CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mangsa Nekad Rempuh Peragut

2-2-2015 03:56 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14662| Komen: 119

Description: Saksi Kejadian, Amran, 34, Berkata, Mangsa Bagaimanapun Bertindak Berani Mengejar Dua Lelaki Itu Dan Merempuh Mereka Hingga Jatuh.

Mangsa Nekad Rempuh Peragut

KAMUNTING – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila dua lelaki bertindak memecahkan cermin kereta dan meragut beg tangannya di persimpangan lampu isyarat, Masjid Kamunting, di sini, kira-kira jam 3.30 petang, semalam.

Saksi kejadian, Amran, 34, berkata, mangsa bagaimanapun bertindak berani mengejar dua lelaki itu dan merempuh mereka hingga jatuh.

"Pelanggaran itu menyebabkan mangsa terbabas dan melanggar tiang lampu di bahu jalan.

"Dua lelaki terbabit kemudian ditangkap orang ramai yang berada di lokasi kejadian," katanya.

Difahamkan, mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan dua suspek terbabit  diserah kepada polis.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa berkata, sebelum kejadian, wanita berkenaan berhenti di kawasan lampu isyarat sebelum didatangi dua lelaki yang bertindak memecahkan cermin keretanya menggunakan objek keras.

"Suspek memecahkan cermin kereta sebelum meragut beg tangan mangsa yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan," katanya.

"Dua suspek turut cedera ringan akibat terjatuh daripada motosikal dan mereka ditahan serta disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana curi dan ragut," katanya.

Ismail berkata, pihaknya memuji keberanian ditunjukkan mangsa yang berusia awal 30-an itu.

“Walaupun suspek berjaya melarikan beg tangan mangsa, namun sikap beraninya mengejar suspek membolehkan beg tangannya diperoleh semula," katanya.

25

Bagus
13

Marah
19

Terkejut
20

Sedih
8

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 2-2-2015 02:27 PM
Dasar pemalas. Tepek je lah sekali berita tu kat thread ko sendiri ni.
Quote Madel 2-2-2015 02:28 PM
Kalau aku pun aku akan langgar peragut tu...dah alang2 cermin keta pecah kan..
Janji aku dpt ajar si peragut tu..
Ikut suka kepala tok nenek moyang dia nak meragut orang:
Quote Modngengade 2-2-2015 02:29 PM
Tt....cuba belajar dgn @pyropura tentang cara2 menepek berita dan link ok....
Quote pooh~key 2-2-2015 02:30 PM
Aku pernah tengok video orang nak ragut tapi ended up kena langgar dengan mangsa. Senyum puas aku tengok video tu. Allah masih tak kejam lagi rupanya. Masih ada sinar harapan. Cash. Selayaknya.
Quote aliabrahm 2-2-2015 02:30 PM
pooh~key replied at 2-2-2015 02:27 PM
Dasar pemalas. Tepek je lah sekali berita tu kat thread ko sendiri ni.

Hehe..sorry bos. Ingat nak jugak sumbang trafik ke portal Sinar ok2 len kali saya buat laporang penuh plak. Thx ye bagi pendapat sy org baru
Quote aliabrahm 2-2-2015 02:31 PM
Modngengade replied at 2-2-2015 02:29 PM
Tt....cuba belajar dgn @pyropura tentang cara2 menepek berita dan link ok....

Thx ya, dihargai pendapat tu. Akan sy perbaiki untuk thread akan dtg.
Quote Modngengade 2-2-2015 02:33 PM
aliabrahm replied at 2-2-2015 02:31 PM
Thx ya, dihargai pendapat tu. Akan sy perbaiki untuk thread akan dtg.

Hehe....
Ok.....
Quote Loxlaxman 2-2-2015 02:36 PM
Ma pi peragut .. tak nampak dalam gambaq pun.. mati terkangkang dalam longkang ke?
Quote aliabrahm 2-2-2015 02:38 PM
Loxlaxman replied at 2-2-2015 02:36 PM
Ma pi peragut .. tak nampak dalam gambaq pun.. mati terkangkang dalam longkang ke?

Peragut dah ditangkap orang awam dan polis, reporter Sinar dapat snap gambar ni je. Kalau tunggu kat FB atau Youtube ade lah mungkin orang akan upload peragut tu kena tangkap.
Quote FanTasyCreaTioN 2-2-2015 02:44 PM
TT ..
kita suka thread macam ni
dan kebetulan pree
kita tolong tepek yer berita ni

KAMUNTING – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila dua lelaki bertindak memecahkan cermin kereta dan meragut beg tangannya di persimpangan lampu isyarat, Masjid Kamunting, di sini, kira-kira jam 3.30 petang, semalam.

Saksi kejadian, Amran, 34, berkata, mangsa bagaimanapun bertindak berani mengejar dua lelaki itu dan merempuh mereka hingga jatuh.

"Pelanggaran itu menyebabkan mangsa terbabas dan melanggar tiang lampu di bahu jalan.

"Dua lelaki terbabit kemudian ditangkap orang ramai yang berada di lokasi kejadian," katanya.

Difahamkan, mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan dua suspek terbabit  diserah kepada polis.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa berkata, sebelum kejadian, wanita berkenaan berhenti di kawasan lampu isyarat sebelum didatangi dua lelaki yang bertindak memecahkan cermin keretanya menggunakan objek keras.

"Suspek memecahkan cermin kereta sebelum meragut beg tangan mangsa yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan," katanya.

"Dua suspek turut cedera ringan akibat terjatuh daripada motosikal dan mereka ditahan serta disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana curi dan ragut," katanya.

Ismail berkata, pihaknya memuji keberanian ditunjukkan mangsa yang berusia awal 30-an itu.

“Walaupun suspek berjaya melarikan beg tangan mangsa, namun sikap beraninya mengejar suspek membolehkan beg tangannya diperoleh semula," katanya.

Sumber

Quote ajie2000 2-2-2015 02:46 PM
biar aku tolong tepekkan..

Quote FanTasyCreaTioN 2-2-2015 02:47 PM
mengapa ..
perempuan ..
selalu nya pemandu perempuan
sering membuat kesilapan yang sama
berulang ulang

Suspek memecahkan cermin kereta sebelum meragut beg tangan mangsa yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan

jangan la biar kan diri sendiri yang sebenar nya mengundang diri menjadi mangsa ragut
kalau berlaku juga
tak leh nak kata apa
sekurang2 nya dah berusaha menghindar dari terjadi

Quote aliabrahm 2-2-2015 02:47 PM
FanTasyCreaTioN replied at 2-2-2015 02:44 PM
TT ..
kita suka thread macam ni
dan kebetulan pree

Tq FC.., haa itulah kita nak kongsi2 trafik katekan Ganas blog FC berapi-api..hehe. Anyway thx skali lagi ya.
Oh ya pendapat FC plak mcm mana? Kasi langgar ini peragut ke biar je..
Quote sekel 2-2-2015 02:48 PM
aq kalau nk langgar peragut nk ngk gak mcm mana keadaan keliling
Quote aliabrahm 2-2-2015 02:51 PM
ajie2000 replied at 2-2-2015 02:46 PM
biar aku tolong tepekkan..

KAMUNTING – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila dua lelaki be ...

Thx bro Ajie..jasamu dikenang
Quote FanTasyCreaTioN 2-2-2015 02:53 PM
Tujuan buka benang ni nak tau/tanya pendapat ramai tentang tindakan wanita ni sampai boleh jadi macam ni. Kereta remuk, tiang lampu tumbang (konfirm kena kompaun ngan PBT ni kan?) dan trauma yang bakal menyusul.

kalau kita jadi wanita tu ..
tengok juga keadaan sekeliling
kadang tindakan gni boleh melibatkan orang lain
tak memasal kejadian tak d ingini berlaku kat orang lain
- terlanggar orang lain ka masa tu

tapi memang puji laa akak ni
berani
nekad
sebab dengan sikap begini
kurang2 kurang 2 peragut
dan kurang mangsa2 yang akan kena ragut

Quote aliabrahm 2-2-2015 02:55 PM
sekel replied at 2-2-2015 02:48 PM
aq kalau nk langgar peragut nk ngk gak mcm mana keadaan keliling

Kereta vs Motosikal.. tak ingat nak tengok keliling jugak kan bila dah panasssss.... silap cilok cium tiang
Quote batmana 2-2-2015 02:59 PM
klu dlm beg tu ada tepon, dlm tepon tu ada gmba dotdotdot ... kemudian kene ragut..

jgnkn tiang lampu, bangunan tnb 100 tingkat pun mangse ragut ni sanggup langgar..
Quote aliabrahm 2-2-2015 02:59 PM
FanTasyCreaTioN replied at 2-2-2015 02:53 PM
kalau kita jadi wanita tu ..
tengok juga keadaan sekeliling
kadang tindakan gni boleh melibatkan ...

betul betul betul... tgk keadaan sekeliling.., kalau macam track Sepang mmg kalau boleh top speed langgar dia kurang sikit penyangak tp bila dah dalam bandar tu dah agak susah la, Kancil pun takleh nak cilok.

Lihat semua komen(119)

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.117464 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top