CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Najib Dijangka ‘Tumbang’ Lebih Awal?

9-3-2015 12:52 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13731| Komen: 100

Description: Mengambil Maklum Yang Najib Ketika Ini Berada Dalam Keadaan Tidak Stabil Sejak Pilihan Raya Umum (Pru) Lepas, Akhbar Britain Itu Berkata, Hutang 1mdb Sebanyak Rm42 Bilion Menjadikan Najib Sasaran Muda ...
Laporan: Najib dijangka ‘tumbang’ lebih awal


Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang kini dihimpit pelbagai kontroversi, dijangka berundur daripada kerusi perdana menteri lebih awal daripada tempoh setahun yang diramalkan, lapor The Economist.

Laporan itu muncul susulan kontroversi demi kontroversi yang semakin berlarutan melanda kepemimpinan beliau, khususnya hutang syarikat pelaburan nasional 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Beberapa pihak merasakan bahawa musuh beliau dalam Umno – sekarang dikatakan menyokong Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin – perlu menunggu setahun lagi untuk mendapat sokongan penuh untuk mencabar kepimpinan.

“Tetapi mereka boleh memilih bergerak lebih awal daripada itu,” lapor mingguan niaga berpengaruh itu lagi.

Petikan laporan Malaysian Insider:

Datuk Seri Najib Razak yang sedang dirundung masalah mungkin menghadapi cabaran kepimpinan tidak lama lagi, lapor akhbar The Economist.

Penentang beliau dalam Umno mungkin akan berdiri teguh menyatakan sokongan kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, susulan masalah besar dihadapi dana pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang merupakan idea perdana menteri 6 tahun lalu.

Mengambil maklum yang Najib ketika ini berada dalam keadaan tidak stabil sejak pilihan raya umum (PRU) lepas, akhbar Britain itu berkata, hutang 1MDB sebanyak RM42 bilion menjadikan Najib sasaran mudah.

Tetapi walaupun pembangkang bertali arus menyerangnya berhubung isu 1MDB, akhbar itu berkata, Najib mungkin lebih bimbang tentang kritikan yang diterima dari dalam Umno, terutamanya puak yang memihak kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

The Economist menggambarkan Dr Mahathir sebagai “bekas perdana menteri yang campur tangan dan gatal mahu Najib berundur” dan beliau selama ini merupakan salah seorang paling lantang mengkritik 1MDB.

Memburukkan lagi masalah itu, pada Januari, sokongan terhadap Najib jatuh ke paras rendah yang baharu pada 44%.

Kejatuhan itu akan mempercepatkan gerakan untuk menukar kepimpinan di kalangan penentang Najib dalam parti yang mungkin selama setahun ini menunggu mendapatkan lebih banyak sokongan, katanya.

4

Bagus
9

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amiraira 8-3-2015 08:45 AM
Aik??

Will that happen
Quote cmf_acura 8-3-2015 08:51 AM
1ndb teguh la......ada aset belion2
Quote EJALTI 8-3-2015 08:53 AM
Kasi la peluang anak pompuan dia kahwin dulu sebelum bijan turun dari takhta PM....

Kesian bijan....
Quote EJALTI 8-3-2015 08:55 AM
cmf_acura replied at 8-3-2015 08:51 AM
1ndb teguh la......ada aset belion2

Yes uols.....mana ada 1MDM rugi, cuma tak membawa untung jerk.....

Kehkehkehkeh......
Quote myvios 8-3-2015 08:57 AM
berani dia nak turun, nak kene senggol dgn rosmah?
Quote Anak_Nogori 8-3-2015 08:59 AM
Ramal???..kehkehkeh.

Aku ramal hadi awang bakal tumpas dgn mad sapu pada pemilihan presiden pas pada jun ini .krn rata2 ahli2 melihat hadi terlalu lembut, selalu gaduh ngan guan eng dan ingin cemolot dgn umno..tak lama je pun..3 bulan je lagi..
Quote ifanonline 8-3-2015 09:01 AM
pm paling bodoh...bodoh lagi dr pak lah
Quote alinone78 8-3-2015 09:02 AM
Elleh dari dulu gossip najib tumbang bertebatan
Tapi kukuh teguh j aku tengok

So mana bukti2 yg dia akan jatuh ni?
Quote budakshinchan 8-3-2015 09:09 AM
adoiii cpt la skit.. Kak Ros tolong la siku lg laju laju bg cpt Tumbang
Quote PEPPERMAN 8-3-2015 09:11 AM
saya pun tak fikir Najib akan turun.
macam PRU lepas, saya ramal negeri2 akan tumbang kepada PR, tapi BN tetap menang malah Kedah kembali kepada BN.

Najib ada magic..
Quote mak_wa95 8-3-2015 09:24 AM
najib rehat kejap je,tapi rosmah ambikalih
Quote ~anya~ 8-3-2015 09:26 AM
Laaa...
Ingat sejurus selepas babi guling berdemo semalam najib dah tumbang... hahahaha
Quote dodolgemok 8-3-2015 09:40 AM
Anak_Nogori replied at 8-3-2015 08:59 AM
Ramal???..kehkehkeh.

Aku ramal hadi awang bakal tumpas dgn mad sapu pada pemilihan presiden pas p ...

sekali lagi org tua ni begitu mengambil berat tentang kepimpinan pas.moga suara pokcik didengari pucuk kepimpinan
nnti bijan dah turun jgan meroyan cam mati anak pulak yer
Quote dodolgemok 8-3-2015 09:41 AM
alinone78 replied at 8-3-2015 09:02 AM
Elleh dari dulu gossip najib tumbang bertebatan
Tapi kukuh teguh j aku tengok

nnti dia dah turun ko jgan melopong lah yer.aku tolong tepuk tgan je utk ko
Quote jusoren12 8-3-2015 09:45 AM

mira,jumpa kite di sini plak
tk kan tk tau ........ skrg ni mcm2 bole happen ...... malah happening lagik
Quote mamat2009 8-3-2015 09:48 AM
Anwar dah tumbang. Hadi jap gi. Lks juga yg kukuh
Quote taikor 8-3-2015 09:49 AM
korang nak kene C4 rasenye
Quote scorpionkiki 8-3-2015 10:20 AM
PEPPERMAN replied at 8-3-2015 09:11 AM
saya pun tak fikir Najib akan turun.
macam PRU lepas, saya ramal negeri2 akan tumbang kepada PR, ta ...

Sbb dia umum mukriz jd mb right before election....i yakin kalau dia tak umum...pr boleh menang....grass root still sokong dr m lagi dan dilahirkan dgn kemenangan muikriz
Quote nolya 8-3-2015 10:22 AM
Kalau Najib jatuh ke, tumbang ke, saya tiap2 bulan gi sopping kat sogo....... window sopping je..

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.244671 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top