CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kejam! Lima Kali Ditikam Peragut, Mangsa Dilaporkan Selamat

17-10-2017 11:08 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4611| Komen: 26|Original author: dizzzek

Description: Semalam seorang lelaki cedera di bahagian bahu kiri, dada dan belakang badan selepas ditikam peragut di hadapan sebuah pasar raya berdekatan Alma di Bukit Mertajam. BUKIT MERTAJAM, 16 ...

sumber : internet


Jenayah ragut semakin berleluasa dan sering dilaporkan media sekaligus mencetuskan kebimbangan masyarakat.

Biarpun kerajaan melakukan pelbagai langkah pencegahan, namun masalah ini masih wujud.

Memetik laporan mStar, semalam seorang lelaki cedera di bahagian bahu kiri, dada dan belakang badan selepas ditikam peragut di hadapan sebuah pasar raya berdekatan Alma di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 5.55 petang itu, mangsa berusia 40 tahun dikatakan diekori oleh suspek lelaki yang berusia 19 tahun sebelum diserang dan dicedera menggunakan pisau.

Mujur kejadian itu disedari sepasang suami isteri yang kemudian memberi bantuan, bersama dengan orang awam yang menyaksikan kejadian itu.


Menurut saksi, suspek yang bersenjatakan pisau bertindak mengejar mangsa dari hadapan sebuah pasar raya sehingga ke medan selera dengan menjerit meminta tolong.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian terus mengepung suspek dan mengikat tangan dan kakinya sebelum diserahkan kepada polis.

Mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk rawatan dan terdapat tiga kesan tikaman di bahagian belakang badan dan dua kesan tikaman di bahagian dada kiri serta bahu mangsa.

Mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Polis telah menahan suspek dan juga turut merampas sebilah pisau yang digunakan untuk menikam mangsa. Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis SPT untuk disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.- CARI

4

Bagus
6

Marah
3

Terkejut
9

Sedih
3

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote raradhia 16-10-2017 09:16 AM
tikam balik org mcm ni, bodoh nak mampus bagus kau mati ja laaaaaaa !!!!!!!!!!!
Quote DARSITA 16-10-2017 09:18 AM

Kesian anak muda Malaysia - hidup tiada pendoman. Jadi sampah masyarakat.
Quote krustykrab 16-10-2017 09:47 AM
scarynya....berani betul kejar mangsa depan2 org ramai pastu tikam

apa la nak jadi dgn msia ni
Quote jazaa100 16-10-2017 10:07 AM
Alhamdulillah mangsa selamat ....

Bg mati je lah....sampah masyarakat...baru 19thn dah jd penjenayag
Quote leylapple 16-10-2017 10:35 AM
penagih dadah dari kecik nie...

umo 19th dah berani buat mcm .. ko ingt ko lawan zombie ker dek?
Quote bypassthecortex 16-10-2017 10:40 AM
Malaysia, the Brazil of Asia, tak lama lagi ada la tu gambar CCTV budak2 meragut terang2 buta kat area bandar2 besar cam kat Rio........hmmmmm....dengar cite Manila semakin aman sekarang ni semenjak dua menjak Pak Rodrigo jadi presiden ni....mungkin perlu roger2 dgn dia kot ape petua boleh bersihkan Manila
Quote dizzzek 16-10-2017 10:46 AM
bypassthecortex replied at 16-10-2017 10:40 AM
Malaysia, the Brazil of Asia, tak lama lagi ada la tu gambar CCTV budak2 meragut terang2 buta kat ar ...

brazil of asia = indon seberang
kitak ni colombia of asia




Quote haryatie 16-10-2017 10:50 AM
gilerrr jahatnya
berani lagik kejar mangsa kat tmpt org ramai
baik mereput kat dalam penjara tu..nnti keluar buat perangai jugak
Quote GincuPurple 16-10-2017 12:38 PM
PPIM tanak bela ke remaja ni. Yer lah, masih remaja - tersalah asuhan.
Quote gamigamo 16-10-2017 04:22 PM
bahaye2. mencabar dunia sekarang.
Quote fcl29 16-10-2017 04:25 PM
bypassthecortex replied at 16-10-2017 10:40 AM
Malaysia, the Brazil of Asia, tak lama lagi ada la tu gambar CCTV budak2 meragut terang2 buta kat ar ...

trauma giler tgk video tu...
Quote -electrifying- 16-10-2017 04:51 PM
gila ke apa bdk ni
Quote NekNgah 16-10-2017 05:00 PM
Bahana dadah.... dah hilang rasa takut, rasa malu...
Quote Modngengade 16-10-2017 05:00 PM
bypassthecortex replied at 16-10-2017 02:40 AM
Malaysia, the Brazil of Asia, tak lama lagi ada la tu gambar CCTV budak2 meragut terang2 buta kat ar ...

kat malaysia?  poor enforcement...abam2 fulis suka melepak di kedai kopi...tahan PATI utk dpt duit kopi....tahan kenderaan utk dpt duit kopi....penjenayah yg sepatut dibanteras dibiarkan begitu saja....we have to reform our enforcement authority....PDRM....IMMI...hello????

Quote raradhia 17-10-2017 11:25 AM
kenapa la kau xmati? sakitnya hati aku. .aku doakan kau mati cepat dlm penjara kena bunuh oleh banduan lain!
Quote miemiecha 17-10-2017 11:47 AM
uih.. penang gangster,... next movie david teo
Quote moonbug 17-10-2017 12:07 PM
Bukan perempuan je jadi mangsa ragut sekarang ni. Lelaki pun sama kena ragut siap pakej tikam2 lg
Quote manjalara_01 17-10-2017 02:27 PM
moonbug replied at 17-10-2017 12:07 PM
Bukan perempuan je jadi mangsa ragut sekarang ni. Lelaki pun sama kena ragut siap pakej tikam2 lg

baru je post kat thread prempuan kena ragut kat restoran tu..
i kata "x pernah lagi bc kes laki kena ragut"...

ni 1st time la ni bc..uhuhuhuh
Quote munchkin 17-10-2017 03:15 PM
Cabut tangan dari soket. Ketuk lutut sampai hancur. Baru serah pada polis. Kalau dibebaskan pun takdelah berulang.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.061354 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top