Edited by tapibukanaku at 6-3-2015 10:39 AM
Ajak nafi sombong, enggan tidur di rumah keluarga[size=14.8800001144409px]
Demam fenomena program lawak, Maharaja LawakMega 2014 (MLM 2014) baru sahaja kebah dengan menyaksikan Zero dinobatkanselaku juara. Kecemerlangan mereka berjaya membelakangikumpulan lawak lain yang lebih dominan seperti Virus dan Shiro. Sekadar selesadi tempat keempat, Shiro dilihat bersyukur dengan kejayaan yang dirangkulsebelum ini. Bagaimanapun baru-baru ini, melalui sebuahruangan pojok akhbar tempatan, salah seorang anggota kumpulan duo Shiro iaituAjak dikatakan telah mula sombong. Menurut laporan tersebut, Ajak atau namasebenarnya, Mohd. Hanaffi Razak, 30, dikatakan jarang pulang ke kampung untukmenjenguk sahabatnya, apatah lagi keluarganya. Jika pulang ke kampungnya diKluang, Johor sekalipun, hos program IBoom itu akan menginap di hotel sekitarJohor Bahru. Kosmo! berbicara dengan bekas anggota TenteraLaut Diraja Malaysia (TLDM) itu bagi meminta penjelasan bagi pihaknya mengenaidakwaan itu. Terkejut dengan khabar angin tersebut, Ajak menafikansekeras-kerasnya dakwaan itu dan menyifatkannya tidak sepatutnya timbul. Ujar pelawak dan pelakon itu yang pernahmembintangi filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang, kekangan masa memang membuatkandia tidak kerap pulang ke kampung seperti sebelum ini, namun itu bukan bermaknadia sudah mendabik dada dan melupakan asal usulnya.
Kosmo!: Ajak, benarkah anda kini dikhabarkansudah sombong dan enggan berjumpa sanak saudara apabila pulang ke kampung? AJAK: Saya begitu terkejut dengan dakwaantersebut. Tuduhan itu benar-benar tidak berasas. Setiap minggu, saya akan pulangke kampung di Kluang, Johor untuk berjumpa keluarga. Malah, jika berkelapangan,saya akan turut membawa mereka keluar bersiar-siar. Saya juga masih bergauldengan orang kampung di kedai kopi berdekatan rumah saya dan pada masa yangsama, tidak pernah merasakan diri saya sombong. Saya akan melayani peminat selagi termampu. Halini kerana saya merasakan terhutang budi dengan mereka. Siapalah saya tanpamereka.
Bagaimana pula dengan dakwaan yang mengatakananda tidak bermalam di rumah keluarga anda di Kluang, Johor tetapi lebih gemarmenginap di hotel apabila pulang ke kampung halaman? Saya rasa tuduhan itu tidak berasas sama sekali.Mana mungkin saya tidur di hotel sedangkan saya mempunyai rumah dan keluarga disana. Saya masih tidur di rumah keluarga apabila pulang ke kampung.
Adakah anda berasakan diri sudah terkenalsehingga bersikap sedemikian? Saya tidak pernah merasakan diri sudah terkenal.Malah, saya tidak pernah bermimpi untuk berada dalam bidang seni. Jika sayabenar-benar sombong, mana buktinya? Saya kira mungkin ini satu salah fahamkerana disebabkan terlalu sibuk dengan hal kerja, saya lebih gemar berada dirumah jika mempunyai kelapangan.
Apabila terjadi cerita-cerita negatif sepertiini, adakah ia mampu menjejaskan karier anda? Sejujurnya, saya sangat takut dengan gosipataupun khabar angin. Jika boleh, datanglah bersemuka dengan saya dan memintapenjelasan saya sendiri. Tidak perlu cakap-cakap belakang.
Apakah nasihat anda kepada individu yangmenyifatkan anda sebagai sombong? Saya berharap dia tampil untuk bersemuka dengansaya. Jika dia ikhlas hendak berkawan dengan saya, tampillah, saya dengan caraterbuka akan mendengar masalah dan berbincang mengenai isu tersebut. Barangkalisebelum ini ada sikap saya yang membuatkan dia berkecil hati. Saya minta maaf. Adakah anda berpuas hati dengan kedudukan dalamlapangan seni? Saya masih baharu dan banyak lagi perkara yangtidak saya terokai dalam lapangan seni ini. Saya akui masih belum sampai ketahap yang membanggakan. Bagaimanapun, jika ditoleh kembali perjuangan saya danShahrol melalui kumpulan Shiro, saya sangat berbangga dengan pencapaian kamiyang tidak pernah diimpikan sebelum ini.
Boleh anda ceritakan mengenai perkembanganter baharu anda? Saya kini baru selesai penggambaran filemberjudul Rempit Sampai Langit. Saya juga kini dalam persiapan ke Indonesia bagimengacarakan program IBoom yang kini memasuki musim kedua. Selain itu, sayajuga akan terlibat dalam beberapa program rancangan televisyen terbitan Astrokelak.
[size=14.8800001144409px]
[size=14.8800001144409px]
sumber: kosmo
|