CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Makanan Lihat artikel

Resipi Kari Kepala Ikan Penang Stail

23-2-2015 04:52 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 4013| Komen: 0

LadyLista - Nak tunggu pergi Pulau Pinang untuk merasa kari kepala ikan, mungkin entah bilanya. Perut terasa mengidam. Anak-anak pun suka. Jom la kita buat sendiri tak semestinya nak tunggu mamu Penang masakan di Kuala Lumpur ini.

Tapi sebelum tu, ada tips sedikit. Bagi mendapatkan kari kepala ikan yang sedap dan lazat rasanya, anda perlu pastikan kepala ikan tersebut benar-benar segar. Jenis ikan yang mahu dibuat kari, terpulanglah pada anda. Anda boleh pilih sama ada ikan merah, tenggiri ataupun jenahak. Ok, selamat mencuba.

 

Bahan-bahan yang diperlukan:

Satu ketul kepala ikan merah/tenggiri/jenahak di belah dua(terpulang kepada citarasa anda)

6 sudu besar campuran rempah kari pelbagai jenama (anda boleh guna serbuk kari Alagappas,Baba’s atau apa sahaja jenama yang anda suka)

4 sudu besar cili kering kisar

1 sudu besar serbuk cili

2 kuntum bunga lawang

Sekeping kulit kayu manis

3 biji buah pelaga

 

Bahan-bahan untuk dikisar:

Sebiji bawang besar

4 biji bawang merah

2 biji bawang putih

 

Bahan-bahan untuk dipotong/dimayang:

Sebiji bawang besar dimayang halus

2 biji bawang putih

3 tangkai daun kari

2 sudu besar air asam jawa

sedikit halba

garam,gula,kicap manis dan serbuk perasa secukupnya

 

Bahan rencahan lain:

Sebiji terung ataupun 7 bendi.

3 biji lada besar hijau

2 biji tomato dibelah empat

 

Cara Membuatnya:

1.Panaskan minyak dan tumis bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.

2. Setelah itu, tumis bahan-bahan yang sudah dimayang sehingga naik bau, dan masukkan halba.

3. Kacau, setelah agak layu masukkan cili kering yang sudah dikisar.

4.Kemudian masukkan pula ke bahan-bahan kisar dan seterusnya campuran serbuk kari.

5. Kacau dan masukkan pula daun kari. Sebaiknya jangan dileraikan daun tersebut daripada tangkainya.

6.Masukkan air jika ia terlalu kering dan biarkan segala bahan itu berbaur sebati.

7. Kemudian setelah agak surut sedikit airnya masukkan pua air asam jawa, masukkan garam, serbuk perasa, kicap manis dan sedikit gula secukupnya.

8. Masukkan air, setelah mendidih masukkan ikan.

9. Apabila ikan setengah masak, masukkan pula rencahan terung/bendi dan sebagainya.

10. Biar ia sebati, kepekatan kuah mengikut kehendak anda sendiri dan pastikan kepala ikan tersebut tidak dimasak terlalu lama bagi mengelakkan daripada hancur.

11. Angkat dan hidangkan, tapi pastikan rasanya cukup lengkap. Apa yang kurang boleh ditambahkan.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.025905 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top