CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Cinta & Perhubungan Lihat artikel

Nampak Simple Tapi Beri Makna Besar Dalam Hubungan

13-3-2015 04:14 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3389| Komen: 3

LadyLista - Oleh kerana kita hidup sehari-hari dengan pasangan, kadang-kala perkara kecil pun kita tak perasan betapa ia penting untuk membantu meningkat kan kegembiraan dan kebahagiaan di dalam alam rumah tangga. Mari baca, antara perkara kecil yang mungkin kita terlepas pandang dan boleh lakukan hari ini.

Ucap terima kasih
Mungkin kita tidak perasan yang kita sering mengucapkan terima kasih pada orang lain, namun tidak pada pasangan kita. Untuk mengelakkan dari masalah tidak mengambil berat antara satu sama lain, cuba untuk berikan tanda penghargaan kepada pasangan sekurang-kurangnya sehari sekali. Cukuplah dengan ucapan terima kasih sudah boleh membuat pasangan rasa dihargai.
 

Lakukan perkara seperti mula-mula kamu bersamanya
Membakar kek dari hasil tangan sendiri, menghadiahkan sejambak bunga, meninggalkan nota cinta di dalam tas kerjanya atau mungkin tinggalkan mesej melalui peti simpanan suara melalui telefon bimbit. Bukan hanya boleh mengembalikan memori indah kala baru sahaja bersama, malah sekaligus mengimbas kembali saat bahagia kala bulan madu kalian. Pastinya perasaan cinta dan kasih itu segar semula.
 
Aktif bersama-sama
Bagaimana hendak pastikan si dia turut serta aktif bersama? Mungkin dengan meminta pertolongan di taman rumah anda, mengubah suai dekorasi kamar tidur, atau mungkin anda ingin merasakan hasil tangannya melalui masakan. Ianya peluang baik untuk anda menghabiskan waktu bersama dengan lebih bermakna.
 
Bermanja dengan pasangan di khalayak ramai
Tidak kira sama ada berada di parti, janjitemu bisnes atau hanya bersiar di pusat membeli belah, berikan si dia signal yang anda sentiasa mengambil berat. Pegang erat tangannya, senyuman atau mungkin dakap si dia di sisi pasti buatkan hatinya bahagia bersama anda. Elakkan membuat lawak sinis yang boleh memalukan pasangan anda di hadapan khalayak ramai mahupun teman rapat kalian.
 
Belajar untuk menyoal dengan baik
Pastikan anda menyoal dengan tutur kata yang baik agar ia tidak mengundang salah faham. Sebagai contoh, jika anda memerlukan pertolongan si dia kala di dapur, cuba untuk bertanya dengan penuh kelembutan dan kemesraan agar apa yang diminta itu tidak bertukar menjadi paksaan. Juga jangan lupa untuk tunaikan janji anda jika sudah bersetuju akan permintaannya. Gagal untuk menepati janji buatkan keharmonian itu berkurangan.
 
Kata cinta padanya
Tuliskan nota cinta di atas sekeping kertas atau mungkin melalui e-mel sudah boleh memberitahu si dia akan perasaan cinta anda padanya. Kongsikan padanya segala kebahagiaan yang si dia berikan kepada anda, tuluskan pernghargaan atas segala pengorbanannya atau mungkin jelaskan harapan dan perancangan masa hadapan yang kalian inginkan. Dan setahun sekali, jangan lupa untuk memperbaharui komitmen kalian dalam perhubungan serta sambut ulang tahun perkahwinan dengan membawa si dia ke tempat percutian romantik.
 
Utamakan hubungan perkahwinan kalian
Ia umpama satu peraturan yang paling penting dalam sesebuah perhubungan adalah mengutamakan hubungan kalian. Sebagai contoh, jika anda mempunyai masa lapang, utamakan untuk meluangkan waktu bersama si dia terlebih dahulu daripada perkara lainnya.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Vellfire 16-3-2015 08:40 AM
mungkin masing2 dah sibuk, penat dgn kerja kat pejabat...
balik rumah pulak dengan kerja kat rumah kemas, masak, keperluan anak2
sampai terabai semua tu...
suami pulak kadang2 balik rumah tau2 rehat, baring zzzzzz
Quote Knowlee 15-3-2015 04:00 PM
ramai yg lupa nak buat semua ni bila dah kahwin...
Quote admimemo 14-3-2015 11:52 PM
uuuuuuuuuuuuuuuu, niceeee

Lihat semua komen(3)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.020493 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top