Mahasiswa 'Ikat Perut' Kerana Gst?
Menurut seorang pelajar yang kini menuntut di sebuah universiti di Selangor, Mohd Fahmi bin Ahmad, 24, berkata, dia terpaksa ikat perut kerana harga makanan di kafe tempat penginapannya naik mendadak. “Baru-baru ini saya makan malam di kafe, apa yang mengejutkan saya harga sepinggan nasi lauk seketul ayam, telur dan air limau ais berharga RM8.50. “Harga itu saya rasa sangat melampau, sepatutnya harga makanan di kafe tidak perlulah setinggi itu, kami hanya pelajar, yang hanya mengharapkan bantuan PTPTN dan ibu bapa,” katanya kepada Sinar Online. Dek kerana itu, katanya dia terpaksa berjimat kerana beliau bukanlah datang dari keluarga yang senang. “Dulu boleh makan tiga kali sehari, tetapi memandangkan harga makanan sudah mahal saya makan sekali atau dua kali sehari. “Kadang-kadang saya ‘terpaksa’ berpuasa kerana duit yang ada perlu digunakan untuk membeli barang keperluan lain seperti buku, alat tulis dan kelengkapan diri yang lain,” katanya. Sementara menurut Latiff Karim, 21, yang juga menuntut di universiti yang sama berkata, dia juga ‘mengalami nasib yang sama’ seperti rakannya itu. “Saya juga terpaksa ‘ikat perut’, kerana tidak mahu menyusahkan keluarga untuk meminta wang lebih, mereka juga susah. "Saya juga 'kurang makan'... selalu berpuasa sekarang... dan kalau hendak makan saya memilih menu ‘nasi bujang’ (nasi putih, telur dan sup kosong), sebab itu sahaja hidangan yang saya rasakan murah. “Tinjauan saya juga mendapati harga kedai makanan ‘mamak’ yang ada di sekitar kawasan saya juga naik harga, dulu dalam RM7 saya boleh dapat tiga menu tetapi sekarang berkurang menjadi dua menu,” katanya. Oleh itu jelasnya, dia akan membeli mi segera dan biskut bagi memastikan dia tidak kelaparan. “Simpanan mi segera dan biskut sentiasa saya sediakan, nilai duit sekarang bukanlah besar,” katanya. Sementara itu menurut pelajar swasta di Negeri Sembilan, Mohd Zulhelmi Zainal Abidin,24, dia juga sentiasa ‘beringat’ tentang GST. “Walaupun harga makanan di tempat saya masih sama, tetapi saya perlu sentiasa beringat. “Memang harga sama, tetapi peniaga makanan kurangkan dari segi kuantiti…kadang-kadang perlu juga ikat perut, sebab nak beli buku dan sebagainya,” katanya. Manakala menurut seorang lagi mahasiswa swasta di sekitar Selangor, Zainal Abidin Hanafi, 24, berkata, dia terpaksa bekerja bagi menampung perbelanjaannya di universiti. “Belajar di bandar ini perlukan perbelanjaan besar, lagi-lagi selepas GST. “Saya tidaklah sampai ‘ikat perut’ sebab saya bekerja, tetapi memang harga makanan naik selepas GST, dulu saya boleh dapatkan mee lauk ayam dalam harga RM3.50 namun selepas GST harga naik menjadi RM5,” katanya.
|
15
Bagus |
7
Marah |
5
Terkejut |
13
Sedih |
5
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
abdulariff replied at 6-4-2015 09:40 AM
Ikat perut sebab beli hp, belanja awek, beli rokok dan lain2 yang seangkatan. Kalau harga makanan ka ...
MelahJanda replied at 6-4-2015 05:43 PM
Elok je bebudak ni setiap hari lunchtime mkn di restoran mewah? Dlm shopping mall
“Belajar di bandar ini perlukan perbelanjaan besar, lagi-lagi selepas GST.
“Saya tidaklah sampai ‘ikat perut’ sebab saya bekerja, tetapi memang harga makanan naik selepas GST, dulu saya boleh dapatkan mee lauk ayam dalam harga RM3.50 namun selepas GST harga naik menjadi RM5,” katanya
dewi replied at 6-4-2015 05:45 PM
actually mmg ptptn tu tak cukup pun before gst, lepas gst lagi la tak cukup
akak sendiri tgk baj ...
dino replied at 6-4-2015 05:50 PM
masa bljr dulu... kitorg bebudak ni tempah makanan utk tghari malam....ala2 mangkuk tingkat tu.... ...
ADVERTISEMENT