View: 19154|Reply: 89
|
KAKA kena boikot dengan kawan-kawa retis... #bukanhalaku
[Copy link]
|
|
KAKA kena boikot dengan kawan-kawa retis...
PETALING JAYA: Penyanyi Kaka Azraff menafikan ketiadaannya pada majlis berinai pelakon Sharifah Sakinah malam Sabtu lalu kerana diboikot rentetan gosip yang mendakwa dia menjadi punca keretakan hubungan pelakon Tasha Shilla dan kekasihnya, Han Chen Wong seperti yang heboh diperkatakan sebelum ini.
Ketiadaan kelibat Kaka pada majlis itu menimbulkan tanda tanya kerana dia turut dibawa Sakinah bercuti di Bali sempena acara Bridal Shower bersama-sama rakan artis lain iaitu Elfira Loy, Nabila Huda, Sherry Alhadad, Siti Saleha, Marsha, Jihan Muse dan juga Tasha.
Mengulas perkara itu, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 26, menjelaskan ketidakhadirannya itu bukanlah kerana disingkirkan oleh kelompok artis berkenaan. Sebaliknya dia terikat dengan jadual penggambaran yang padat.
"Pada masa itu saya sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri Dunia Generasi Baru menyebabkan saya tidak dapat hadir pada majlis itu. Cuma saya tak maklumkan pada Sakinah tak dapat hadir pada majlis itu.
"Lagipun mereka (Sakinah dan kelompok artis) bukanlah kawan rapat saya seperti yang disangkakan walaupun saya turut hadir pada majlis Bridal Shower itu. Saya hanya memenuhi undangan penaja acara itu. Kawan baik saya dalam dunia seni hanyalah Juliana Evans," katanya ditemui pada majlis pelancaran single dan muzik video terbarunya berjudul Bukan Hal Aku di ibu pejabat Warner Music di Mutiara Damansara, di sini petang tadi.
Lagu ciptaan The Goodfellas turut menampilkan kumpulan Sleeq sebagai teman duet.
Mengenai gosip dituduh sebagai perosak hubungan Tasha dan Han, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Bawa Daku Pergi itu sekali lagi menegaskan dia langsung tidak ada kena mengena perkara itu.
"Terus terang saya memang terkejut apabila mendapat tahu perkara itu. Saya sendiri tidak tahu bagaimana nama saya boleh terkait dalam perkara ini. Adalah lebih baik jika anda semua bertanyakan hal ini pada Tasha dan Han. Bagaimanapun saya dapat tahu mereka sudah berbaik semula," katanya.
Ditanya adakah Tasha akan bersemuka dengan pasangan itu untuk mendapatkan penjelasan sebenar, anak saudara kepada penyanyi Ella itu berkata dia tidak akan memanjangkan perkara itu dan menyifatkannya sebagai perkara remeh.
http://www.bharian.com.my/node/43091
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
"Lagipun mereka (Sakinah dan kelompok artis) bukanlah kawan rapat saya seperti yang disangkakan walaupun saya turut hadir pada majlis Bridal Shower itu. Saya hanya memenuhi undangan penaja acara itu. Kawan baik saya dalam dunia seni hanyalah Juliana Evans,"
memang kena boikot la ko lepas ni ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
cuba belajar untuk jaga hati orang sikit |
|
|
|
|
|
|
|
statement ala2 sentap gitu. tetiba je bukan kawan rapat.
|
|
|
|
|
|
|
|
adoi ...... xberlapis ..... |
|
|
|
|
|
|
|
org 2 pon xkesah dik ko dtg ke x...
xjejaskan majlis kekdahnya |
|
|
|
|
|
|
|
sesuatu sgt statement ko minah... kunun g bridal shower mmnuhi undangan penaja... ko ingt senang2 org nk hangkut ko g bali kalau ko x comolot dgn si kinah tu... dh tentu2 dia hangkut suma bff dier....
motip tetiba juliana jer bff ko???? ![](static/image/smiley/default/shocked.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
erk ttbe juliana. xkan la penaja main petik je nama. mesti la discuss smue. and klu x rapat ko x malu ke pegi ?hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa ny kalo someone tu dijemput ke suatu majlis tertentu yg sememangnya special like bridal shower, pastinya org yg dijemput tu antara yg terapat atau terpenting dlm hidup. Biasanya mmg bff comolot lah.
Terus xngaku bff bila xdiundang ke majlis berinai kinah. Mmg sentap sgt dah ni. Dah sah2 la kinah xajak dia. Xpun kinah ajak tp sbb dh buat hal, malu lah kot nak tunjuk muka.
Dah nko kluar stetmen gini, makin berasap la geng2 bekas bff nko kaka. |
|
|
|
|
|
|
|
sendu la dia ni.. suara serak tak best pun.. anak sedara ella kan dia ni.. tapi ella tu mmg best n legend pun |
|
|
|
|
|
|
|
wah kelass sgt ko bff dgn si juliana.. eh tp bukan ke kalo bridal shower ni mmg bff.. dan2 berinai tu tasha ade, terus kooooo kan.. perbaiki mutu lakonan.. nampak sgt dekkkk... |
|
|
|
|
|
|
|
Kaka, klu nk konar baring,,,make sure pakai topeng tau.. klu jatuh,...orang x tau itu ko.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dan2 bukan bff, hbs kalau penaja nak angkut sesapa je, baik angkut retis lagi popular. ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kang tetiba plak jue tnya..bila plak aku jadi bff dia?
|
|
|
|
|
|
|
|
mak sedara dia dulu penah kena caras kann tunangnya?raymond ke hapa namanya.kalo tak silap dicaras oleh erma fatima?tapi tak lama.kali neh pulak dia mencaras org.... |
|
|
|
|
|
|
|
errr..aku lebih berminat part tasha dah berbaik dgn Han semula.. really? ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kerana mulut badan binasa n hilang kawan...mmg ppatut pon kena boikot sebab mulut cam loji. adaka patut hanya seorang jer yg kawan baik dia, mak ingatkan dia baik tapi sangkaan mak meleset sama sekali. |
|
|
|
|
|
|
|
x suka dia sejak dia berbff dgn jue..lama2 kang kaka pulak pakai baju nmpk lurah mcm jue #bukanhalaku la sgtt |
|
|
|
|
|
|
|
adomakkk
jantan x semenggah rope gitu pon kome nak berebut..
kalau anak raja ke, xpela jugak |
|
|
|
|
|
|
|
ko patutnye bff dgn missfake tuh haaa
baru seswaiiiiiii ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
appedaaaa...lelaki xbersunat tu yg korg rebut2kan sgt |
|
|
|
|
|
|
| |
|