 18 Mei untuk sebutan semula kes.
Sumber
|