CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13264|Reply: 169

[Tempatan] Bangsa Melayu wujud lebih awal dan yang membenihkan bangsa2 lain

[Copy link]
Post time 14-12-2014 07:31 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 13 Dis. – Bangsa Melayu adalah bangsa yang wujud lebih awal dan penyebarannya hampir ke seluruh dunia sekali gus telah membenihkan bangsa-bangsa lain.

Menurut Presiden Sejarah Tamadun Melayu, Zaharah Sulaiman, bangsa Melayu telah tersebar hingga meliputi satu perenam dunia atau dengan populasi 400 juta orang sehingga turut terdapat di Madagascar sekali gus membuktikan Melayu benar-benar wujud di muka bumi ini.

Katanya, bukti kewujudan bangsa Melayu juga adalah berdasarkan peme**taan genetik dan artifak arkeologi mengenai asal-usul daripada nenek moyang kepada populasi Melayu pada hari ini.

“Fakta ini sekali gus menafikan sebuah buku yang diterbitkan di Singapura yang menyatakan bahawa Melayu tidak wujud tetapi melalui penyatuan kaum-kaum lain. Republik itu juga mendakwa Melayu sebagai pelanun dan perompak seperti ditayangkan di muzium negara itu sejak berpuluh tahun.

“Sejarah telah menyatakan bahawa Melayu membenihkan bangsa-bangsa lain, wujud lebih lama daripada bangsa asing malah pembina kapal terbesar sehingga mampu belayar ke Madagascar,’’ katanya ketika menyampaikan ceramah bertajuk 'Asal-usul dan DNA Melayu’ bersempena Pameran serta Seminar Melayu dan Senjata Tradisional anjuran Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur (Pusaka KL) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Pusaka KL, Khairul Azhar Abdul Karim.

Dalam pada itu, Zaharah yang juga pengkaji dan penulis Sejarah Ikatan Arkeologi Malaysia berkata, orang Melayu perlu keluar daripada kepompong ketidakupayaan dan menebus kembali segala kegemilangan yang tercipta sejak ribuan tahun dahulu.

Katanya, golongan itu tidak lagi boleh bersikap seperti 'melukut di tepi gantang’ atau terlalu mahu 'menyusukan kera di hutan, anak di rumah mati kelaparan’ dan mereka sekadar 'menang sorak, kampung tergadai’.

Jelas beliau, kehebatan Melayu dalam ilmu sains kejuruteraan, perkapalan dan seni bina perlu ditegakkan semula kerana sejarah telah membuktikan mereka merupakan masyarakat awal yang menguasai tiga bidang utama itu yang merupakan bukti bagaimana kehalusan seni bina diguna bagi menampung tamadun Melayu yang begitu canggih melalui cetusan idea-idea struktur indah dan pintar iaitu tidak hanya terhad kepada simbol keupayaan dan kegemilangan Melayu.

“Melayu masih bertahan kerana masih ada semangat keperwiraan dan kepahlawanan dalam kalangan segelintir pejuang bangsa. Untuk kita, mereka terus berdiri teguh walaupun diasak dari semua penjuru oleh penjajah, pendatang, pujuk rayu licik dan kecairan Perlembagaan,’’ katanya.

Dalam pada itu, Khairul Azhar berkata, adalah amat penting orang Melayu mempunyai nilai-nilai dan jati diri kaum yang sebenar demi kesejahteraan negara kerana keperibadian tersebut memberi kesan kepada seluruh masyarakat.

Katanya, melalui sikap berbudi bahasa, sopan-santun dan bertolak-ansur oleh orang Melayu inilah mereka boleh berjaya hidup dengan kaum lain sejak beratus-ratus tahun dahulu.

Walau bagaimanapun jelas beliau, Melayu tidak boleh menjadi 'burung yang hidup seperti ayam’ kerana mahu sentiasa diberi makan dan akhirnya lupa bagaimana untuk terbang sehingga tidak sedar musuh sedang menunggu.

“Apa akan jadi kalau orang Melayu mendukung nilai-nilai dan prinsip bangsa lain? Dalam hal ini Melayu bukanlah rasis tetapi hakikat kebenaran sikap inilah bangsa-bangsa lain boleh hidup bersama dengan aman kerana kita berpijak di bumi dan menjunjung langit yang sama.

Last edited by FOTHER-MUCKER on 14-12-2014 07:33 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2014 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangsa melayu telah membenihkan bangsa2 lain?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2014 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalam mastika cakap penyanyi ah mei dari hong kong tu bangsa melayu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2014 07:40 AM | Show all posts
noor2 posted on 14-12-2014 07:38 AM
Bangsa melayu telah membenihkan bangsa2 lain?

Terkejut? Hehe

.................
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2014 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER posted on 14-12-2014 07:40 AM
Terkejut? Hehe

.................

Terkejut dan kagum. ...hihi
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2014 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni sumber mana ya?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2014 07:48 AM | Show all posts
Theyol ade buat kajian yg specifik dan ade bukti ..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2014 07:52 AM | Show all posts
Tak heran, nanti adam dan hawa pun orang mulayu.

bangsa Austroloid/austronesian digelar bangsa mulayu?  sendiri cipta sejarah?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2014 07:54 AM | Show all posts
shanshero posted on 14-12-2014 07:39 AM
Dalam mastika cakap penyanyi ah mei dari hong kong tu bangsa melayu

A mei orang asli Taiwan, kalau tak silap Taiwan ada 9 jenis orang asli, tapi tiada yg gelar diri bangsa mulayu, mereka lebih mirip orang asli drpd mulayu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2014 08:08 AM | Show all posts
hebat sangat melayu sampai boleh membenihkan yahudi
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2014 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
shanshero posted on 14-12-2014 07:39 AM
Dalam mastika cakap penyanyi ah mei dari hong kong tu bangsa melayu

A-Mei berasal dari Taiwan dan keturunan orang asli Taiwan yg satu rumpun dgn Melayu iaitu bangsa Puyuma. Bahasa Puyuma tergolong dlm Austronesian languages macam bahasa Melayu juga. Nama sebenar A-Mei ialah Kulilay Amit.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2014 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Oleh itu jikalah meleis membenihkan bangsa2 laij didoonia ini, adakah perangai ganas zionis leknatullah jua berasal drpd meleis??? Perangai sakai prc jua drpd baka meleis???karena berdasarkan artikel ini smu bangsa dibenihkan drpd keturunan mureka?

Masyallah. Last edited by famri7 on 14-12-2014 03:12 AM

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2014 08:27 AM | Show all posts
Hidup ke-tuan-an melayu!
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2014 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Bahasa Puyuma yg saya katakan td mmg ada persamaan dgn bahasa Melayu dan bahasa2 Austronesia lain mcm Tagalog. Misalnya dia guna ku utk aku, mu utk kamu, tu utk itu, ta utk kita dan mi utk kami.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2014 08:34 AM | Show all posts
mulayu bangsa pilihan gitteww... telah membenihkan pengganas yahudi dan isis,melahirkan pemenang hadiah nobel.tapi anehnya melayu tulen dari tanah melayu sendiri masih mundur dan ketinggalan
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2014 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
famri7 posted on 14-12-2014 08:25 AM
Oleh itu jikalah meleis membenihkan bangsa2 laij didoonia ini, perangai ganas zionis leknatullah jua ...

Penggunaan astaghfirullah lebih sesuai dlm menyatakan situasi yg negatif dalam cercaan awak tu. Masya Allah tu untuk pujian Allah bagi benda yg positif.

So, hope this helps.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2014 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeke ? Taniah laa .
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2014 09:04 AM | Show all posts
korang baru tahu ke sejarah melayu ni?..

kepulauan melayu ada..kepulauan cina ada ke?..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2014 09:08 AM | Show all posts
famri7 posted on 14-12-2014 08:25 AM
Oleh itu jikalah meleis membenihkan bangsa2 laij didoonia ini, perangai ganas zionis leknatullah jua ...

Tak ke melampau komen abang ni? Tak letih ke melontarkan kata hina dina, cercanaan tiap-tiap hari? gelap hati kalau  layan perasaan tu...sudah sudah la tu.. haisshh
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2014 09:14 AM | Show all posts
Zaman nabi musa dulu dah ada bangsa melayu,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.072990 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list