Lelaki Perempuan Diasingkan Di Konsert!
Gambar hiasan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengeluarkan garis panduan baharu hiburan dalam Islam bagi rujukan pihak berkuasa, penganjur, penerbit dan pihak terlibat dalam aktiviti dan industri hiburan, dengan mengenakan peraturan ketat ke atas personaliti artis, pakaian, tingkah laku dan persembahan mereka. Jakim juga membuat peraturan mengasingkan antara lelaki dan perempuan di kalangan penonton konsert dan persembahan pentas dan menyekat muzik dan lirik yang mempunyai unsur "menyembah " dan dianggap suci bagi penganut agama selain Islam.
Garis panduan itu dikeluarkan jabatan itu awal minggu ini selepas diluluskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-107 pada Februari dan boleh didapati dalam bentuk dokumen di laman web Jakim. Menurutnya, ia merupakan edisi kedua garis panduan itu. Di bawah peraturan itu, Jakim menetapkan, artis perlu mempunyai peribadi mulia dan akhlak yang baik dan tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah sama ada di bawah undang-undang syariah atau sivil. Mereka juga mesti berpakaian menutup aurat, kemas dan sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton. Pakaian, tatarias dan dandanan rambut mereka tidak boleh menyerupai jantina berlainan, kata Jakim, sambil menambah mereka tidak boleh melakonkan watak yang menyerupai jantina berlainan. Badan berkuasa agama itu menetapkan, lawak jenaka yang disampaikan artis hendaklah berpada dan tidak melampaui batas sehingga membawa kepada ketawa melampau. Begitu juga, sebarang lawak jenaka tidak boleh dilakukan pada perkara yang serius dan perkara perlu ditangisi. Ia juga menetapkan semua persembahan juga tidak boleh menyentuh sensitiviti mana-mana agama, budaya dan bangsa dan tidak mengandungi unsur pemujaan atau penyembahan secara langsung atau tidak langsung kepada sesuatu makhluk atau peribadi lain. Persembahan tarian pula tidak boleh mengandungi unsur lucah, membangkitkan nafsu atau lambang kata yang ditafsirkan lucah, kata Jakim, dan tidak ada percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu persembahan yang boleh menimbulkan fitnah. |
19
Bagus |
4
Marah |
5
Terkejut |
1
Sedih |
1
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
aechae replied at 18-4-2015 02:40 PM
alaa...brapa kerat je penganjur2 konsert ni yg go thru with jakim?
ADVERTISEMENT