CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Proton Gen2 Rempuh Viva Sehingga Terpelanting

15-10-2014 10:55 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10513| Komen: 26

Description: Dalam Kejadian Jam 1.30 Petang, Mangsa Musa Ngah, 55, Dan Tiga Rakannya Ketika Itu Berbual Di Bangku Pekarangan Masjid Kampung Berkenaan Sebelum Kereta Proton Gen 2 Dipandu Lelaki Berusia 41 Tahu ...
Proton Gen2 Rempuh Viva Sehingga Terpelanting


Marang: Seorang pesara Jabatan Kimia kini bertarung nyawa selepas dihempap kereta Perodua Viva miliknya dalam kejadian di Kampung Pulau Kerengga, di sini, semalam.

Dalam kejadian   jam 1.30 petang, mangsa  Musa Ngah, 55, dan tiga rakannya ketika itu berbual di bangku pekarangan masjid kampung berkenaan sebelum   kereta Proton Gen 2 dipandu lelaki berusia 41 tahun dari arah Kuala Terengganu menuju ke Dungun terbabas lalu merempuh kereta Perodua Viva   diparkir di situ.

Rempuhan kuat itu menyebabkan kereta Perodua Viva itu tercampak dan merempuh Musa serta tiga rakannya yang berada di situ.

Anak mangsa, Nor Sulia Hasanah, 30, berkata, bapanya dihempap kereta Perodua Viva itu dan bilal masjid, Ibrahim Muda, 55, tercampak akibat dirempuh kenderaan sama, manakala dua rakan lain hanya cedera ringan kerana sempat melarikan diri.

Menurutnya, bilal masjid berkenaan parah di bahagian dalaman badan, manakala bapanya parah di kepala serta beberapa bahagian badan itu dikeluarkan anggota bomba yang tiba tidak lama kemudian sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

ORANG ramai melihat kemalangan kereta Proton Gen 2 merempuh  kereta Produa Viva yang mencederakan dua mangsa.

28

Bagus
14

Marah
8

Terkejut
30

Sedih
30

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (125 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sapp73 15-10-2014 07:34 AM
Gen 2 tu laju agaknya,....orang lain yang bawak laju, yang tak bersalah jadi mangsa
Quote toyaq_03 15-10-2014 07:36 AM
Astagfirullah...laju sgt bwk ke smp bole tcampak viva tu...ish..ish...
Quote kak_sue 15-10-2014 07:53 AM
jin gobel yg pandu kereta itu.....
Quote chinta89 15-10-2014 08:14 AM
Ya Allah.... kasihannya!
Quote kucen_miang 15-10-2014 08:16 AM
kalu dah takdir dlm masjid pun boleh ditimpa malang. kesian.
Quote prettyuglybabe 15-10-2014 10:59 AM
sila saman pemandu gen2 tu kow kow..


Quote iniaroonz 15-10-2014 11:02 AM
kereta terbang....
Quote supernaturalee 15-10-2014 11:05 AM
terbayangkan antara final scene filem Shaolin Soccer



Last edited by supernaturalee on 15-10-2014 11:06 AM

Quote MH37O 15-10-2014 11:09 AM
sapp73 posted on 15-10-2014 07:34 AM
Gen 2 tu laju agaknya,....orang lain yang bawak laju, yang tak bersalah jadi mangsa

tulah kan...tp ada jugak ramai forumners kat sini dulu kata xnak naik MAS lagi sbb takut crash lagi (angkara insiden 370, 17)
Quote sapp73 15-10-2014 11:31 AM
MH37O posted on 15-10-2014 11:09 AM
tulah kan...tp ada jugak ramai forumners kat sini dulu kata xnak naik MAS lagi sbb takut crash lag ...

kalau dah nak kena tu,...dok sembang depan masjid pun kena jugak
Quote MH37O 15-10-2014 11:33 AM
sapp73 posted on 15-10-2014 11:31 AM
kalau dah nak kena tu,...dok sembang depan masjid pun kena jugak

tgh tidor dlm bilik ber aircond pun boleh mati kalau dah sampai seruan...
Last edited by MH37O on 15-10-2014 11:35 AM

Quote GhostWalking 15-10-2014 06:57 PM
Mangsa rempuhan kereta meninggal dunia

Kuala Terengganu: Lelaki yang terperosok di bawah kereta sendiri selepas dirempuh sebuah kereta lain di pekarangan Masjid Pulau Kerengga, Marang, petang semalam meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, pada jam 1 pagi tadi.
Mangsa, Musa Ngah, 55, yang parah di kepala dan badan hanya bertahan 13 jam sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HSNZ.
Bilal Masjid Kampung Pulau Kerengga yang turut parah dalam kemalangan itu masih kritikal di HSNZ.
Harian Metro semalam melaporkan sebuah Proton Gen 2 terbabas lalu merempuh sebuah Perodua Viva yang diparkir di pekarangan Masjid Pulau Kerengga.
Rempuhan kuat itu menyebabkan dua daripada empat jemaah masjid parah akibat dirempuh Perodua Viva terbabit.
Arwah Musa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Pak Maseh, di sini, 10.45 pagi tadi.





      Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Oktober 2014 @ 3:18 PM   
«»
JENAZAH Musa dibawa turun dari rumahnya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Pak Maseh, pagi ini.











- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2024#sthash.V8pfc0qx.dpuf
Quote retnoel 15-10-2014 07:26 PM
Innalillah..laju sungguh gen2 sampai terbng msk kwsn mesjid..
Quote rosasa 15-10-2014 07:39 PM
Kesiannya
Quote mak_wa95 15-10-2014 07:39 PM
nampak macm kawasan kampung je tu..perlu ke lelaju..

Quote liyanur 15-10-2014 07:48 PM
yg heran tu depan masjid plak tu...bukan masjid biasanya luas dan berpagar ke...
camne blh tersesat masuk....takziah buat kuarga mangsa....
nasib smpat solat....
Quote JDT 15-10-2014 07:55 PM
Kesian...baru nak menikmati alam persaraannya bersama keluarga dan beribadah...
Quote noor2 15-10-2014 08:46 PM
pemandu gen2 tu mabok ke...
Quote mak_wa95 15-10-2014 08:54 PM
noor2 posted on 15-10-2014 08:46 PM
pemandu gen2 tu mabok ke...

nak tercirit kut..nak cari tandas masjid

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.231228 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top