CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Singapura Akan Mula Larang Jual Rokok Di Pasaran

13-3-2015 02:45 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 8081| Komen: 23



SINGAPURA – Selepas berjaya mengharamkan penjualan shisha, sejenis rokok paip tradisional masyarakat Arab akhir tahun 2014; Singapura kali ini mengorak langkah lebih jauh – langsung mengharamkan pula penjualan rokok.

Stesen tempatan, Channel NewsAsia pada Jumaat melaporkan, usaha terbaharu itu bakal menyaksikan semua peruncit tidak lagi dibenarkan menjual rokok secara terbuka susulan pindaan akta kawalan iklan dan penjualan tembakau tahun ini.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Singapura, Dr. Muhammad Faishal Ibrahim memberitahu Parlimen, pindaan tersebut akan diusulkan tahun ini bagi mengharamkan penjualan rokok di kaunter kedai runcit secara terbuka.



Namun, sama seperti langkah pengharaman shisha pada 27 November lalu, tempoh selama 12 bulan akan diberi kepada para peruncit untuk mematuhi undang-undang baharu itu termasuk menghabiskan simpanan semua bekalan lama di setor.

Menurut Dr. Faishal, pihak kementerian itu turut akan mengadakan sesi pengumpulan maklum balas daripada masyarakat mengenai sama ada segala aktiviti penjualan produk-produk tembakau seharusnya diselaraskan agar lebih seragam.

Beliau menegaskan, penyelarasan ini juga mungkin dapat mengurangkan daya tarikan kepada rokok dan ia salah satu cara yang berkesan dalam menggalakkan individu supaya berhenti merokok atau membuang terus tabiat itu sama sekali.


Perokok tegar di Singapura hanya boleh merokok bebas di kawasan yang sudah dikhaskan pihak pemerintah. – Gambar hiasan

Tahun lalu, Singapura mengharamkan penjualan shisha mengikut Peraturan Larangan Produk Tembakau Seksyen 15 Akta Tembakau (Kawalan Pengiklanan dan Penjualan) tetapi memberi masa cukup kepada peruncit menghabiskan stok sedia ada.

Jika peniaga berdegil, mereka boleh didenda maksimum S$10,000 (RM26,696) atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-dua sekali dan kesalahan susulan, denda maksimum S$S20,000 (RM53,393) atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

Singapura mengharamkan larangan merokok di tempat awam sejak 1970 malah diperluaskan ke pelbagai premis terbuka termasuk kelab malam dan pengangkutan awam dengan hukuman denda maksimum S$1,000 (kira-kira RM2,670). – Agensi


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Felycya 13-3-2015 12:46 PM


Mesia bila lagi ??.
Quote MsKathryn 13-3-2015 12:47 PM
Bagus la..
Malaysia bila nak ambil langkah?
Quote alesandra 13-3-2015 12:49 PM
negara jiran diorg sinuunn siap ada fatwa lagi hukum haram....tapi takde telo pun nak buat undang2 gini
Quote RajaBatinDotCom 13-3-2015 01:02 PM
Kalau buat kat Malaysia, memang rakyat dah tak undi la kerajaan yang gubal undang undang tu. Haha.
Quote Crystal_Apple 13-3-2015 01:16 PM
Tindakan yang proaktif...nasib baik lar suami aku x isap... hmm x isap rokok...
Quote Crystal_Apple 13-3-2015 01:17 PM
RajaBatinDotCom replied at 13-3-2015 01:02 PM
Kalau buat kat Malaysia, memang rakyat dah tak undi la kerajaan yang gubal undang undang tu. Haha.

cam bangang jer aku dgr...
rakyat Malaysia kan skunk ni mula memberontak tuk hal2 kecik...
Quote Crystal_Apple 13-3-2015 01:18 PM
alesandra replied at 13-3-2015 12:49 PM
negara jiran diorg sinuunn siap ada fatwa lagi hukum haram....tapi takde telo pun nak buat undang2 g ...

biasalah dia owg nie...
Quote moocoww 13-3-2015 01:30 PM
Tabik utk spore...malaysia bila lagi???
Quote krustykrab 13-3-2015 02:05 PM
negara non muslim pun tau benda tu berbahaya dan harooommm...
kat malaysia ni , even dh kuar fatwa pun, masih ramail lagi lebai2 duk tak kisah....aurat harooommm....rokok bestttt
Quote dubuk 13-3-2015 02:15 PM
rokok ini jelas membunuh

ada lagi orang mahu melahap

Quote ib-instaforex 13-3-2015 02:21 PM
krustykrab replied at 13-3-2015 02:05 PM
negara non muslim pun tau benda tu berbahaya dan harooommm...
kat malaysia ni , even dh kuar fatwa  ...

yg lebai2 pun ada yg hisap
Quote missdara 13-3-2015 02:38 PM
Cam best jugak kalau M'sia implement law ni kan?
Quote raxief 13-3-2015 02:52 PM
berdasarkan pemerhatian aku, kalau part rokok ni, perokok BN & PR bersatu hati menentang pengharaman rokok..

yg berani ckp, non-smoker PR, sbb dia x merokok & dia menentang gov.. pastu non-smoker BN pun segan2 sokong.. hahaha
Quote azman1 14-3-2015 08:20 AM
Buat apa ikut Singapore , lagi baik Malaysia ikut Uruguay boleh isap ganja....
Quote MatDeghem 14-3-2015 08:24 AM
missdara replied at 13-3-2015 02:38 PM
Cam best jugak kalau M'sia implement law ni kan?

boleh. kita boleh implement. tapi kita tak boleh memantau. itu satu masaalah. kita hanya mampu memantau bontot saiful


Quote missdara 14-3-2015 08:37 AM
MatDeghem replied at 14-3-2015 08:24 AM
boleh. kita boleh implement. tapi kita tak boleh memantau. itu satu masaalah. kita hanya mampu mem ...

Haha.. lawak.. tak habis2 ngan isu liwat tu..

Awak ok ke kalau M'sia benar2 nak implement? x merokok ke?
Quote freebird 14-3-2015 08:40 AM
kat malaysia tak leh....ramai makcik pakcik felda pprt kampungan penyokong ameno masih ketagih rokok....
Quote missdara 14-3-2015 08:51 AM
freebird replied at 14-3-2015 08:40 AM
kat malaysia tak leh....ramai makcik pakcik felda pprt kampungan penyokong ameno masih ketagih rokok ...

Hahaha.. tu no komen..

Awak xmrokok jugak ke?
Quote Decaffeinated 14-3-2015 09:33 AM

exactly. kalau lebai2 buat akan ada kelonggaran, sedangkan rokok ini is a very destructive habit.

tapi sangat phobia dengan apa sahaja yang ada perkataan alcohol sampaikan beer segelas boleh jadi isu negara raja sultan pun masuk campur.



Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.043678 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top