Salam semua.
Saya tak tahu nak ceritakan ini semua bagaimana tapi saya dah tak tahu nak bawa masalah ni dalam diri macamana...
Begini...Saya hidup terlalu pesimis dengan lelaki... saya terlalu berhati2 dengan mereka... sebab saya sentiasa tengok ketidakadilan lelaki terhadap wanita dsepanjang hidup sy meningkat dewasa. Plus, sy pernah kena gangguan seksual dari kalangan ahli keluarga terdekat waktu kecil dulu. Malangnya semua orang tak percaya pada sy waktu itu..
Saya tak mengharapkan seorang lelaki hadir dalam hidup saya. Saya bukan tak pernah mengenali lelaki tetapi mereka yang hadir pon banyak mengecewakan . Tapi syukur dlm doa pada Tuhan Allah sentiasa lindungi saya dari lelaki2 yg salah. Saya niatkan biar hati saya diberi kepada yang benar2 berhak memilikinya… Saya hidup untuk berkhidmat kepada kedua ibu bapa sebaik mungkin. Itu kepuasan hidup saya.
Tapi sampai satu masa, mereka start suarakan hajat untuk saya bernikah. Mereka adalah kekuatan saya. Tapi kalau itu kebahagiaan juga buat mereka, sy usaha dlm berdoa dan cuba mengenali lelaki. Sy kenal seorang lelaki melalui Fb. Memang kami tak pernah berjumpa. Chat sahaja. Sampai suatu masa saya kata sy kenal mmg niat untuk bernikah dan dia pon kata dia serius. Kami berjumpa skali dan dia decide jmpa mak bapak sy untuk ke peringkat seterusnya.
Dipendekkan cerita kami tak bercinta and tak pernah jumpa lagi sejak pertemuan kali pertama tu.. kami bertunang dan bernikah. Perinsip saya, saya nak menjaga sebaiknya hubungan sebelum nikah itu agar perkahwinan kami diberkati nanti. Sbb sy tengok banyak yg bercinta bagai nak rak sbelum kawin bermasalah setelah kahwin.
Sampailah hari kawin. Hari kahwin saya dapat tgk sikapnya yg sebenar. Dia seorang yg sangat2 anti social rupanya. Dia memang pnah ckp kat sy sebelum kawen, dia xramai kawan. Kami bhubung mlalui wasap je sblum kawen. Xpenah ckp telefon. Hari kahwen saya ditinggalkan seorang diri melayan tetamu sementara dia pergi menghilangkan diri. Muncul hanya waktu ramai dah pulang.
Dan waktu malamnya sahaja dia bersedia berjumpa saya di bilik. Dia mengaku dia bukan teruna. Dan dia menyalahkan kerjanya dia bersikap begitu. Sy redha sebab sy rasa sy mngkin seorang yg tak smpurna juga… tp dia terlalu gelojoh dlm hal menyentuh saya. Saya tak mampu menerimanya… dia membandingkan sy dengan pelacur dan bintang porno yg ditontonnya.
Satu lagi, dia seorang yg panas baran. Dlm bulan pertama kami berkahwin dia dh start nak angkat tangan kat saya. Tengking2… bila sy ajak berbincang dia offer untuk bercerai kalau tak tahan hidup dengan dia… sy sedih tapi saya bersabar … sy cuba untuk ajak berbincang dan perbaiki sikap2 dia..
Terlalu banyak sikap buruknya sebenarnya… kata2nya terlalu kejam untk sy sbagai isterinya… sy pernah dipanggil binatang, sy pernah diejek dihadapan saudara maranya, saudara mara sy sndiri. Pada sy suami sptutnya memelihara maruah isteri tp pada dia dipijak2nya lagi…
Saya jaga pakai dan makan minum dia sperti seorang isteri menjaga seorang suami… apa yg dia tak cukup sy cuba cukupkan. Tempat kerjanya jauh , dia balik dalam 2/3 hari sekali ke rumah. Bila dia balik dan saya jamukan makan sy tak pernah suarakan apa2 masalah or tak puas hati pada dia… sy slalu cuba critakan melalui wassap. Dia hanya senyap dan senyap. Kalau ada perkongsian bab agama dan akhlaq baik suami isteri, dia mengaku dengan sy dia tak pernah baca atau upload gmbar2 itu semua…
Sikap ignorantnya yg buat sy terlalu bersedih. Dia tinggalkan sy ke tempat kerja 2-3 hari…tak pernah diberikan perhatian…dia tak pernah nak bertanya khabar , makan ke, duit cukup ke… sy kecewa… sy isi kekecewaan tu dengan selalu keluar dengan kawan2 agar tak terlalu piker dan harapkan perhatiannya. Tapi ke mana pon sy pergi memang sy dapatkan keizinan dari dia…Sebelum kawen dia pernah ckp jangan “lepas kawen nanti jgn nk tnjuk macam awk sorang je yg yg ada suami”….tapi sy tak sangka sampai mcm ni skali tak adanya perhatian dia untuk sy….
Bila balik, dia makan, tgk tv dan tidur. Tak pernah kami dpt duduk berduaan sebaik mngkin mcm psngan suami isteri yg baru kahwen dan bermesra. Tak ada perbualan bercerita semua. Sampai satu tahap sy rasa seorang orang asing sedang menyentuh saya, tidur di tepi saya.
Dia terlalu banyak komplen dan tak bersyukur dengan rezeki. Kalau harini dia masukkan duit untuk nafkah sy, esok atau lusanya mesti dia mintak duit dari saya balik. Dia kata nak isi minyak or toll untuk pergi kerja… saya kadang terpaksa menipu kata sy taka da duit tapi dia berhentikan kereta di ATM suruh sy cucuk duit. Sy bincang dengan dia…sy kate saya nak dia jaga rezekinya dengan baik. Jadikan ianya diberkati. Jgn selalu mengeluh duit tak cukup etc… ada org gaji tak banyak tp mencukupi…
Malam tu kami berbincang di wassap. Sy ajak bersemuka nanti dia kata dia taknak. Dia takut dia tengking sys bb dia tahu dia baran(saya amalkan berdoa dan berzikir dlm menyediakan mkanan buat dia. Alhamdulillah barannya dan kurang) Dia nk discuss di wassaap shja.
Sy tak sempat nak suarakan rasa hati sy kpada dia, dia dah berceramah panjang pasal sy…dia kata sy slalu cari salah dia…dia Tanya saya : Nak jadi isteri atau maknya? Kekecewaan sy bertambah… kali ni tiap kata2 pedih dari dia tak mampu buat sy menangis lagi…sy dh tak punya perasaan…saya tak pernah menaikkan suara atau hilang hormat pada dia selama ni…tapi disebabkan sy pendam segala duka, sy hilang segala rasa kasih dan syg untuk dia… yg ada hanya hormat… apa yg sy pendamkan sy cuba ceritakan sikit2…itupon tak semua… sekali lagi bila apa yg saya tegur tak dapat diterimanya, dia offer untuk bercerai … dia kate sy pandang rendah pada dia. Nak ubah hidup dia. Sy piker dia a loser. Perbincangan hari itu cukup mengecewakan sy. Bercerai patutnya menjadi option terakhir tapi pada dia cerai itu satu yg boleh senang2 dioffer… sekarang sy dh sminggu tak jumpa dia…sy mntak izin dia nak rehatkan perasaan dari semua ni. Sy duduk rumah kakak. Saya buntu…bila kakak suruh sy bersabar dan ingat parents kami. Untuk pngetahuan korang, sy tak ada mslah dengan mak mertua ataupon family dia... masalah sy sekarang, sy tak rasa ada perasaan lagi untuk dia…yg tinggal hanya hormat..peraaan ni jadi mati. Sy pon skarang tak mampu nak menjalankan tugas seorang isteri untk dia sentuhi. Sentuhannya tak memberi rasa langsung pada sy. Saya sentiasa berhias dan bersolek cantik untk sambut dia pulang sebelum ni,. Tp bila dia sentuh, saya tak mampu nak merasakan apa2… Apakah yg boleh sy lakukan sekarang?
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|