KAKA kena boikot dengan kawan-kawan artis PETALING JAYA: Penyanyi Kaka Azraff menafikan ketiadaannya pada majlis berinai pelakon Sharifah Sakinah malam Sabtu lalu kerana diboikot rentetan gosip yang mendakwa dia menjadi punca keretakan hubungan pelakon Tasha Shilla dan kekasihnya, Han Chen Wong seperti yang heboh diperkatakan sebelum ini. Ketiadaan kelibat Kaka pada majlis itu menimbulkan tanda tanya kerana dia turut dibawa Sakinah bercuti di Bali sempena acara Bridal Shower bersama-sama rakan artis lain iaitu Elfira Loy, Nabila Huda, Sherry Alhadad, Siti Saleha, Marsha, Jihan Muse dan juga Tasha. Mengulas perkara itu, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 26, menjelaskan ketidakhadirannya itu bukanlah kerana disingkirkan oleh kelompok artis berkenaan. Sebaliknya dia terikat dengan jadual penggambaran yang padat. "Pada masa itu saya sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri Dunia Generasi Baru menyebabkan saya tidak dapat hadir pada majlis itu. Cuma saya tak maklumkan pada Sakinah tak dapat hadir pada majlis itu. "Lagipun mereka (Sakinah dan kelompok artis) bukanlah kawan rapat saya seperti yang disangkakan walaupun saya turut hadir pada majlis Bridal Shower itu. Saya hanya memenuhi undangan penaja acara itu.
Kawan baik saya dalam dunia seni hanyalah Juliana Evans," katanya ditemui pada majlis pelancaran single dan muzik video terbarunya berjudul Bukan Hal Aku di ibu pejabat Warner Music di Mutiara Damansara, di sini petang tadi.
Lagu ciptaan The Goodfellas turut menampilkan kumpulan Sleeq sebagai teman duet. Mengenai gosip dituduh sebagai perosak hubungan Tasha dan Han, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Bawa Daku Pergi itu sekali lagi menegaskan dia langsung tidak ada kena mengena perkara itu. "Terus terang saya memang terkejut apabila mendapat tahu perkara itu. Saya sendiri tidak tahu bagaimana nama saya boleh terkait dalam perkara ini. Adalah lebih baik jika anda semua bertanyakan hal ini pada Tasha dan Han. Bagaimanapun saya dapat tahu mereka sudah berbaik semula," katanya. Ditanya adakah Tasha akan bersemuka dengan pasangan itu untuk mendapatkan penjelasan sebenar, anak saudara kepada penyanyi Ella itu berkata dia tidak akan memanjangkan perkara itu dan menyifatkannya sebagai perkara remeh. http://www.bharian.com.my/node/43091 |
"Lagipun mereka (Sakinah dan kelompok artis) bukanlah kawan rapat saya seperti yang disangkakan walaupun saya turut hadir pada majlis Bridal Shower itu. Saya hanya memenuhi undangan penaja acara itu. Kawan baik saya dalam dunia seni hanyalah Juliana Evans,"
prettyuglybabe replied at 25-3-2015 10:13 AM
memang kena boikot la ko lepas ni
cuba belajar untuk jaga hati orang sikit
ADVERTISEMENT