Hujung Minggu gadis-gadis Ladylista sekalian buat apa? Adakah anda semua baring, lipat baju, layan lagu sambil makan roti, atau tengok maharajalawak?
Apa kata mari meriahkan hari anda dengan aktiviti extrem seperti ini.
1. Payung Terjun Aktiviti ini paling dekat kalau di Kuala Lumpur ini di Kampung Wira Damai, Batu Caves, Selangor. Boleh la gadis-gadis melihat keindahan Kuala Lumpur dari langit. Mungkin sayup-sayup je kan rasanya. 2. Paintball Tengok akak kita, pakai skirt pun boleh main paintball. Seronok jugak LadyLista tengok, rasa peluh-peluh jantan semua keluar kalau kita berlari kan. Paling best, kita lakukan aktiviti ini dengan gadis-gadis sunti lain (geng anda) mesti nak gelak. Tapi awas, jika datang dengan musuh, haruslah siapkan skill menembak anda. 3. Skateboarding Skateboarding ini sangat la 'in' untuk kita gadis Ladylista. Yang pastinya, seorang tarik, seorang duduk. kalau nak lambung-lambung tu minta maaflah. Pastinya aktiviti ini akan membuatkan anda ketagih, lagi-lagi kalau kerja anda duduk diatas papan luncur sahaja. 4. Rollerblade Seronoknya, setiap ahad, main roller blade cenggini. Menarik kan. Teringat kecik-kecik, asyik jatuh je. 5. Ice skating Sama seperti main rollerblade, tapi ini ada element basah-basah kalau jatuh. kalau tak mahu basah, sila jangan jatuh. Menarik kan!! Hujung minggu ini anda buat apa??? |
ADVERTISEMENT