Terokailah dunia 2015 ini dengan Air Asia! Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa kos tiket penerbangan anda begitu tinggi? Apabila anda ingin pergi melancong, selalunya tiket penerbangan andalah yang memakan sebahagian besar bajet perbelanjaan anda. Jika anda seorang pengembara yang ingin melancong dengan bajet terhad seperti saya, tiket penerbangan yang murah sudah tentunya amat dialu-alukan. Setelah melakukan penyelidikan yang teliti dan melalui pembacaan menyeluruh, baru-baru ini saya telah mempelajari bahawa salah satu perkara yang paling penting yang perlu dilakukan apabila membuat perbandingan harga tiket adalah untuk meneliti setiap butiran dan mencari kos tersembunyi yang dipindahkan kepada kita oleh syarikat-syarikat penerbangan, terutamanya surcaj bahan api. Apakah itu surcaj bahan api? Surcaj bahan api atau ‘fuel surcharge’ mula diperkenalkan pada tahun 2008 apabila harga minyak berada pada tahap paling tinggi sekali, iaitu sebanyak $147 setong. Walau bagaimanapun, syarikat-syarikat penerbangan tidak menyingkirkan kos ini walaupun harga minyak telah jatuh. Dengan harga minyak semakin menjunam dengan setiap minggu yang berlalu, ini sememangnya tidak adil pada kita sebagai pelanggan. Saya pasti ada diantara anda mengumpul mata bagi penumpang kerap. Pernahkah anda cuba menebus mata anda untuk mendapat tiket penerbangan percuma dan tiba-tiba anda diberi bil untuk jumlah wang yang besar, walaupun anda menggunakan mata anda untuk menebus tiket tersebut? Sememangnya ada sesetengah caj yang wajib dikenakan, seperti cukai kerajaan dan ini tidak dapat dielakkan tetapi lain halnya dengan surcaj bahan api yang sudah pasti boleh dielakkan. Malahan, untuk pengetahuan anda, surcaj bahan api ini tidak sebenarnya ditanggung oleh syarikat penerbangan. Oleh itu, ini adalah satu cara untuk mendapatkan keuntungan yang lumayan sekali. Cuba anda renungkan, jika benar mereka menanggung surcaj bahan api ini, kesemua pesawat yang mempunyai laluan penerbangan yang sama seharusnya mempunyai surcaj yang lebih kurang sama, betul? Namun begitu, sekiranya anda melakukan analisis ringkas, anda akan mendapati bahawa surcaj yang dikenakan oleh setiap syarikat berbeza sekali. Syukurlah kita mempunyai AirAsia, syarikat penerbangan tempatan kita. Berpegang teguh pada slogan “Kini Sesiapapun Boleh Terbang” (“Now Everyone Can Fly”), AirAsia adalah salah satu daripada hanya segelintir syarikat penerbangan yang tidak mengenakan kos tambahan untuk minyak! Konsep ini juga diaplikasikan apabila anda ingin menebus mata AirAsia BIG yang telah anda kumpul untuk mendapat tiket percuma. Anda boleh menjimat banyak wang sekiranya anda mengambil masa untul meneliti laman- laman web setiap syarikat penerbangan untuk membuat perbandingan harga tiket dan untuk memastikan anda tidak perlu membayar jumlah wang yang terlalu banyak hanya kerana tiket anda dikenakan surcaj bahan api. Bagi golongan muda terutamanya, jumlah wang ini boleh membawa perbezaan yang sangat besar, dari satu hari tambahan bercuti atau kita boleh menggunakan wang tersebut untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang kita sememangnya teringin lakukan di negara yang dilawat itu. Jika semua ini adalah terlalu banyak untuk anda memproses atau jika anda lebih menyukai struktur butiran kos yang lebih ringkas, lawati www.airasia.com untuk menempah tiket penerbangan anda tanpa surcaj bahan api pada kadar berpatutan sambil mengumpul mata AirAsia BIG anda pada masa yang sama. Biarlah AirAsia membantu anda merancang 2015 yang menarik dan mencabar untuk diri anda sendiri, rakan-rakan serta keluarga anda!
|
11
Bagus |
10
Marah |
14
Terkejut |
12
Sedih |
7
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
berun replied at 30-1-2015 06:03 PM
marilah kita beli tiket! @piao ajak roomate sekali
rastaf replied at 30-1-2015 06:11 PM
ada tiket gi mana hari tu.. rm19 je aku tengok
piao replied at 30-1-2015 10:19 AM
KATANYA :
“Kami akan terus memastikan kos penerbangan adalah pada harga yang paling berpatutan. ...
piao replied at 30-1-2015 10:19 AM
Ni haaa kat sinar pun ada
KESEMUA pelanggan yang menggunakan khidmat syarikat pener ...
piao replied at 30-1-2015 06:19 PM
Ni haaa kat sinar pun ada
KESEMUA pelanggan yang menggunakan khidmat syarikat pener ...
ADVERTISEMENT