CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1360|Reply: 1

[Tempatan] Kadar kompaun RM300 'akan' dikaji

[Copy link]
Post time 13-3-2015 04:04 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 12 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta mengkaji semula cadangan mengenakan kompaun maksimum RM300 terhadap penunggang motosikal dalam operasi besar-besaran yang akan diadakan tidak lama lagi.

Pengerusi Sekretariat Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Selangor, Datuk Jamal Md. Yunos berkata, kompaun yang akan dikenakan itu dilihat ke arah menghukum berbanding mendidik penunggang motosikal terutama golongan muda.

Katanya, jumlah itu dianggap terlalu tinggi kerana kebanyakkan daripada mereka tidak mampu membayar kompaun tersebut disebabkan rata-rata daripada mereka berpendapatan rendah.
Advertisement

“Penguatkuasaan undang-undang telah lama diguna pakai tetapi kaedah itu masih gagal membendung peningkatan kadar kemalangan jalan raya di negara ini.

“Sepatutnya, satu kaedah khusus menangani isu ini perlu dilakukan seperti khidmat kaunseling, program pencegahan dan sebagainya,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pusat Khidmat Mat Rempit di sini hari ini.
Advertisement

Menurut Jamal, pusat tersebut bakal dibuka pada 20 Mac ini bagi memberi bantuan dan sokongan kepada penunggang motosikal yang berhadapan dengan pelbagai masalah seperti lesen tamat tempoh, mempunyai waran tangkap dan sebagainya.

“Segala permasalahan mengenai ahli pusat ini akan dibawa kepada agensi berkaitan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi membantu menyelesaikan masalah mereka.

“Kami mempelawa mana-mana penunggang motosikal mendaftar dengan pusat ini dan sebagai permulaan, kami memperuntukkan khidmat penukaran minyak hitam secara percuma kepada 1,000 ahli setiap bulan,” jelasnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2015 05:27 AM | Show all posts
“Sepatutnya, satu kaedah khusus menangani isu ini perlu dilakukan seperti khidmat kaunseling, program pencegahan dan sebagainya,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pusat Khidmat Mat Rempit di sini hari ini.

Jamal lu sendiri...jago trapik le.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.498978 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list