Perkara paling asas untuk memilih inner yang padan dengan anda mudah sahaja:
1. Inner Neck berdagu
Bagi muslimah yang mempunyai masalah dagu berlapis (double chin), penggunaan inner neck berdagu ini dapat menutup masalah anda. Inner jenis ini juga sesuai bagi mereka yang kelihatan seolah-olah tiada leher. 2. Inner Neck Silang Cuba lihat bagaimana artis nombor satu Malaysia mengenakan inner jenis silang. Inner jenis ini sesuai bagi mereka yang mempunyai bentuk muka bulat. Kan nampak lebih bujur tu. Silang inner ini berperanan membujurkan wajah anda serta membantu anda kelihatan lebih cantik. 3. Inner Neck bertingkat Bagi yang berani untuk mencuba sesuatu kelainan, inner neck jenis bertingkat ini dapat menambah seri wajah anda. Yang penting anda berani gayakannya. Inner jenis ini dapat menonjolkan sifat anda yang berani mencuba. 4. Inner Neck jenis 'awning' Inner jenis ini juga membantu muslimah yang mempunyai muka berbentuk bulat atau bersegi untuk mengurangkan bentuk wajah. Inner jenis 'awning' ini sangat popular pada awal 2007. Namun penjagaan bagi inner jenis ini agak rumit kerana, inner jenis 'awning' ini harus dicuci dengan menggunakan tangan agar 'awning' tersebut tetap cantik apabila dipakai. 5. Inner Neck Jenis Bulat (Round) Bagi yang mempunyai bentuk muka yang kurus dan terlalu bujur. Molek kiranya menggayakan inner jenis bulat ini. Ini akan mengurangkan bentuk muka anda yang bujur sekaligus memberi penekanan pada bahagian muka anda yang sedikit mengecil. |
ADVERTISEMENT