CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Tips Cantik MUKA Lihat artikel

Legakan sembab mata

7-1-2015 12:06 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 4268| Komen: 0

Description: Lepas mandi pun tak hilang, macam mana ni, kejap lagi ada meeting, malulah dengan mata sembab mcm ni. Jom baca.
Selalu kita bangun, mata kita macam-macam bengkak gitu. Rasa pedih-pedih pun ada, sekali tengok, Aduh sah bengkak. Nampak tak cantik pulak. Baik takpe, mandi dulu mungkin sembab ni boleh hilang. Lepas mandi pun tak hilang, macam mana ni, kejap lagi ada meeting, malulah dengan mata sembab mcm ni. Jom baca.


Berikut adalah beberapa punca yang mungkin menyebabkan mata bengkak.

Posisi Tidur
Tidur dengan posisi kepala yang lebih tinggi boleh menyebabkan cairan berkumpul di bahagian bawah mata. Perkara sebaliknya berlaku jika anda tidur dalam posisi yang betul di mana bantal diletakkan di bawah kepala akan menyebabkan cairan ditarik ke bawah hasil daripada kesan tarikan graviti.

Tempoh Waktu Tidur Anda

Mendapatkan waktu tidur yang cukup bukan sahaja membantu tubuh berfungsi dengan baik pada keesokkan harinya tetapi juga mempengaruhi tahap peradangan tubuh badan. Apabila anda tidak cukup tidur, maka saluran darah di bawah mata akan membengkak sehingga dekat dengan lapisan permukaan kulit dan menghasilkan mata bengkak.

Pengambilan Makanan Dan Minuman Sebelum Tidur
Jika anda mengambil makanan yang mengandungi natrium atau minuman beralkohol sebelum tidur, ia mungkin mengakibatkan mata bengkak ketika bangun tidur. Hal ini adalah kerana, makanan yang masin atau mengandungi tahap natrium yang tinggi boleh menyebabkan tubuh mangumpulkan air sehingga ke bahagian mata.

Sementara itu minuman beralkohol bertindak sebagai minuman yang membawa kepada keadaan dehidrasi sehingga membuatkan kulit di bawah mata terasa lebih tipis. Hal ini menyebabkan cairan yang berkumpul lebih menonjol dan nampak lebih bengkak. Jadi, bagaimana untuk mengatasi mata bengkak setelah bangun tidur?

Ais Batu
Ini merupakan cara tradisional yang sering digunakan oleh kaum wanita iaitu meletakkan sesuatu yang sejuk pada bahagian mata dapat melegakan mata bengkak. Hal ini sangat berkesan kerana, bahan yang sejuk dapat mengecutkan urat saraf yang bengkak.

Rendaman Uncang Teh
Selain dapat melembut dan menghaluskan kulit, teh juga berfungsi sebagai ejen penyejuk. Ambil dua uncang teh yang sudah direndam dan letakkan uncang tadi di bahagian mata selama lima hingga sepuluh minit. Gunakan teh hijau atau teh merah kerana kandungan kafein di dalamnya boleh membantu mengurangkan pembengkakan.

Timun
Timun bukan sahaja baik untuk kesihatan tetapi ia juga baik untuk memberi kesegaran pada bahagian mata. Ia mengandungi astringent yang dapat membantu menyegarkan mata bengkak. Terlebih dahulu, sejukkan timun tersebut di dalam peti ais, kemudian letakkan hirisan timun pada kelopak mata anda.

Kelopak Bunga Ros
Letakkan kelopak bunga ros yang telah di sejukkan di dalam peti ais pada bahagian mata anda. Hal ini dapat mengurangkan pembengkakan pada kawasan mata.

Minyak Zaitun
Minyak zaitun amat berguna untuk melegakan mata bengkak. Urut bahagian bawah mata untuk memperbaikan aliran darah pada bahagian mata dengan menggunkaan minyak zaitun. Ia juga akan memberi aroma yang sedap pada pagi hari anda.





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.030804 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top