Gambar hiasan Pengerusi Sekretariat Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Selangor, Datuk Jamal Md. Yunos berkata, kompaun yang akan dikenakan itu dilihat ke arah menghukum berbanding mendidik penunggang motosikal terutama golongan muda. Katanya, jumlah itu dianggap terlalu tinggi kerana kebanyakkan daripada mereka tidak mampu membayar kompaun tersebut disebabkan rata-rata daripada mereka berpendapatan rendah. “Penguatkuasaan undang-undang telah lama diguna pakai tetapi kaedah itu masih gagal membendung peningkatan kadar kemalangan jalan raya di negara ini. “Sepatutnya, satu kaedah khusus menangani isu ini perlu dilakukan seperti khidmat kaunseling, program pencegahan dan sebagainya,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pusat Khidmat Mat Rempit di sini hari ini. Menurut Jamal, pusat tersebut bakal dibuka pada 20 Mac ini bagi memberi bantuan dan sokongan kepada penunggang motosikal yang berhadapan dengan pelbagai masalah seperti lesen tamat tempoh, mempunyai waran tangkap dan sebagainya. “Segala permasalahan mengenai ahli pusat ini akan dibawa kepada agensi berkaitan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi membantu menyelesaikan masalah mereka. “Kami mempelawa mana-mana penunggang motosikal mendaftar dengan pusat ini dan sebagai permulaan, kami memperuntukkan khidmat penukaran minyak hitam secara percuma kepada 1,000 ahli setiap bulan,” jelasnya.
|
7
Bagus |
4
Marah |
9
Terkejut |
10
Sedih |
9
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT