Gajah Jugak Ada Ic Di Thailand
Kad tersebut diserahkan kepada empat pengendali gajah Majlis Perbandaran Muang Hua Hin di selatan wilayah Prachuap Khiri Khan dalam satu majlis yang dipengerusikan oleh gabenor Weera Sriwatanatrakul hujung bulan lalu. Pengendali tersebut terdiri daripada Elephant Village, Pertubuhan Gajah Hutsadin, Hua Hin Safari dan Hua Hin Hills Vineyard. Maklumat yang terdapat pada kad tersebut merangkumi nama dan umur gajah, gambar, tanda lahir, tempat tinggal, nama pemilik, ID dan nombor mikrocip. Kad tersebut dikeluarkan sejajar dengan pematuhan peraturan baru yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Hidupan Liar Flora dan Fauna Terancam (CITES) bagi mengekang pemerdagangan gading gajah secara haram. Timbalan Gabenor Prachuap Khiri Khan, Pongpan Wichiansamut berkata, langkah tersebut diharap dapat melindungi gajah-gajah liar daripada dipelihara secara haram. – Bernama
|
4
Bagus |
19
Marah |
12
Terkejut |
21
Sedih |
9
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT