Awas Peragut Bermotosikal Menghampiri Anda Dua lelaki ini dicari bagi membantu siasatan polis. - Gambar kecil : Mior Faridalathrash. GEORGETOWN - Orang ramai dinasihatkan berhati-hati gara-gara dua peragut bermotosikal masih lagi berkeliaran di sekitar kawasan pulau negeri ini. Gambar lelaki yang menaiki motosikal tanpa nombor pendaftaran itu sudah pun tersebar di laman sosial. Ada yang mengaku berjaya mengecam wajah seorang daripada mereka namun, gagal mengekorinya. Sumber berkata, kedua-duanya seakan sudah pakar dalam kes ragut dan dipercayai menjadikan bawah jambatan Pulau Pinang sebagai lokasi melepak. “Kita tidak tahu dari mana datangnya peragut ini tetapi yang pastinya orang ramai kena berjaga-jaga kerana lokasi aktiviti jenayah mereka adalah di sekitar kawasan Georgetown,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan pihaknya sedang mengesan kedua-dua penunggang motosikal yang dipercayai dapat membantu siasatan Menurutnya, ia bagi membantu pihak polis bagi siasatan kes di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang mana sekiranya bersalah boleh didenda tujuh tahun penjara atau denda bagi kesalahan pertama manakala sekiranya bersalah pada kali kedua boleh dikenakan penjara, denda ataupun sebatan. “Saya ingin menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan jangan menjadi mangsa ragut. “Berwaspada dengan barangan dibawa kerana peragut akan bertindak apabila ada peluang. Sekiranya ternampak kelibat mereka, hubungi polis segera,” katanya.
|
11
Bagus |
5
Marah |
16
Terkejut |
8
Sedih |
11
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
axl_bach replied at 7-1-2015 01:14 PM
Kebangga dan junayah berpesa teda
lavagitar replied at 7-1-2015 01:19 PM
org utara memang cam tu..
FOTHER-MUCKER replied at 7-1-2015 01:22 PM
Kan, dapat tangkap mamat tu hantar kat pusat pemulihan otak. Baru aman dunia CI ni kan?
lavagitar replied at 7-1-2015 01:23 PM
zohor...solat dulu..
baru aman hidup lu...
ADVERTISEMENT