CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Ajak Shiro Dituduh Sombong. Lebih Suka Tidur Di Hotel Bila Balik Kampung.

9-3-2015 09:53 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18303| Komen: 70

Ajak nafi sombong, enggan tidur di rumah keluarga


Demam fenomena program lawak, Maharaja LawakMega 2014 (MLM 2014) baru sahaja kebah dengan menyaksikan Zero dinobatkan selaku juara.


Kecemerlangan mereka berjaya membelakangi kumpulan lawak lain yang lebih dominan seperti Virus dan Shiro. Sekadar selesa di tempat keempat, Shiro dilihat bersyukur dengan kejayaan yang dirangkul sebelum ini.

Bagaimanapun baru-baru ini, melalui sebuahruangan pojok akhbar tempatan, salah seorang anggota kumpulan duo Shiro iaitu Ajak dikatakan telah mula sombong.

Menurut laporan tersebut, Ajak atau nama sebenarnya, Mohd. Hanaffi Razak, 30, dikatakan jarang pulang ke kampung untuk menjenguk sahabatnya, apatah lagi keluarganya. Jika pulang ke kampungnya diKluang, Johor sekalipun, hos program IBoom itu akan menginap di hotel sekitarJohor Bahru.


Kosmo! berbicara dengan bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu bagi meminta penjelasan bagi pihaknya mengenai dakwaan itu. Terkejut dengan khabar angin tersebut, Ajak menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan menyifatkannya tidak sepatutnya timbul.

Ujar pelawak dan pelakon itu yang pernah membintangi filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang, kekangan masa memang membuatkandia tidak kerap pulang ke kampung seperti sebelum ini, namun itu bukan bermaknadia sudah mendabik dada dan melupakan asal usulnya.

Kosmo!: Ajak, benarkah anda kini dikhabarkan sudah sombong dan enggan berjumpa sanak saudara apabila pulang ke kampung?

AJAK: Saya begitu terkejut dengan dakwaantersebut. Tuduhan itu benar-benar tidak berasas. Setiap minggu, saya akan pulangke kampung di Kluang, Johor untuk berjumpa keluarga. Malah, jika berkelapangan,saya akan turut membawa mereka keluar bersiar-siar. Saya juga masih bergaul dengan orang kampung di kedai kopi berdekatan rumah saya dan pada masa yang sama, tidak pernah merasakan diri saya sombong.

Saya akan melayani peminat selagi termampu. Halini kerana saya merasakan terhutang budi dengan mereka. Siapalah saya tanpa mereka.

Bagaimana pula dengan dakwaan yang mengatakananda tidak bermalam di rumah keluarga anda di Kluang, Johor tetapi lebih gemar menginap di hotel apabila pulang ke kampung halaman?
Saya rasa tuduhan itu tidak berasas sama sekali.Mana mungkin saya tidur di hotel sedangkan saya mempunyai rumah dan keluarga disana. Saya masih tidur di rumah keluarga apabila pulang ke kampung.

Adakah anda berasakan diri sudah terkenal sehingga bersikap sedemikian?
Saya tidak pernah merasakan diri sudah terkenal.Malah, saya tidak pernah bermimpi untuk berada dalam bidang seni. Jika saya benar-benar sombong, mana buktinya? Saya kira mungkin ini satu salah faham kerana disebabkan terlalu sibuk dengan hal kerja, saya lebih gemar berada dirumah jika mempunyai kelapangan.

Apabila terjadi cerita-cerita negatif sepertiini, adakah ia mampu menjejaskan karier anda?
Sejujurnya, saya sangat takut dengan gosip ataupun khabar angin. Jika boleh, datanglah bersemuka dengan saya dan meminta penjelasan saya sendiri. Tidak perlu cakap-cakap belakang.

Apakah nasihat anda kepada individu yang menyifatkan anda sebagai sombong?
Saya berharap dia tampil untuk bersemuka dengan saya. Jika dia ikhlas hendak berkawan dengan saya, tampillah, saya dengan caraterbuka akan mendengar masalah dan berbincang mengenai isu tersebut. Barangkali sebelum ini ada sikap saya yang membuatkan dia berkecil hati. Saya minta maaf.

Adakah anda berpuas hati dengan kedudukan dalam lapangan seni?
Saya masih baharu dan banyak lagi perkara yang tidak saya terokai dalam lapangan seni ini. Saya akui masih belum sampai ketahap yang membanggakan. Bagaimanapun, jika ditoleh kembali perjuangan saya dan Shahrol melalui kumpulan Shiro, saya sangat berbangga dengan pencapaian kami yang tidak pernah diimpikan sebelum ini.

Boleh anda ceritakan mengenai perkembangan terbaharu anda?
Saya kini baru selesai penggambaran filem berjudul Rempit Sampai Langit. Saya juga kini dalam persiapan ke Indonesia bagi mengacarakan program IBoom yang kini memasuki musim kedua. Selain itu, sayajuga akan terlibat dalam beberapa program rancangan televisyen terbitan Astro kelak.


Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote animcute 6-3-2015 10:40 AM
jahat betul orang yg tuduh2 macam ni.
kesian kena tuduh lupa diri. orang yg tuduh tu tak pulak wartawan tu identify? entah2 saja buat cerita bagi panas supaya artikel jd interesting?
Quote dubuk 6-3-2015 11:10 AM
siapa mata merah tu woiiiiii
Quote ajunara 6-3-2015 11:14 AM
tapi kan dia ni kayu cket lau mengacara...
shahrul more better than him
Quote lolali 6-3-2015 11:18 AM
animcute replied at 6-3-2015 10:40 AM
jahat betul orang yg tuduh2 macam ni.
kesian kena tuduh lupa diri. orang yg tuduh tu tak pulak war ...

aku pun sll suspect reporter yg saje buat isu ni. saja nak buat story.
Quote olaoliolu 6-3-2015 11:18 AM
Kalau p jb tido hotel mmg logik la sbb kluang mmg jauh from jb. Sure dia blk kg pastu nk bwk anak bini jalan2 ke kan. Aku tgk kt ig bini dia n dia elok je
Quote aderaderker 6-3-2015 11:21 AM
Ini pun jd isu kan?
Tido hotel pun apa salahnya..
Quote toxicated 6-3-2015 11:23 AM
What is Halini???
Quote toxicated 6-3-2015 11:23 AM
Oh..hal ini
Quote toxicated 6-3-2015 11:26 AM
Kalau turun jb tido hotel jelah..nak balik kluang bukan sejam gak ke lebih? Tp if balik kluang nak tido hotel gak jadahnye.hotel ape je yg best sgt situ. Tp iols penah jah dlm byk2 stay di jb ter book 1 hotel kt agoda tp rupenye hotel tu mcm hotel pelacur kondom dijual bersepah2 kt bawah tu siap poster.kat bwh tu ade pub penuh manusia mabuk.. Euuuwww geli lah.
Quote maxim 6-3-2015 11:29 AM
toxicated replied at 6-3-2015 11:26 AM
Kalau turun jb tido hotel jelah..nak balik kluang bukan sejam gak ke lebih? Tp if balik kluang nak t ...








Quote suterabiru123 6-3-2015 11:29 AM
jb kluang jauh kot... hahahhaaa
Quote toxicated 6-3-2015 11:31 AM
maxim replied at 6-3-2015 11:29 AM

Keji la uols pon ingt lagi ke..iols siap bentang pelikat atas tilam wat lapik tido punyelah geli. Baik aku tido dlm kete jah. Dh lewat sgt nak tuka hotel pun.huh!!
Quote lylea 6-3-2015 11:35 AM
toxicated replied at 6-3-2015 11:31 AM
Keji la uols pon ingt lagi ke..iols siap bentang pelikat atas tilam wat lapik tido punyelah geli.  ...

hahahh sabar je la.. bahaya jugak klau mcm tu
Quote mimirahim 6-3-2015 11:49 AM
biaq pi la die. ishhhh
Quote zuliana29 6-3-2015 11:54 AM
wartawan skrg suke wat cite panas.....

Quote supernaturalee 6-3-2015 11:57 AM
toxicated replied at 6-3-2015 11:26 AM
Kalau turun jb tido hotel jelah..nak balik kluang bukan sejam gak ke lebih? Tp if balik kluang nak t ...

ye ke tak tau
Quote amon_79 6-3-2015 11:58 AM
xada isu la ni nk create isu..tp dh jd fitnah...iols pon rasa gossip artis malaysia ni sbnrnya kita sbg rakyat marhaen xhinggin pon nk tau hal2 rumah tangga atau dlm kelambu depa...wartawan hiburan BBNU ni je yg lebih2...
Quote supernaturalee 6-3-2015 12:03 PM
sepupu klu blik kg, duk hotel
sbbnya famili ramai sgt
yg stay di rumah selesa, sendiri pun selesa
Quote hanamunir 6-3-2015 12:17 PM
biar aje la nk tido hotel pun..
da ikut keselesaan

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.343799 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top