|
Mangsa Nekad Rempuh Peragut KAMUNTING – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila dua lelaki bertindak memecahkan cermin kereta dan meragut beg tangannya di persimpangan lampu isyarat, Masjid Kamunting, di sini, kira-kira jam 3.30 petang, semalam. Saksi kejadian, Amran, 34, berkata, mangsa bagaimanapun bertindak berani mengejar dua lelaki itu dan merempuh mereka hingga jatuh. "Pelanggaran itu menyebabkan mangsa terbabas dan melanggar tiang lampu di bahu jalan. "Dua lelaki terbabit kemudian ditangkap orang ramai yang berada di lokasi kejadian," katanya. Difahamkan, mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan dua suspek terbabit diserah kepada polis. Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa berkata, sebelum kejadian, wanita berkenaan berhenti di kawasan lampu isyarat sebelum didatangi dua lelaki yang bertindak memecahkan cermin keretanya menggunakan objek keras. "Suspek memecahkan cermin kereta sebelum meragut beg tangan mangsa yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan," katanya. "Dua suspek turut cedera ringan akibat terjatuh daripada motosikal dan mereka ditahan serta disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana curi dan ragut," katanya. Ismail berkata, pihaknya memuji keberanian ditunjukkan mangsa yang berusia awal 30-an itu. “Walaupun suspek berjaya melarikan beg tangan mangsa, namun sikap beraninya mengejar suspek membolehkan beg tangannya diperoleh semula," katanya.
|
|
25
![]() Bagus |
13
![]() Marah |
19
![]() Terkejut |
20
![]() Sedih |
8
![]() Lawak |
10
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
:pooh~key replied at 2-2-2015 02:27 PM
Dasar pemalas. Tepek je lah sekali berita tu kat thread ko sendiri ni.
ok2 len kali saya buat laporang penuh plak. Thx ye bagi pendapat sy org baruModngengade replied at 2-2-2015 02:29 PM
Tt....cuba belajar dgn @pyropura tentang cara2 menepek berita dan link ok....

aliabrahm replied at 2-2-2015 02:31 PM
Thx ya, dihargai pendapat tu. Akan sy perbaiki untuk thread akan dtg.
Loxlaxman replied at 2-2-2015 02:36 PM
Ma pi peragut .. tak nampak dalam gambaq pun.. mati terkangkang dalam longkang ke?
Kalau tunggu kat FB atau Youtube ade lah mungkin orang akan upload peragut tu kena tangkap. Suspek memecahkan cermin kereta sebelum meragut beg tangan mangsa yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan
FanTasyCreaTioN replied at 2-2-2015 02:44 PM
TT ..
kita suka thread macam ni
dan kebetulan pree
Ganas blog FC berapi-api..hehe. Anyway thx skali lagi ya.ajie2000 replied at 2-2-2015 02:46 PM
biar aku tolong tepekkan..
KAMUNTING – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila dua lelaki be ...

Tujuan buka benang ni nak tau/tanya pendapat ramai tentang tindakan wanita ni sampai boleh jadi macam ni. Kereta remuk, tiang lampu tumbang (konfirm kena kompaun ngan PBT ni kan?) dan trauma yang bakal menyusul.
sekel replied at 2-2-2015 02:48 PM
aq kalau nk langgar peragut nk ngk gak mcm mana keadaan keliling
silap cilok cium tiangFanTasyCreaTioN replied at 2-2-2015 02:53 PM
kalau kita jadi wanita tu ..
tengok juga keadaan sekeliling
kadang tindakan gni boleh melibatkan ...
ADVERTISEMENT