CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Neelofa: Bukan Tuah Saya

18-9-2013 03:56 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21223| Komen: 81

Description: Sejak Berkecimpung Dalam Industri Seni Pada Tahun 2010, Setelah Memenangi Pertandingan Dewi Remaja 2010/2011, Nama Neelofa Atau Nama Penuhnya, Noor Neelofa Mohd Noor Terus Menjadi Sebutan Ramai.
UCAP sahaja nama Neelofa, pasti akan terbayangkan gadis bertubuh genit dari Pasir Mas, Kelantan yang begitu petah berbicara.
       
Sejak berkecimpung dalam industri seni pada tahun 2010, setelah memenangi pertandingan Dewi Remaja 2010/2011, nama Neelofa atau nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd Noor terus menjadi sebutan ramai.
       
Ramai juga penerbit yang berebut-rebut ingin membawa gadis berusia 24 tahun ini ke arena perfileman.
       
Namun, entah di mana silapnya, dua buah filem Neelofa, di mana dia sendiri bertindak sebagai teraju utama tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan.

       
Malah tatkala ditanya persoalan itu, Neelofa atau mesra disapa Lofa enggan memberi sebarang komen kerana bimbang menyentuh perasaan mana-mana pihak.
       
Namun pengacara Nona ini bersikap positif dan menjelaskan: "Kenyataan ini Lofa buat secara umum dan bukan untuk filem yang Lofa bintangi. Pada pendapat Lofa sebagai seorang pelakon apatah lagi pendatang baru seperti Lofa, tidak semestinya untuk satu atau dua filem kita terus dapat sambutan yang memberangsangkan.
       
"Lofa tidak patah semangat apabila dua filem yang Lofa bintangi tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Ada juga dua lagi filem yang Lofa bintangi mendapat sambutan. Lagipun Lofa sedar masih baru dan kerana itu Lofa berhasrat mengikuti kelas lakonan di New York untuk memperbaiki lagi skil lakonan Lofa."
       
Lofa berkata, biarpun kurang menyerlah dalam industri perfileman, ia tidak bermakna dia tidak menjadi pilihan penerbit dan pengarah masa kini.
       
Ujarnya, bila terjadinya dugaan sebegini ia menyebabkan Lofa lebih bersemangat untuk belajar dan tidak cepat patah semangat.
       
"Biarpun ada yang mengkritik, namun hari demi hari semangat Lofa untuk mendalami ilmu perfileman tidak pernah surut. Malah semasa terlibat dengan penggambaran filem Pilot Cafe, Lofa mendapat ilmu yang cukup bermanfaat dari kak Elly Suriati.
       
"Dia mengajar Lofa bagaimana untuk menyerahkan seluruh jiwa dan raga kepada sesuatu watak dan Lofa telah berikan yang terbaik untuk watak Sharmila dalam filem itu," katanya.
       
       
Impi program sendiri
       
Dalam melalui dugaan di arena perfileman, Lofa dikira cukup bertuah dalam bidang pengacaraan.
       
Apa tidaknya, baru sahaja setahun jagung dalam bidang pengacaraan, kepetahan Lofa telah diperakui apabila diberi kepercayaan mengemudi sebuah program bual bicara wanita bersama Fara Fauzana dalam Nona.
       
Lofa juga turut diberi kepercayaan menjayakan rancangan siaran langsung seperti MeleTOP dan Anugerah Lawak Warna, baru-baru ini di samping AC Mizal.
       
Ditanya tidakkah dia mengimpikan sebuah program sendiri, dengan nada rendah diri, Lofa mengakui program bual bicara sendiri sememangnya menjadi impiannya, namun dia berhasrat untuk mengutip ilmu terlebih dahulu.
       
"Lofa masih baru, masih setahun jagung lagi dalam bidang pengacaraan. Bohong kalau Lofa katakan tak teringin untuk mengacarakan program sendiri.
       
"Tapi biarlah setelah mendapat ilmu secukupnya terlebih dahulu. Banyak lagi yang perlu Lofa pelajari," katanya yang masih belum berhasrat berundur daripada program Nona.
       
       
       
Karier vs cinta
       
Tidak hanya menyerlah dalam profil kariernya, nama Lofa tidak terlepas dikaitkan dengan kisah cinta bersama selebriti tempatan.
       
Apatah lagi kini, nama Lofa dan Hans Isaac bagai satu daya tarikan magnet, yang sukar untuk dipisahkan.
       
Tidak melatah, Lofa berkata dia bersyukur kerana akhir-akhir ini perhatian peminat sudah mula beralih daripada membicarakan kisahnya dan Hans.
       
Bagi Lofa kisah cinta selebriti ibarat satu keperluan dan ada antara selebriti lain yang turut dikaitkan dengan artis itu dan artis ini.
       
"Jika bandingkan dengan dulu, sekarang orang dah kurang bercakap mengenai kami. Lagipun kami berdua tidak terlalu menonjolkan diri bersama atau menunjuk gambar bersama  atau ke mana-mana bersama-sama.
       
"Jadi lama kelamaan tidak ada isu yang perlu dimainkan lagi dan semua akhirnya akan diam juga," katanya yang kini bercuti ke kota Londan sehingga esok.
       
Ditanya mengenai penerimaan keluarga terhadap hubungannya dengan Hans, Lofa berkata: "Keluarga ada juga bertanya, tapi bila Lofa jelaskan mereka faham dengan ragam industri ini.
       
"Tapi bagi Lofa sekarang fokus Lofa adalah pada kerjaya dan suatu hari nanti jika Lofa bersedia, barulah Lofa akan ke langkah seterusnya."

4

Bagus
7

Marah
2

Terkejut
12

Sedih
5

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tomet05 2-9-2013 02:52 PM
suka hati hang pa la lopak
Quote solstice 2-9-2013 02:56 PM
Harap ngan HI tu x jadi
Quote akakbosan 2-9-2013 03:04 PM
Tuah? Errmmm... akak rasa it has to do with something called TALENT... or lack thereof.

Can you say "kayu", Lopak?   Harapkan chanthek jah... tak ke mana. Model boleh la. Cindy Crawford dulu pun try berlakon gak... sedap la mata memandang tapi hampeh jua...

Quote cmf_jeangrey 2-9-2013 03:21 PM
bagus lah...dah tau tak berbakat pegi belajar
balik dr NY sok tunjukkan hasilnya
Quote katak hijau 2-9-2013 03:33 PM
Bukak benang baru lagi utk cik puan lopa ni ke?
Quote katak hijau 2-9-2013 03:34 PM
akakbosan posted on 2-9-2013 03:04 PM
Tuah? Errmmm... akak rasa it has to do with something called TALENT... or lack thereof.

Can you s ...

Agaknya dia ni tak perasan yg dia tu blakon kayu kut? Takde org nak bagitau tambah2 boyfren pun siap jadikan heroin
Quote Dadadi 2-9-2013 03:42 PM
lopa....lopa....
Quote aseela 2-9-2013 03:49 PM
not your cup of tea lopa.....
Quote reenz013 2-9-2013 03:55 PM
wateverla lofa
Quote catwoman91 2-9-2013 04:05 PM
lofa ni belakon kayu.harap rupa je cantik.sorry lofa
Quote Innrukia 2-9-2013 04:26 PM
Beauty with no talent:lol
Quote tepisket.. 2-9-2013 04:34 PM
Ai cayam! Lam tread lopa dah ade... jgn la bkk bbnyk tread.. sesia je kena katup kng..
Quote slipar_jepon 2-9-2013 04:35 PM
nak ada program sendiri? xpayah laa..
ckp pun mcm ikut skrip..
Quote wangii 2-9-2013 04:51 PM
dia blakon ker...mengacara ke, nyanyi ker.....aku kureng gemar dia nih....dia nih ruper ader tp BAKAT kureng ....
Quote jonlabu 2-9-2013 04:58 PM
Impi program sendiri


poodahhhh dalam meletop tu pun harap kat nabil jah. manjang dok ngekek2 mcm pontianak..nak kaver takdak ide. byk sgt makan budu ni, otak blur...tine2 klate kat ofis wa sokmo blur camni.
Quote sueism 2-9-2013 05:00 PM
Lopa go lopa
Quote annehuda 2-9-2013 05:20 PM
ada ramai artis bertahun-tahun la berlakon drama tv tp tak penah pun merasa nk pegang watak utama dlm filem. ko kuar remaja je terus berlakon filem. so jgnla marah ye kalau orang kutuk ko kayu ye lopah.....
Quote Nham22 3-9-2013 12:01 AM
Lofa mcm xsesuai berlakon...die better agaknye menyanyi...and mengacara je...berlakon mcm bukan bidang die.. Blajarla mcmane hebatpun kelas kat new york tu..tetap xkan menjadi sbb bukan bidang yg sesuai untuk die.. Cuba bandingkan lakonan nad nissa tu..walaupun rupe xsehebat lofa tp die natural bila berlakon..lakonan berkesan..
Quote Leonarzi 3-9-2013 12:07 AM
Dia ni kurang takent....mengacara spontan fail.....berlakon filem flop......hrp tetek je...

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.508932 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top