CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Cinta & Perhubungan Lihat artikel

Apa Makna Cara Tidur Anda Dalam Cinta

17-3-2015 01:17 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2853| Komen: 1

LadyLista - Jadi, kita telah sampai pada pengalaman paling rahsia dalam kebanyakkan hubungan suami isteri. Kebanyakkan dari kita mengamalkan cara/gaya tidur yang berbeza-beza di atas katil, tahukah kamu setiap gaya itu memberi makna. Jom kita lihat apakah gaya ttidur kamu.


1. Bersepah

Ini tiada kena mengena mengenai pelukan secara fizikal.Pasangan ini mungkin nampak tidur berjauhan, dan posisi badan mereka tidak searah dan ia sememangnya dibuat untuk tidak sama arah. Ini mungkin ada kaitan kepercayaan didalam hubungan. Pasangan sebegini sangat mempercayai antara satu sama lain. Ini juga mungkin bermakna pasangan ini selesa menjadi diri sendiri dihadapan pasangan mereka.


2.Tidur melekap

Bagi pasangan yang sememangnya tak perlukan 'California King Bed', mungkin cuma single bed, mereka pentingkan keselesaan didalam hubungan. Ini kerana kamu percaya dengan pasangan kamu yang sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Tidur sebegini mempamerkan kamu seorang yang percaya perasaan pasangan terhadap kamu, dan sentiasa berasa selamat apabila kamu rapat bersama. Ini sesungguhnya sesuatu yang sihat yang melambangkan cinta dan erti persahabatan.

3. Tidur posisi timur-barat 

Jom lihat: Ini antara kebanyakkan posisi kebanyakkan dari kita. Ini mencerminkan anda inginkan keselesaan didalam hubungan dan juga posisi sebegini menunjukkan tahap kepercayaan anda. Lagipun pasangan anda tidak 'AKAN KEMANA-MANA' kan? Namun, jika posisi ini bukanlah 'favorite' kamu, beri perhatian kepada pasangan kerana ini mungkin bermakna si dia merajuk.

4.Tidur posisi 'menghadap belakang pasangan anda sambil peluknya'

Wahhh romentiknya, sememangnya pasangan yang sebegini inginkan sesuatu yang lebih dari apa yang diidamkan dari kamu. Ini menunjukkan si dia masih lagi teruja dengan melayari hubungan bersama kamu tanpa jemu. kamu seorang yang mementingkan komitmen, cinta dan itu semua cukup untuk anda hangatkan cinta.

5.Posisi 'I need my space, tapi takpelah, I cross my leg over yours'


Panjang juga tajuk posisi ini. Jika pasangan anda sebegini, betapa beruntungnya anda. Ini bermaksud 'Dengarlah sayang, I memang sayang you, I'd give my life for you, tapi I nak my sleeping space.Sebelum u merajuk, nah kaki i' (..baca dengan penuh kasih). Bagi anda yang mempunyai pasangan sebegini ia cukup jelas si dia menunjukkan cintanya yang mendalam pada kamu dan sentiasa inginkan kamu dan si dia selesa dalam hubungan. 





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote khailya 17-3-2015 04:08 PM
semua diatas... heheheh

Lihat semua komen(1)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.045719 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top