Elle Fanning Potong Rambut Ekstrim! (Sebelum) Elle Fanning, aktres cantik dengan gaya unik dan wajah comel. Watak nya di dalam filem pun tidak banyak mengubah penampilan asli pelakon Ginger & Rosa ini. Namun, adik Dakota Fanning itu sudah bersedia untuk mengambil lebih banyak cabaran dalam bidang lakonan. Salah satunya adalah mengubah penampilannya untuk filem Three Generations. Foto- foto yang diambil dari pengambaran filem Three Generations telah tersebar di alam maya. Dan yang paling mengejutkan adalah penampilan Elle Fanning dalam filem yang juga dibintangi Naomi Watts dan Susan Sarandon itu. Pelakon Maleficent tersebut memotong rambut panjangnya menyerupai lelaki dan mewarnainya coklat kemerahan. Kostum yang digunakan pun menunjukkan dirinya sebagai seorang tomboy. Inilah kali pertama aktres berusia 16 tahun ini melakukan perubahan ekstrim untuk sebuah watak. Dalam filem yang akan ditayangkan pada tahun 2015 kelak, gadis yang menyambut ulang tahun setiap 9 April ini memegang watak sebagai Ray. Gadis transgender yang hidup bersama ibu dan neneknya. Filem ini memaparkan hubungan tiga generasi dalam sebuah keluarga, malah turut dikritik akan isu transgender.
|
Mary_jane posted on 4-12-2014 02:39 PM
Masa kecik2 dakota nmpk comel, cute. Dh besar ni elle plak menawan, tp dedua pn hebat blakon. :lov ...
ADVERTISEMENT