Nenek 2 Cucu Kantoi Berkhalwat
Malah, Nor Kamalizani Ibrahim, 48, dan pasangannya, Khairol Ibrahim, 39, turut berdepan hukuman penjara lima bulan sekiranya mereka gagal menjelaskan jumlah denda berkenaan. Kesemua hukuman itu diputuskan Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001. Terdahulu dalam rayuannya, Nor Kamalizani yang juga seorang janda memohon mahkamah mengurangkan hukuman denda terhadapnya dengan alasan tiada pendapatan tetap dan perlu menanggung anaknya masih bersekolah termasuk seorang yang baru memasuki tahun Stsatu. Sementara itu, pasangannya, Khairol turut mencuri perhatian apabila memohon mahkamah mengurangkan hukumannya dengan alasan dia perlu menanggung anak Nor Kamalizani dan dalam masa sama mempunyai hutang ansuran bulanan motosikal yang belum habis dibayar. Alasan Khairol itu menyebabkan hakim mempersoalkan keperluan tertuduh menanggung anak Nor Kamalizani sedangkan mereka tiada sebarang hubungan sah. “Apa kaitan anak dia dengan kamu? Wanita ini bukannya isteri kamu, jadi apa kaitan?” tanya Kamalruazmi. Berdasarkan pertuduhan, pasangan kekasih ini didakwa berkhalwat di dalam sebuah bilik sewa di Jalan Engku Pengiran Anom, di sini, jam 1.50 pagi, 12 Ogos tahun lalu. Nor Kamalizani yang memiliki empat anak berusia antara 7 hingga 24 tahun bersama pasangannya itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa syariah Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Terengganu yang membuat serbuan selepas menerima maklumat awam mengenai perlakuan sumbang mereka. Dalam serbuan itu, pasukan penguat kuasa mengetuk pintu bilik berkenaan yang tertutup dan berkunci sebelum ia dibuka seorang lelaki lima minit kemudian. Pemeriksaan menemui tertuduh wanita dalam keadaan berselimut di atas katil dan siasatan mendapati mereka bukan suami isteri atau mahram.
|
15
Bagus |
18
Marah |
16
Terkejut |
21
Sedih |
17
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Modngengade replied at 13-1-2015 11:19 AM
pasai apa tak kawin nek oii....atau kau ni suka konsep bersedap2an jah....x nk komitment yer...touch ...
lavamerah replied at 13-1-2015 11:21 AM
mamat tu tak nak kawin sebab nenek tu org ganu...
Modngengade replied at 13-1-2015 11:23 AM
hahaha....sempat lagi yer
ADVERTISEMENT