Kenaikan Pangkat Penjawat Awam Telus, Tiada Ampu Boss KUALA LUMPUR - Persepsi bahawa kenaikan pangkat seseorang penjawat awam kerana mereka mempunyai hubungan baik dengan 'bos', perlu dikikis, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim. Katanya, kenaikan pangkat penjawat awam adalah berdasarkan tiga faktor iaitu prestasi, perakuan ketua jabatan dan kekosongan, dengan perakuan ketua jabatan sering dipertikai. "Kata mereka kalau baik dengan bos tentu mudah naik pangkat. Jadi perkara ini telah diperkatakan dengan begitu rupa. "Kita kena ingat bahawa kita kena ada sesuatu yang harus kita pegang sebagai landasan untuk tujuan kenaikan pangkat," katanya pada sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara, hari ini. Shahidan menjawab soalan tambahan Senator Mohd Khalid Ahmad yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang melaksanakan penstrukturan perjawatan baharu dan kenaikan pangkat penjawat awam setiap lima tahun sekali untuk meningkatkan profesion mereka. Beliau berkata, kenaikan pangkat penjawat awam dilakukan secara telus bagi memastikan semua pihak berpuas hati. Menjawab soalan tambahan senator yang sama berhubung sama ada kerajaan membuka peluang kepada penjawat awam kumpulan sokongan yang mempunyai ijazah sarjana muda untuk kenaikan pangkat, Shahidan berkata, mereka perlu membuat permohonan untuk mengikuti skim baharu setelah jawatan itu dibuka. "Mereka akan bersaing sama seperti orang lain. Cuma kelebihan yang besar, mereka telah bekerja dalam perkhidmatan berkenaan, jadi orang kata markah lebih kepada mereka untuk dapat pekerjaan. "Ini kerana kita tidak boleh buat secara automatik. Kalau secara automatik habis semua orang dapat ijazah dan mereka minta naik pangkat secara automatik ia sesuatu yang cukup berat pada kerajaan," katanya. Sementara itu, ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, Shahidan menyangkal dakwaan Pengerusi Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli), Tan Sri Ramon Navaratnam bahawa semakan gaji penjawat awam kali terakhir dilakukan pada 1991. Beliau menjelaskan semakan dan perubahan gaji penjawat awam dilakukan sebanyak lapan kali antara tahun 2000 hingga 2013. Shahidan berkata, antaranya pada tahun 2000, penjawat awam menerima kenaikan gaji sebanyak 10 peratus, 2002 (10 peratus) dan 2007 (3.5 peratus hingga 7.5 peratus) termasuk kenaikan pada tahun 2013. Pengerusi Asli itu dilaporkan mencadangkan suruhanjaya tetap ditubuhkan bagi membuat semakan gaji penjawat awam bagi setiap lima tahun dan mendakwa kali terakhir semakan gaji dilakukan pada tahun 1991. - Bernama
|
7
Bagus |
9
Marah |
8
Terkejut |
14
Sedih |
7
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
MeghanK replied at 21-4-2015 09:12 AM
Iyer la tu..nak tukar kontrak jadi permanent pon pasang kipas naik punya..lagi la nak naik pangkat : ...
ridz09 replied at 21-4-2015 09:23 AM
Ek elehh.....cakap je..
last2 pengipas jugak yg naik..
dino replied at 21-4-2015 09:26 AM
klau melawan ckp bos mmg takleh naik
dino replied at 21-4-2015 09:28 AM
ade jugak bos yg nak tgk keje bagus... tak main kipas2... tp amat jarang...
teringat kat ri ...
lurve82 replied at 21-4-2015 09:29 AM
klu weols kne interview bagai...nk kipas mmg takdak la...klu yg lain ada yg kne gi exam jgk...yg kip ...
MeghanK replied at 21-4-2015 09:33 AM
Silap2 duk jadi kambing hitam bos
hasmania replied at 21-4-2015 09:31 AM
dah berzaman-zaman dari tok kadok lagi pakai sistem gitu .....
itu sebab sesiapa yg nk join dgn ker ...
dino replied at 21-4-2015 09:35 AM
bos akan cari jln nak suruh ko berambus gituh anak buah cari jln edar surat layang
ridz09 replied at 21-4-2015 09:36 AM
Hehe...sebelum tu kena ada kabel besar gedabak dulu, lepas tu kena ada ilmu kipas mengipas..
MeghanK replied at 21-4-2015 09:37 AM
Silap sikit je kena la..kalau silap org lain pon jadi silap kita..jenuh la
lurve82 replied at 21-4-2015 09:29 AM
klu weols kne interview bagai...nk kipas mmg takdak la...klu yg lain ada yg kne gi exam jgk...yg kip ...
ADVERTISEMENT