Bangsa Melayu Wujud Lebih Awal Dan Yang Membenihkan Bangsa2 Lain
Menurut Presiden Sejarah Tamadun Melayu, Zaharah Sulaiman, bangsa Melayu telah tersebar hingga meliputi satu perenam dunia atau dengan populasi 400 juta orang sehingga turut terdapat di Madagascar sekali gus membuktikan Melayu benar-benar wujud di muka bumi ini. Katanya, bukti kewujudan bangsa Melayu juga adalah berdasarkan peme**taan genetik dan artifak arkeologi mengenai asal-usul daripada nenek moyang kepada populasi Melayu pada hari ini. “Fakta ini sekali gus menafikan sebuah buku yang diterbitkan di Singapura yang menyatakan bahawa Melayu tidak wujud tetapi melalui penyatuan kaum-kaum lain. Republik itu juga mendakwa Melayu sebagai pelanun dan perompak seperti ditayangkan di muzium negara itu sejak berpuluh tahun. “Sejarah telah menyatakan bahawa Melayu membenihkan bangsa-bangsa lain, wujud lebih lama daripada bangsa asing malah pembina kapal terbesar sehingga mampu belayar ke Madagascar,’’ katanya ketika menyampaikan ceramah bertajuk 'Asal-usul dan DNA Melayu’ bersempena Pameran serta Seminar Melayu dan Senjata Tradisional anjuran Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur (Pusaka KL) di sini hari ini. Yang turut hadir, Yang Dipertua Pusaka KL, Khairul Azhar Abdul Karim. Dalam pada itu, Zaharah yang juga pengkaji dan penulis Sejarah Ikatan Arkeologi Malaysia berkata, orang Melayu perlu keluar daripada kepompong ketidakupayaan dan menebus kembali segala kegemilangan yang tercipta sejak ribuan tahun dahulu. Katanya, golongan itu tidak lagi boleh bersikap seperti 'melukut di tepi gantang’ atau terlalu mahu 'menyusukan kera di hutan, anak di rumah mati kelaparan’ dan mereka sekadar 'menang sorak, kampung tergadai’. Jelas beliau, kehebatan Melayu dalam ilmu sains kejuruteraan, perkapalan dan seni bina perlu ditegakkan semula kerana sejarah telah membuktikan mereka merupakan masyarakat awal yang menguasai tiga bidang utama itu yang merupakan bukti bagaimana kehalusan seni bina diguna bagi menampung tamadun Melayu yang begitu canggih melalui cetusan idea-idea struktur indah dan pintar iaitu tidak hanya terhad kepada simbol keupayaan dan kegemilangan Melayu. “Melayu masih bertahan kerana masih ada semangat keperwiraan dan kepahlawanan dalam kalangan segelintir pejuang bangsa. Untuk kita, mereka terus berdiri teguh walaupun diasak dari semua penjuru oleh penjajah, pendatang, pujuk rayu licik dan kecairan Perlembagaan,’’ katanya. Dalam pada itu, Khairul Azhar berkata, adalah amat penting orang Melayu mempunyai nilai-nilai dan jati diri kaum yang sebenar demi kesejahteraan negara kerana keperibadian tersebut memberi kesan kepada seluruh masyarakat. Katanya, melalui sikap berbudi bahasa, sopan-santun dan bertolak-ansur oleh orang Melayu inilah mereka boleh berjaya hidup dengan kaum lain sejak beratus-ratus tahun dahulu. Walau bagaimanapun jelas beliau, Melayu tidak boleh menjadi 'burung yang hidup seperti ayam’ kerana mahu sentiasa diberi makan dan akhirnya lupa bagaimana untuk terbang sehingga tidak sedar musuh sedang menunggu. “Apa akan jadi kalau orang Melayu mendukung nilai-nilai dan prinsip bangsa lain? Dalam hal ini Melayu bukanlah rasis tetapi hakikat kebenaran sikap inilah bangsa-bangsa lain boleh hidup bersama dengan aman kerana kita berpijak di bumi dan menjunjung langit yang sama.
|
11
Bagus |
12
Marah |
14
Terkejut |
5
Sedih |
7
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
FOTHER-MUCKER posted on 14-12-2014 07:40 AM
Terkejut? Hehe
.................
shanshero posted on 14-12-2014 07:39 AM
Dalam mastika cakap penyanyi ah mei dari hong kong tu bangsa melayu
shanshero posted on 14-12-2014 07:39 AM
Dalam mastika cakap penyanyi ah mei dari hong kong tu bangsa melayu
famri7 posted on 14-12-2014 08:25 AM
Oleh itu jikalah meleis membenihkan bangsa2 laij didoonia ini, perangai ganas zionis leknatullah jua ...
famri7 posted on 14-12-2014 08:25 AM
Oleh itu jikalah meleis membenihkan bangsa2 laij didoonia ini, perangai ganas zionis leknatullah jua ...
ADVERTISEMENT