Maut Bertembung Di Merbau ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Kampung Merbau Sempak, Sungai Buloh kira-kira jam 9.55 malam tadi. - Foto NSTP Maut Bertembung Di Merbau SUNGAI BULOH: Tiga termasuk dua beranak terbunuh apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kenderaan lain di Merbau Sempak dekat sini, malam tadi. Kemalangan kira-kira jam 9.45 malam itu membabitkan PERODUA Myvi dari arah Bandar Sungai Buloh dengan Proton Waja. Pertembungan itu mengakibatkan pemandu Myvi dan anak lelakinya meninggal dunia di tempat kejadian, manakala tiga lagi ahli keluarga mereka parah. Mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan. Mayat mangsa turut dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat. Seorang lagi yang maut dipercayai pemandu Proton Waja, manakala seorang penumpang kereta itu dilaporkan parah. Identiti semua mangsa belum dikenal pasti. Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, berkata sebuah jentera bomba bersama lapan pegawai dan anggota dari Balai Bomba Sungai Buloh, dikejarkan ke lokasi sebaik menerima maklumat. "Anggota bomba mengambil masa hampir setengah jam bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang, berkata pihaknya sedang menyiasat bagi mengenal pasti punca kemalangan. http://www.bharian.com.my/node/48264
|
9
Bagus |
9
Marah |
8
Terkejut |
23
Sedih |
4
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
shernazz replied at 18-4-2015 06:26 PM
apa pasai
mau potong lane tarak lepas ka.
nguks
dino replied at 18-4-2015 06:29 PM
ade org tu kan.... dan2 ade kereta bmw... pdhl pengutip cek....
Innrukia replied at 18-4-2015 06:35 PM
Mesti laju
mak_wa95 replied at 18-4-2015 06:39 PM
kete tokey...
dia bawa jadi kete dia la..
dino replied at 18-4-2015 06:41 PM
ye tak ye jugak.... tp patut tokey alert skit... stok tu layak bwk motor je....
dino replied at 18-4-2015 06:29 PM
ade org tu kan.... dan2 ade kereta bmw... pdhl pengutip cek....
sgbuloh replied at 18-4-2015 06:57 PM
myvi ke proton ke BMW ke kalau bertembung head to head mati tetap mati
cucumberkl replied at 18-4-2015 07:35 PM
Betul ckp @peYno kete tu setarap bmw
ADVERTISEMENT