CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Perempuan Melayu Tertipu Dengan Kasanova

9-6-2014 09:48 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16888| Komen: 219

Description: Dengan Hanya Bermodalkan Janji Manis, Seorang Lelaki Berjaya Menipu Wanita Dan Meraih Wang Tunai Kira-Kira Rm63,500 Dalam Tempoh Setahun. Lelaki Yang Dipercayai Berasal Dari Sarawak Itu Menggunakan L ...


KUALA SELANGOR  - Dengan hanya bermodalkan janji manis, seorang lelaki berjaya menipu wanita dan meraih wang tunai kira-kira RM63,500 dalam tempoh setahun.
Lelaki yang dipercayai berasal dari Sarawak itu menggunakan laman Facebook untuk mencari dan mempedayakan mangsanya dengan mendakwa sebagai seorang bekas anggota penguat kuasa yang datang ke Semenanjung untuk memulakan hidup baru selepas bercerai dengan isterinya.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh seorang daripada mangsanya berusia 25 tahun yang mendakwa turut tertipu dengan permainan kotor lelaki yang dikenali sebagai ‘Mohd. Firdaus Joe Abdullah’, 35.
Katanya, dia mula mengenali lelaki itu pada Disember lalu melalui Facebook dan selama enam bulan mereka hanya berhubung melalui Facebook sebelum dia mengambil keputusan untuk menemuinya.
"Kami berjumpa di sebuah pasar raya di Klang dan selepas tiga kali bertemu, Firdaus yang mendakwa dirinya duda, menyatakan hasrat untuk berkahwin.


"Masa itu saya tak berfikir apa-apa kerana telah jatuh cinta. Lelaki itu kemudiannya meminta saya membuat pinjaman peribadi untuk persiapan perkahwinan disebabkan dia tidak boleh membuat pinjaman kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap.


"Kerana sayang, saya turutkan kehendaknya dan kami juga te-lah membeli cincin dan barangan perkahwinan bersama-sama, tetapi tidak lama selepas itu, dia mula meminta wang dengan alasan membeli barangan kahwin," katanya di sini hari ini.

Dia berkata, selepas habis RM13,000 wang simpanan kenduri kahwini mereka diberikan kepada Firdaus, lelaki itu mula menjauhkan diri dan memberi pelbagai alasan untuk tidak berjumpa.
Tambahnya, tembelang lelaki itu bagaimanapun terbongkar selepas seorang wanita di laman Facebook meminta saya menghubunginya dan mengakui menjadi mangsa tetapi hanya kerugian RM500, selain mendedahkan seorang lagi mangsa kerugian lebih RM50,000.

"Saya terus ke rumah sewa lelaki itu untuk menuntut semula wang saya dan lelaki itu berjanji untuk memulangkannya, tetapi sehingga sekarang dia telah menghilangkan diri dan dipercayai pulang ke Sarawak.

"Saya berani buat pendedahan ini sebab tak mahu lagi ramai wanita di luar sana menjadi mangsa lelaki ini yang pandai bermain kata-kata sehingga sanggup menggunakan agama Islam untuk mendekati mangsanya," ujarnya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BotakChinPeng 8-6-2014 10:48 AM
Bideo ada bideo ?
Takde video tak caya
Quote Acong 8-6-2014 10:51 AM
jahatnya laki nie.....

dah laa tipu perasaan pompuan.... siap kikis lagi....

harap @noor2  berhati2 sbb byk laki hidung belang...
Quote TuntungReturn 8-6-2014 10:52 AM
kang mai la org meratib andartu:lol
Quote GhostWalking 8-6-2014 10:55 AM
Pprt sangat nak kawin suh pompuan yang buat loan
:lol
Trend sangat skang nih
Quote pakwetizzaqyah 8-6-2014 10:56 AM
dengar tu @amiraira ...jaga2 ngn bujang2 keparat yang suka wechat bini orang... tu lom lg minah singapore ONS ngn dak manhood kecik...
Quote rospinki 8-6-2014 10:57 AM
Hehe..bodonya la pompuan.

Blood sucker

Mudahnya percaya.
Quote rospinki 8-6-2014 10:58 AM
pakwetizzaqyah posted on 8-6-2014 10:56 AM
dengar tu @amiraira ...jaga2 ngn bujang2 keparat yang suka wechat bini orang... tu lom lg minah sing ...

Eleh..ko tu pon sama. Tp ko xdela nk mengkikis tp mintak dikikis.
Quote ifanonline 8-6-2014 11:00 AM
Selalunya warga sarawak yg kaki tipu ade kaitan dgn bekas km sarwak
Quote vespa_oren 8-6-2014 11:00 AM
Habislah pakweperasan uia dh komen siap tag team ...
Quote hzln 8-6-2014 11:00 AM
jantan jahat ada di mana2
terpulang kpd kaum wanita utk jadi bangang atau jadi bijaksana
bangang = kasi jantan kikis ko sampai tahap buat loan demi chenta
bijaksana = ko kikis jantan sampai tinggal suar dalam
Quote axl_bach 8-6-2014 11:02 AM
my oh my, dah disuruh wat personal loan utk persiapan perkahwinan tu pun dah keikanan....adoyaiii wanita, begitu mudah kamu terperdaya dek chenta......hayyaaaaa

Quote protonpersona 8-6-2014 11:02 AM
Dalam forum ni ramai gak lelaki spesis macam ni
Quote insulin 8-6-2014 11:02 AM
Cinta punya pasal, bodi dan money tergadai.
Quote ultra78 8-6-2014 11:04 AM
Jahatnya jantan ni..Patutnya tuhan cipta wanita sahaja
Quote sekngucing 8-6-2014 11:06 AM
kuala selangor punya pompuan kaya2 ye
Quote JantanLombok 8-6-2014 11:07 AM
Hehehehehe ..... JantanLombok tak pernah dan tak akan pernah menipu ...JantanLombok punya cara berbeza .... Dia GATAL baru JantanLombok GARUK ....Hasilnya Luar Biasa .... JantanLombok dapat mengenal gadis-gadis dari semua negeri .....tanpa paksaan ... Tanpa uang dan  ... Tentu saja secara Sukarela ........
Quote vespa_oren 8-6-2014 11:08 AM
protonpersona posted on 8-6-2014 11:02 AM
Dalam forum ni ramai gak lelaki spesis macam ni

Salah ayat ko, ramai perempuan mcm nie sebenarnya
Quote pakwetizzaqyah 8-6-2014 11:11 AM
rospinki posted on 8-6-2014 10:58 AM
Eleh..ko tu pon sama. Tp ko xdela nk mengkikis tp mintak dikikis.

tapi saya tak wechat ngn bini orang kak ros...kihkihkih
Quote sekngucing 8-6-2014 11:14 AM
ssaaya tak we chat dgn janda org dan ajak mengesex one nite stand di singapore kak, dan kxnxk saya tak kecik kak

Lihat semua komen(219)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.075079 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top