Anak Kucing Hampir Mati Selepas Badan Diselaputi Cat Kuning CHINA – Penderitaan yang dialami oleh dua ekor anak kucing ini memang menyakitkan. Apa tidaknya, kedua-duanya telah diperlakukan dengan kejam oleh `orang gila’ yang mengecat badan mereka dengan cat berwana kuning. Bukan itu sahaja, kedua-dua ekor kucing itu kemudiannya dimasukkan ke dalam kotak dan ditinggalkan di tepi jalan. Nasin baik seorang lelaki, Yue You Meng menemuinya dan kemudian membantu merawatnya. “Saya sangat terkejut apabila membuka kotak berkenaan dan mendapati dua ekor anak kucing diselaputi dengan cat warna kuning. “Cat itu hampir kering. Kedua-dua kaki kucing berkenaan melekat manakala mata mereka turut diselaputi cat tersebut. Ketika itu ia berada dalam kesakitan dan hampir mati,’’ katanya yang kemudiannya cuba membasuh kucing tersebut. Selepas usaha Yue untuk membuang cat itu tidak berjaya, dia terpaksa membawa kedua-dua anak kucing berkenaan menemui doktor haiwan, dan akhirnya dengan menggunakan gunting, bulu kucing terbabit dibuang. Anak kucing terbabit kini semakin sembuh dan sudah mampu bergerak ke sana ke sini. Cat itu juga tidak memberikan kesan buruk kepada mata serta telinga anak kucing itu.- MYNEWSHUB.CC
|
8
Bagus |
18
Marah |
9
Terkejut |
10
Sedih |
3
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
MissNigga replied at 27-3-2015 10:57 AM
meh ... iols cat badan mereka lak ngan cat Nippon
bodow punya manusia
dino replied at 27-3-2015 11:22 AM
spesis tak sekolah mangsa buli ke apa.... kucing pun nak dibuli
MissNigga replied at 27-3-2015 11:36 AM
spesis kekurangan kasih sayang ...
mujur pembuli ni tak kenal porem cari .. kalo tak, mau ...
musangcomel replied at 27-3-2015 11:43 AM
bodow punya manusia
klu ko taknak kucing tu pon letak je la elok2 dlm kotak
ada je org amik nak be ...
epis replied at 27-3-2015 11:38 AM
tak berperikemanusiaan!!!!! ni mesti jenis manusia yg suka tengok binatang terseksa!!!
dino replied at 27-3-2015 11:50 AM
manusia ni ade mcm2 pesen.... ade gila tp tak ngaku gile.... ade yg lonely tp mengaku ade bini.... ...
ADVERTISEMENT