CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Ladylista Tips Cantik Lihat artikel

Tips Melukis Bibir

4-2-2015 01:14 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3680| Komen: 0

Description: LadyLista - Melihat ramai gadis mengenakan warna terang pada bibir, terasa seakan cemburu pula. Bukan tak mahu, tapi tak tahu bagaimana cara untuk mengenakan gincu merah tanpa comot/ smudge. Mari kita ...
LadyLista - Melihat ramai gadis mengenakan warna terang pada bibir, terasa seakan cemburu pula. Bukan tak mahu, tapi tak tahu bagaimana cara untuk mengenakan gincu merah tanpa comot/ smudge. Mari kita cuba teknik baru untuk melukis bibir:


1. Oleskan krim pelembap pada mulut.
2. Oleskan bedak asas jenis matte di sekeliling bahagian bibir.
3. Sapu bedak (Kryolan Transluscent Powder) di sekeliling bahagian bibir.
4. Dengan menggunakan pensil bibir, mulakan dengan  lukis dibahagian berlekuk atas bibir (cupid bow). Teknik ini sebagai panduan melukis bibir atas nampak rata.
5. Untuk bahagian bawah bibir, lukiskan dibahagian paling jauh sekali iaitu bahagian yang paling dekat dengan dagu.

6. Dengan menggunakan pensil bibir, warnakan bibir anda dengannya sehingga rata. Ini bagi memberi warna yang mewah kepada bibir anda.
7. Dengan menggunakan gincu berasaskan gel (pilihan terbaik) warna bibir dengan rata.
8. Untuk menyempurnakan solekan agar tidak comot, oleskan bedak asas disekeliling bahagian mulut menggunakan berus. anda perlu berhati-hati agar tidak terkena warna gincu pada berus.Teknik ini harus dilakukan dengan perlahan.
9. Akhir sekali, ratakan dengan span agar bedak asas nampak sekata.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-7-2022 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.051734 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top