18 individu buru perogol di penjara, didakwa NEW DELHI 8 Mac – Polis India, hari ini mendakwa 18 individu yang dipercayai menceroboh sebuah penjara dan membunuh lelaki yang dituduh merogol seorang gadis berusia 19 tahun di timur laut negara ini. Suspek yang ditahan kerana melakukan pencerobohan itu di negeri Nagaland itu sehingga kini tidak dapat dipastikan sama ada mereka terlibat secara langsung membunuh Syed Farid Khan, yang mayat digantung di sebuah menara jam pada Khamis lalu. “Setakat ini, kami sudah menangkap 18 orang suspek yang melakukan pencerobohan itu dan menganjurkan perhimpunan tanpa mengikut undang-undang. Advertisement “Kami sedang menjalankan siasatan sama ada mereka yang terlibat dalam kekecohan itu turut terlibat dalam kes pembunuhan Syed Farid Khan,” kata Ketua Polis, Wabang Jamir. Dalam kejadian pada Khamis lalu, beribu-ribu penunjuk perasaan berarak dan memecah kawalan keselamatan di Penjara Pusat Dimapur untuk mencari Syed Farid Khan yang ditahan dipenjara itu, dipercayai pendatang haram dari Bangladesh, sebelum bertindak membunuhnya. Suspek rogol dibunuh, 3 pegawai digantung tugas Kerajaan negeri Nagaland di timur laut India, bertindak menggantung tiga pegawainya dari tugas semalam berikutan kejadian seorang suspek perogol diheret keluar dari sebuah penjara dan dipukul sehingga mati oleh ratusan penduduk. Mereka yang digantung tugas ialah seorang hakim majistret daerah Dimapur, superitendan polis dan warden penjara, kata Ketua Menterinya, T. R. Zeliang. Tindakan itu dilakukan apabila sekumpulan penduduk membelasah sehingga mati suspek kes rogol berkenaan selepas dia dibogelkan dan diheret sejauh enam kilometer. Polis juga melancarkan ope-rasi memburu beberapa orang lelaki yang dipercayai mendalangi insiden itu. Dalam insiden semalam, seorang orang awam turut terkorban, sementara beberapa yang lain cedera apabila polis bertindak melepaskan tembakan ke arah kumpulan demonstrasi berkenaan. Advertisement Beberapa buah kedai dan perniagaan juga terpaksa ditutup di Dimapur hari ini dan pasukan tentera telah dikerah melakukan kawalan keselamatan di sekitar bandar tersebut yang kini di bawah perintah berkurung. Pembunuhan suspek kes rogol itu mencetuskan kebimbangan di seluruh India, berhubung keganasan seksual yang sering terjadi dalam kalangan wanita. Suspek ditangkap pada 24 Februari lalu kerana disyaki merogol seorang wanita tempatan. Menteri Dalam Negeri, -Rajnath Singh telah meminta satu laporan tentang kejadian pecah masuk penjara itu diserahkan kepadanya. Sementara itu, insiden tersebut turut mencetuskan bantahan dari negeri jiran, Assam yang merupakan tempat asal suspek rogol berkenaan yang dikenali sebagai Farid Khan. Kumpulan penunjuk pe-rasaan di Assam bertindak membuat satu sekatan jalan raya di kawasan tersebut dan menahan beberapa lori yang membawa barangan serta kenderaan lain dari memasuki Nagaland. NEW DELHI: Keganasan seksual yang semakin menghantui penduduk India ketika ini mendorong sekumpulan masyarakat di timur laut negara itu untuk memecah masuk sebuah penjara bagi mendapatkan suspek kes rogol yang ditahan pihak berkuasa. Lelaki berusia 35 tahun itu yang didakwa merogol seorang gadis berulang kali sebelum ditahan pada 24 Februari lalu telah diheret keluar dari penjara di Nagaland sebelum dipukul sehingga mati. "Satu perhimpunan besar-besaran oleh pelajar dan penduduk telah diadakan di Dimapur (ibu negeri Nagaland) pada pagi Khamis, mereka kemudian telah memecah masuk penjara dan mengheret suspek keluar," lapor akhbar tempatan. Dalam laporan lain pula mendakwa, peserta demonstrasi itu berjaya memecah pintu pagar utama penjara sebelum menceroboh untuk mendapatkan suspek. Suspek yang dipukul sehingga mati telah diheret dan digantung di bandar itu bagi memberi peluang kepada peserta demonstrasi melepaskan geram dan bergambar. "Keadaan amat tegang, kami cuba mengawal keadaan," jelas polis bandar itu, Supritendan Meren Jamir. Kemarahan penduduk terhadap pesalah seksual di negara itu meruncing dan tidak dapat dikawal apabila sebuah saluran televisyen asing menyiarkan dokumentari melibatkan kes rogol yang mendapat perhatian baru-baru ini. Pesalah dalam dokumentari berkenaan turut menyalahkan gadis yang suka keluar malam tanpa menyesal akan kesalahan yang telah dilakukan.
|
spiderman80 replied at 6-3-2015 12:30 PM
Rogol dan India berpisah tarak.
honeybee1802 replied at 6-3-2015 12:23 PM
Jgn plak tg mendemo tu one day jdk perogol plak....
Syd replied at 6-3-2015 12:35 PM
Malaysia pung apa kurang nyer
Bapak Rogol Anak berpisah tiada...
ren0_0 replied at 6-3-2015 01:11 PM
dah kenapa rupa penduduk Nagaland serupa cina? sepet2 semua
spiderman80 replied at 6-3-2015 01:14 PM
Nagaland? Negara mana tu? Hehe...
NEW DELHI: Keganasan seksual yang semakin menghantui penduduk India bla..bla..bla...
Lelaki berusia 35 tahun itu yang didakwa merogol seorang gadis berulang kali sebelum ditahan pada 24 Februari lalu telah diheret keluar dari penjara di Nagaland sebelum dipukul sehingga mati.
spiderman80 replied at 6-3-2015 01:14 PM
Nagaland? Negara mana tu? Hehe..
ADVERTISEMENT