CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Gagal Kemuka Sijil Nikah,Spongebob Terbaring Lesu

1-4-2015 03:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15144| Komen: 73

Suami Gagal Kemuka Sijil Nikah,Spongebob Terbaring Lesu

Suami isteri terbabit disoal siasat oleh pegawai penguatkuasa Jaij.  

                                                                   
Anak- anak pasangan terbabit sedang tidur ketika operasi dijalankan.                                                             
                 


JOHOR BAHRU – Pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya mata kelima gagal mengemukakan sijil nikah walaupun mendakwa telah berkahwin secara sah ketika ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jaij).

Status perkahwinan wanita yang sarat mengandung berumur 27 tahun itu, turut menimbulkan keraguan di kalangan penduduk di Kampung Sungai Penderam, Mukim Sungai Tiram termasuk pihak Klinik Kesihatan kawasan berkenaan.

Hasil operasi kira-kira jam 11.30 malam, kelmarin diketuai Pegawai Penguatkuasa Jaij, Khairudin Mat Ali bersama tiga anggota mendapati suami wanita terbabit berusia 40-an berasal dari Deli, Indonesia tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Kedua-duanya mendakwa telah berkahwin secara sah berwalikan bapa kandung wanita terbabit pada tahun 2009. Bagaimanapun pasangan ini memberi pelbagai alasan apabila diminta mengemukakan bukti dan akhirnya mengakui tidak mempunyai sijil nikah.

“Kami adalah pasangan suami isteri yang sah, tetapi ramai saksi perkahwinan sudah meninggal dunia termasuk bapa kandung yang menjadi wali.

“Saya akui kami bernikah selepas melahirkan anak sulung..namun tiga zuriat kami termasuk dalam kandungan ini adalah anak sah taraf,” kata wanita yang hamil lapan bulan berkenaan.

Bagaimanapun apabila diminta mengemukakan sijil lahir anak mereka, pasangan itu memberikan alasan kononnya kesemua dokumen berkenaan tidak disimpan di kediaman mereka.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jaij, Mohd Zamri Kambari ketika  mengesahkan penahanan pasangan itu dan memberitahu siasatan selanjutnya akan dijalankan.

“Siasatan terperinci akan dijalankan untuk menentukan status anak-anak pasangan itu sama ada sah, tidak sah atau subahah,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah menahan lelaki berkenaan untuk membantu siasatan, manakala atas dasar kebajikan kepada kanak-kanak berkenaan, wanita terbabit diserahkan notis untuk hadir ke pejabat Jaij sebelum 6 April ini.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen Seksyen 23 atau 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 kerana persetubuhan luar nikah atau khalwat yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara tiga tahun, jika sabit kesalahan.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/gagal-kemuka-sijil-nikah-sah-1.374966

24

Bagus
17

Marah
20

Terkejut
28

Sedih
22

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (138 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bakawali_04 1-4-2015 12:07 PM
rumah dia xde ruang tamu ke??
sampai JAIJ kena masuk bilik tido..
kesian sgt ngk gambar2 budak2 tu..
sedih bila ngk anak2 mcm nie...
Quote Maideen. 1-4-2015 12:10 PM
Patutnya pasangan ni kena rajam menurut hukum Allah!
Quote dragger 1-4-2015 12:16 PM
hhhahaahaha.... kesian spongebob terkulai layu
Quote idadzira 1-4-2015 12:17 PM
mungkin betul dah nikah tapi tak register. bersangka baik.
Quote gekkou 1-4-2015 12:18 PM
reti ngeseks aje
kebajikan anak tak jaga
sijil lahir entah ada entah tidak
tak pulak diberitahu umur anak tu berapa
Quote MeghanK 1-4-2015 12:22 PM
Anak2 dah besar semuanya..kawin di siam belum register di malaysia mungkin
Quote belilies 1-4-2015 12:24 PM
Gatal bijik sangat sampai hal black n white nikah dipandang enteng.
Quote jejaka00 1-4-2015 12:25 PM
gekkou replied at 1-4-2015 04:18 AM
reti ngeseks aje
kebajikan anak tak jaga
sijil lahir entah ada entah tidak

Sijil lahir konpem la xde ni kalo sudahhhh sijil nikah pun xdek
Quote Simunggu 1-4-2015 12:28 PM
di sabah kalau hidup mcm ini sure..PATI...
Quote Syd 1-4-2015 12:30 PM
budak2 tu tido tersingkap2, abang tua bawak kamera tu gigih jahhhhh...ngambek gambo
Quote ninjago 1-4-2015 12:40 PM
bakawali_04 replied at 1-4-2015 11:07 AM
rumah dia xde ruang tamu ke??
sampai JAIJ kena masuk bilik tido..
kesian sgt ngk gambar2 budak2 tu ...

kan.. aku pun sedih tgk budak2 tu.. tak bersalah ok

Quote xtahumenahu 1-4-2015 12:40 PM
janji nikah je agaknye dulu...
daftar x daftar..lantaklah...
Quote af_mania 1-4-2015 12:44 PM
anak dah ramai tapi baru JAIJ tangkap.
brapa org anaknya termasuk spongebob?
Quote Mr.Virus 1-4-2015 12:47 PM
kesian kat anak2 tu
Quote bellaa 1-4-2015 12:47 PM
sijil nikah x xde

tapi sematfon 2 bijik ada..
Quote Changa 1-4-2015 12:58 PM
fefeeling retis hollywood sangat kau dek.

Quote GhostWalking 1-4-2015 01:04 PM
Changa replied at 1-4-2015 04:58 AM
fefeeling retis hollywood sangat kau dek.

nak cohabitation tapi tilam pun dah kaler kopi tak menghangatkan suasana langsung
Quote cheida_mymee18 1-4-2015 01:52 PM
teringat kes aku dulu parenst nikah kt luar x reg..
pihak pjbat agma pertikaikan nasab aku...
bila mintak wali hakim pon ttp x lepas..
bukan sng benda2 mcm ni.. bagus juga jakim wat serbuan mcm ni
bukan apa kesian ngan nasib anak2 dimasa hadapan
Quote dinamokiev 1-4-2015 01:59 PM
Kan puki melayu murah

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.057472 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top