CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

"Insiden Tidak Salam Pengurus Beri Hikmah" - Neelofa

17-4-2015 04:07 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19281| Komen: 53

"Insiden Tidak Salam Pengurus Beri Hikmah" - Neelofa

Neelofa menganggap tindakannya tidak menyambut salam pengurusnya mempunyai hikmah besar.


KUALA LUMPUR: Aktres dan pengacara Neelofa menjelaskan isu dia tidak berjabat tangan pengurusnya, Shawn Amer ketika diumumkan sebagai pemenang Pengacara TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) pada 5 April lalu mempunyai hikmah tersendiri.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 25, berkata, sejak peristiwa itu kaum lelaki lebih berhati-hati ketika mendekatinya selain tidak menghulurkan tangan untuk bersalam.

"Biarpun ada yang menyokong tindakan itu tetapi ada juga yang mengkritik saya. Bagaimanapun ia sebenarnya mempunyai hikmah besar iaitu lelaki bukan muhrim tidak lagi menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan saya.

"Pada saya ia satu permulaan positif kerana saya sendiri ingin memperbaiki diri untuk menjadi muslimah lebih baik dan isu berkenaan sebenarnya banyak membantu saya," katanya.

Neelofa ditemui ketika sidang media filem Pilot Cafe di Restoran Melur & Thyme, Nu Sentral di sini, Rabu.
Neelofa bergandingan dengan Fahrin Ahmad dalam filem Pilot Cafe.



[size=0.98em]Filem arahan Osman Ali itu diadaptasi daripada novel tulisan Ahadiat Akashah dan bakal menemui penonton pada 30 April ini.

Selain Neelofa, Pilot Cafe turut menampilkan barisan artis seperti Fahrin Ahmad, Remy Ishak, Izara Aishah, Keith Foo, Datuk Eizlan Yusof dan Aishah Ilias.

Semasa ABPBH 2015 lalu, aksi Neelofa tidak menyambut tangan yang dihulurkan pengurusnya berjaya dirakamkan jurukamera namun timbul isu lain pula apabila dia bersalaman dengan pengarah drama Michael Ang.

Dalam pada itu, Neelofa berkata, dia tidak pernah merasakan dirinya sudah sempurna hanya kerana enggan berjabat tangan dengan lelaki kerana baginya sebagai manusia biasa dia tetap akan melakukan kesalahan sama ada sedar atau pun diluar kawalannya.

Namun bagi bekas pengacara program Nona itu, dia tidak akan berhenti untuk terus memperbaiki diri untuk menjadikannya seorang muslimah sejati.

"Seperti isu salam itu, saya tetap dikritik kerana saya tidak bersalaman dengan pengurus tetapi menyambut salam pengarah, Michael Ang dan ia berlaku secara spontan.

Neelofa bakal kembali ke set penggambaran telefilem berjudul 'Rindu Tiada Bertepi'.

"Saya juga manusia biasa yang ada melakukan kesilapan dan masih berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri," katanya yang mengakui ia satu kesilapan yang tidak disengajakan.

Sementara itu, bercakap mengenai Pilot Cafe, Neelofa berkata, dia ada menerima kritikan daripada pengikut laman sosialnya selepas memuat naik gambar poster filem berkenaan bagi tujuan promosi yang ketika itu dia masih belum bertudung.

Jelas Neelofa, sebagai seorang pelakon dia perlu memikirkan banyak pihak dan apa dilakukan itu sebagai satu tanggungjawab terhadap naskhah berkenaan.

"Pada saya filem itu dilancarkan pada tepat masanya kerana menerusi filem berkenaan saya adalah seorang yang berbeza dua tahun dahulu berbanding sekarang.

"Apa yang ingin saya katakan sesiapa pun boleh berubah dan kadang-kala ia berlaku dalam sekelip masa.

3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • saraism


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pngky 16-4-2015 08:47 AM
ikut suka hati kau lah Lopaa ,
berlakon tak sehebat mana ponn
Quote melinda_kerr 16-4-2015 08:48 AM
Kisah tok pakistan pegang kepala aritupun hikmah jugak tu.
Quote royaldanish 16-4-2015 08:49 AM
bakat sheols maybe bukan k lakonan tetapi business...
Quote budakmanentah 16-4-2015 08:52 AM
makin cantik
Quote dalima 16-4-2015 08:54 AM
Semoga Lofa berjaya dlm apa jua bidang diceburi.
Quote akik 16-4-2015 08:56 AM
cantik lopa dalam pic atas sekali tu.tak sabar nak tengok adegan spooning lopa dan fahrin.bila filem ni nak keluar torrent?nak gi cinema tengok memang tak ah..filem murahan je pun
Quote redwood 16-4-2015 09:02 AM
Alhamdulillah. ...tiada yg sempurna tapi sama2 kita berusaha perbaiki diri masing2
Quote shahirakay 16-4-2015 09:13 AM
akik replied at 16-4-2015 08:56 AM
cantik lopa dalam pic atas sekali tu.tak sabar nak tengok adegan spooning lopa dan fahrin.bila filem ...

Pehhh ada adegan spooning ke? aku selalu terfikir, tak keras ke pelakon2 lelaki ni kalau ada adegan bukan bukan dengan aktress?
Quote lasagnaklcc 16-4-2015 09:26 AM
Iols pakai tudung lopa jenis ni tak cantik mcm sheols pon
Quote akik 16-4-2015 09:33 AM
shahirakay replied at 16-4-2015 09:13 AM
Pehhh ada adegan spooning ke? aku selalu terfikir, tak keras ke pelakon2 lelaki ni kalau ada adega ...

cuba ko tengok trailer pilot cafe kat minit 1:45. nampak je la mcm spooning..dlm filem taktau la..aku explain awal2 takut org cakap aku fitnah plak scene lopa duduk atas riba fahrin pun ada.so aku rasa adik fahrin keras sebab lopa hot.
Quote tomet05 16-4-2015 09:40 AM
wakakaka .. sponing yang dinanti ..
Quote kelip2_07 16-4-2015 10:01 AM
xkeras..xnormal la

alangkan tgk gmbr seksi pn blh keras..pastu cari sabun di bilik mandi
Quote fifie_olin 16-4-2015 10:04 AM
alolooo br x salam dgn lelaki mau kecoh...
tp bgs la tu kurg skit dosa tu...dr dok sentuh kulit jejantan
dedulu puas kot
Quote prizadane 16-4-2015 10:17 AM
lofa dah buktikan dia tak katik sebab mampu berdiri sama tinggi ngan fahrin..
Quote adeqo 16-4-2015 10:20 AM
Edited by adeqo at 16-4-2015 10:23 AM

nice statementt lofa!  in shaa Allah lofa boleh jd lbih baikk..   
pelik plak adegan spooning lofa fahrin ni xde plak org kontroversiknnn...
yg korg sume motippp mcm menntikn dan xsabar adegann sebegituu knapeee eakk???

mohon 0.001 saat jee adegan tu kt filem ni.. boleyyy

agaknyee mcm mne la kimia bio fizik dorg dlm filemmm ni.. harap menjd la..
tgok kt ig #pilotcafe, comel plak aku tgok dorg pkai baju ala matching2 gituuuu.. harmoniii sesgtt..  
Quote miabebe 16-4-2015 10:22 AM
Lawa nye lah si lopa neh...geram miangbebe tgk
Quote sayang 16-4-2015 11:26 AM
LAwa giler lopa...insecure I.
Quote jesbon 16-4-2015 11:35 AM
bila je lopa ni tak cantik?
Quote palomaf4 16-4-2015 11:39 AM
orang dah lawa... kalau pakai tudung periuk pun nampak cantik

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.108310 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top