LadyLista - Lelaki oh lelaki, sukarnya nak meramal apa yang bermain di benak hatinya. Dalam kesamaran itu, terdapat tingkah lakumu yang boleh ditafsirkan secara kasar. Kata orang, setiap perbuatan kita mencerminkan keperibadian. Bersama REMAJA memahami di sebalik bahasa tubuh sang jejaka.
1.Merenung Tajam Pernah atau tidak kamu berhadapan dengan lelaki yang gemar merenung tajam tika kamu berborak mesra? Sebenarnya perbuatan ini menggambarkan mereka seorang yang peminta dan ingin mengetahui apa yang mampu kamu tawarkan kepadanya. Menyeramkan bukan? Tetapi itulah yang diminta lelaki yang berkelakuan seperti ini. 2.Rapatkan Badan
Opss rapatnya posisi tubuhnya padamu! Sebenarnya apabila jejaka merapatkan badannya ketika berbual, ia melambangkan mereka seorang yang mempunyai daya penarik dan kadang kala ia boleh bersifat keterlaluan. Jadi berhati hatilah wahai gadis. 3.Tangan & Badan Asyik Bergerak Terdapat juga lelaki yang gemar menggerakkan anggota badan seperti tangan dan badan apabila bermesra. Lelaki seperti ini merupakan seorang yang cukup bertanggungjawab dan mempunyai perasaan cinta yang sangat mendalam. Pergerakan ini melambangkan betapa besar cintanya pada kamu dan sebagai bukti kesungguhan beliau. Adakah kamu suka lelaki seperti ini? 4.Anguk Kepala Kebiasaannya, seorang yang mengangguk kepala bermakna faham mahupun jelas, tetapi apabila jejaka asyik menganggukkan kepalanya semasa berbual, itu melambangkan mereka seorang yang sangat mengambil berat dan sentiasa memikirkan kamu dalam fikiran mereka. 5.Gemar Berdiri Kalau kamu duduk ketika bercakap, manakala si dia pula berdiri, lelaki jenis ini sebenarnya seorang yang gemar mempengaruhi dan mengongkong kehidupan kamu. Mereka juga dikatakan sebagai seorang lelaki yang suka mempergunakan kamu khususnya untuk kepentingannya sendiri. 6.Sensitif Jarak Pernah atau tidak kamu berjumpa dengan lelaki yang tidak keruan ini di mana kalau kamu berdiri mahupun duduk, si dia akan mengehadkan jarak tertentu agar tidak terlalu rapat? Lelaki seperti ini bukanlah mahu menjauhkan diri denganmu tetapi mereka lebih mementingkan keselesaan tika bermesra. Selain itu, mereka juga dikatakan sebagai lelaki yang memahami kehendak dan kemahuan pasangan mereka. 7.Tiru Lagak Jejaka yang gemar meniru lagak mahupun gaya orang lain ini dikatakan seorang yang mudah terpengaruh dan dikatakan seorang yang mudah untuk dibawa berbincang serta sentiasa positif dalam kehidupannya. |
ADVERTISEMENT